Kekuatan yang menghasilkan tamadun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apabila mempelajari sesuatu Tamadun, membaca berkenaan kejayaan yang dicapai oleh satu-satu tamadun di dunia ini, persoalan yang perlu ditanya oleh seorang pelajar atau pengkaji tamadun berkenaan adalah; apakah kekuatan yang menjadi sumber asas kepada kejayaan sesebuah masyarakat atau bangsa sehingga mereka diiktiraf bertamadun?

Apabila membaca berkenaan Tamadun Islam dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Islam pada masa itu, dan juga kehebatan tokoh-tokoh yang lahir dan berjaya pada masa itu, para pembaca sepatutnya bertanyakan soalan; apakah yang menjadikan mereka berjaya? Apakah yang menjadikan masyarakat Islam berjaya suatu masa dahulu? Sebuah kejayaan dan kegemilangan daripada segala aspek yang telah melayakkan mereka diiktiraf sebagai sebuah umat yang bertamadun?

Apabila seorang pelajar mengkaji tamadun Jepun, tamadun China, tamadun India, tamadun Asia pun begitu. Mereka perlu mempersoalkan apakah kekuatan yang menghasilkan tamadun-tamadun tersebut. Agar jelas dalam minda pelajar, tujuan dan objektif mereka mempelajari, membaca dan mengkaji sesebuah tamadun manusia.

Sekiranya dalam tamadun Islam. Perkara asas yang menjadi titik tolak kemajuan yang dicapai oleh setiap ahli dalam tamadun itu adalah, kekuatan sumber tamadun Islam itu sendiri. Mereka berdiri, bekerja dan beramal berpandukan kepada sumber asas iaitu al-Quran, Hadis, Ijmak, Qiyas dan Ijtihad.

Al-Quran adalah sumber pertama yang mana ia adalah kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, berita-berita kepastian, kisah-kisah tauladan, sumber rujukan ilmu, sumber rujukan perundangan, sumber rujukan ekonomi dan sebagainya. Kebenaran al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah (Tuhan). Segala yang terkandung di dalam al-Quran tidak terkandung syak dan ragu-ragu. Oleh itu, setiap apa yang menjadikan al-Quran sebagai rujukannya tidak akan sesat dan tidak akan menyimpang. Untuk kesejahteraan di dunia bahkan sehingga kehidupan di akhirat.

Kedua, sumbernya adalah hadis Rasulullah SAW. Baginda SAW adalah penterjemah yang paling tepat kepada al-Quran. Kerana apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk perkataan dan ucapan, perbuatan dan tingkah laku, persetujuan dan sebagainya itu juga berasaskan wahyu. Nabi Muhammad tidak melafaz sesuatu perkataan, tidak berbuat sesuatu perbuatan melainkan ia adalah ilham, wahyu dan kebenaran dari Allah (Tuhan).

Oleh itu, segala perkhabaran yang diberitakan oleh Baginda SAW, segala petua-petua, segala tunjuk ajar, segala-galanya adalah bersumberkan wahyu daripada Allah. Sayugialah hadis Rasulullah SAW itu dijadikan panduan dan rujukan utama yang menjayakan kegemilangan orang-orang Islam lantas membantu mereka mencapai tahap tamadun yang dipelajari sehingga kini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: