Kerana ada sahabat

Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi ‘alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Kalau ditanya kepada setiap kita, siapa yang suka tinggal merantau? Tinggal di perantauan yang sudah tentu berjauhan daripada sanak saudara, apatah lagi ibu bapa yang sudah menampakkan keuzuran mereka yang sangat-sangat? Tetapi apakan daya, sudah ketentuan merantau untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Perjuangan dalam kehidupan itu suatu yang dituntut juga. Rasulullah SAW pun perantau dan ditakdirkan mati di perantauan. Bukannya di dalam negeri tempat tumpahnya darah pertama Baginda ke bumi.

Merantau pada zahirnya bererti meletakkan diri di dalam alam kesusahan yang lebih. Banyak yang perlu dan terpaksa menjadi korban. Harta benda ada yang perlu ditinggalkan dan menjadi korban. Kalau ada keluarga seperti orang tua yang tidak dapat ikut sama merantau, akan menjadi korban. Segala perancangan, impian bahkan cita-cita mungkin turut menjadi korban (dalam kes bekerja bukan dalam bidang pengkhususan). Termasuklah pelbagai rasa dan perasaan yang sudah tentu akan dikorbankan dan terkorban sama.

Pun begitu, apabila diingat-ingat, hampir keseluruhan hidup ana melibatkan perantauan. Setelah mengenali sedikit erti makan, minum dan pakai, ana merantau buat pertama kalinya meniggalkan ayah ibu untuk mengenali A.B.C, menulis, membaca dan mengira. Iaitu apabila terpaksa bersekolah peringkat sekolah rendah di kampung nenek sebelah mak. Alasan yang diberikan kerana sekolah berkenaan terpisah hanya dengan pagar sahaja dari rumah nenek (kini arwah-semoga Allah merahmati).

Berada di peringkat sekolah menengah yang memungkinkan tinggal untuk susah senang bersama mak ayah mencari rezeki dalam tempoh tak sampai enam tahun (tingkatan peralihan sehingga tingkatan lima), sekali lagi ana merantau, kali ini ke luar negara untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama. Dalam tempoh empat tahun lebih itu, ana hanya berkesempatan balik menjenguk orang tua hanya sekali sebelum balik terus selepas itu kerana tamat belajar.

Kembali hidup bersama orang tua dalam tempoh masa setahun setengah kerana mengikuti KPLI. Berulang alik KB-Bangi sekiranya ada masa cuti. Selepas itu terus dipostingkan ke Kuching untuk berkhidmat dan menetap di sana dalam tempoh lima tahun. Alhamdulillah kerana sudah bekerja dan dapat menguruskan kewangan sendiri, dapatlah pulang setahun sekali menjenguk orang tua di kampung walaupun suasana kerja tidaklah begitu mengujakan kerana berkhidmat bukan dalam bidang pengkhususan.

Oleh kerana bersangka baik dengan bertukar tempat kerja daripada sekolah teknik ke IPG (dulu Maktab) yang (juga dalam sangkaan) memberi lebih ruang untuk mengajar bidang pengkhususan, maka borang permohonan pertukaran diisi. Dalam sesi temuduga, berhempas pulas menjelaskan kesanggupan bekerja di mana-mana sahaja asal dapat kembali berkhidmat sebagai tenaga penjagar bahasa Arab (bidang yang sangat diminati dan dijiwai itu) sambil-sambil dalam hati berharap dipostingkan balik ke semenanjung (sebenarnya).

Ketentuan Allah mengatasi segala impian dan perancangan. Sekali lagi ditakdirkan merantau dan kali ini masuk sedikit ke pendalaman Sarawak iaitu ke lembah Meradong. Perkara yang sangat-sangat mendukacitakan (selain perasaan berat kerana terpaksa merantau lagi) ialah kerana bukan sahaja terpaksa berkhidmat di luar bidang, bahkan dengan tambahan yang lebih teruk kerana memiliki ruang yang amat sempit dan sedikit untuk mengajarkan pelajaran yang berteraskan al-Quran.

Teringat sabda Rasulullah SAW “Apabila sesuatu perkara itu diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya (tiada penguasaan ilmu dan kemahiran), maka tunggulah Kiamat (kehancuran ilmu, dunia dengan segala isi-isinya). Hari ini, di mana-mana sahaja dapat dilihat dan sememangnya dihidangkan untuk dilihat, orang melakukan pekerjaan yang diluar bidang bahkan diluar kemampuannya juga. Tetapi tetap disanggupinya, digagahinya juga atau terpaksa menyanggupi kerana menurut perintah.

Walau apapun, di hati tetap berdoa, semoga dengan perantauan kali ini hamba dapat merasai sedikit pengalaman Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda yang ikhlas berhijrah dengan meninggalkan harta benda, kampung halaman dan keluarga semata-mata mencari redha Allah SWT. Kemungkinan ada hikmah yang akan diperolehi dan sekurang-kurangnya menggamit kasih sayang dan rahmat dari Ilahi.

Mudah-mudahan juga, Allah membekalkan kekuatan pada diri, pada mak yang melahirkan juga pada ayah yang harapannya menikmati saki baki hidup bersama dan bertolongkan anak-anak yang sangat tinggi. Seterusnya pada isteri yang setia, anak-anak, adik beradik, sanak saudara dan sesiapa sahaja yang merasai kesulitan akibat daripada perantauan kami sekeluarga untuk kali ini dan untuk kesekian kalinya.

Indah juga perantauan sebenarnya, kerana ia memudahkan kita memahami erti hadis Rasulullah SAW “hiduplah di atas dunia seperti seorang perantau atau seorang yang sedang melintasi jalan”. Sesungguhnya dan benarlah, manusia itu susah memahami kesusahan dan perasaan yang terpaksa ditanggung oleh manusia lain, sehingga suatu hari nanti Allah SWT sendiri yang menjadikan takdir bagi mereka pula berada dan merasai kesusahan dan perasaan sama atau mungkin lebih teruk. Wal iyazubillah.

Apa yang indah juga di perantauan adalah, hidayah Allah SWT yang mengizinkan ikatan ukhuwwah dan persahabatan itu menjadi lebih akrab. Memikirkan kerana ada sahabatlah, yang mana mereka tidak lokek menghulurkan sebarang pertolongan, prihatin ketika sahabatnya yang lain ditimpa kesusahan, sering menjaga kebajikan sesama perantau, maka atas alasan itu semua, telah menjadi pemangkin yang membolehkan kaki dan langkah digagahi dengan semangat juang yang insyaAllah tinggi. InsyaAllah

Kepada Allahlah tempat kami berlindung, memohon dan meminta pertolongan. Wallahu aklam

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. Mohd Sufri Yakup
    Jan 04, 2010 @ 17:01:39

    insya Allah akan ada batch BA nanti ustaz. Boleh dh tu minta J-Qaf di masuk kan ke kampus ni.
    x pun kita buat kelas asas BA di surau. ramai bekas SMKA kat sini

    IR: insyaAllah. syukran atas minat yg ditunjukkan

    Balas

  2. abamuaz
    Jan 05, 2010 @ 00:34:34

    Teruskan perjuangan ustaz.. Segala pengorbanan dan perjuangan ustaz akan dihargai oleh Allah, RasuNya dan oragn2 beriman..Semoga kehidupan ustaz diberkati Allah dunia dan akhirat.

    IR: insyaAllah.. du’aukum lana

    Balas

  3. Abu Huzaifah
    Jan 06, 2010 @ 19:20:43

    Selamat bertugas semula.Doakan ,moga ana dipermudahkan Allah segala urusan.Siiru ‘ala barakatillah

    IR: syukran ustazz

    Balas

  4. shafifah
    Jan 08, 2010 @ 11:16:09

    Jadual Lengkap Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia : http://wp.me/piAx4-135

    PENGGUNAAN NAMA ALLAH: ANTARA CELARU DAN KELIRU http://wp.me/piAx4-13v

    Isu Kalimah Allah – Dr. Siddiq Fadzil : http://wp.me/piAx4-13p

    Balas

  5. ibnuhadiabu
    Jan 18, 2010 @ 13:11:15

    Salam… Moga Allah thabatkan anta dalam perjuangan memartabatkan agama. Allah selalu piliuh mereka yang tahan uji dan terbaik untuk meneruskan usaha dakwah dotempat2 yang lebih mencabar.

    IR: w’salam akhi. doa anta dan rakan2 pengubat dan penguat azam dan semangat. insyaAllah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: