Kematian suatu tazkirah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini ana dikejutkan lagi dengan kematian seorang rakan sejawat dari salah sebuah Institut Pendidikan Guru. Kebetulan kami sama ditugaskan sebagai Jurulatih Kadet Remaja Sekolah (KRS) peringkat Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Alfatihah ke atas ruhnya dan doa semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Seingat ana, banyak sudah siri kematian orang-orang yang dikenali, orang-orang yang rapat dan juga sanak-saudara terdekat.

Sahabat serumah dengan ana semasa belajar di Jordan dulu, kini sudah dua orang dijemput Tuhan. Hampir dua bulan yang lalu, kami bekas pelajar Jordan menerima berita kematian salah seorang Senior kami yang bertugas sebagai Atase Pendidikan di MSD Amman, Jordan. Ana bersama-sama rakan-rakan yang lain, berkesempatan menyambut jenazah Allahyarham di Lapangan Terbang sebelum disemadikan di kampung asalnya di Ketereh, Kelantan.

Dalam kalangan keluarga terdekat, pada tahun 2008 sahaja, ana menghadapi dua kematian orang tersayang iaitu bapa saudara yang banyak jasanya (awal 2008) dan nenek yang tercinta dan tempat bermanja (akhir 2008). Pada tahun 2009, seorang lagi bapa saudara sabit (suami kepada mak saudara belah ayah) dan nenek saudara pula dijemput menghadap Ilahi. Itu belum diambil kira saudara mara sebelah isteri, iaitu arwah datuk dan dua orang bapa saudaranya.

Inna lillahi wa inna ilahi rajiun “Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah, dan kepadaNya kita akan kembali”.

Semoga kita semua mendapat sebaik-baik tazkirah daripada siri-siri kematian yang datang menjenguk telinga dan perasaan, sebelum kedatangan Malaikat Izrail yang menutup segala ruang dan peluang untuk membuat persiapan. Dan sebaik-baik persiapan untuk kelangsungan hidup di akhirat itu pula adalah “Taqwa”. Taqwa itu pula adalah hasil daripada sebarang usaha melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan sebagaimana yang disuruh oleh Allah SWT.

Bukankah kematian itu merupakan tazkirah (peringatan) yg terbaik buat hati-hati yang lalai? Sabda Rasulullah SAW “Aku tinggalkan kepada kamu (umatku) dua perkara; satu yang berkata-kata manakala satu lagi itu diam sifatnya. Ambillah pengajaran berguna daripada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat (menyimpang daripada ajaran Islam dan syariat2nya) untuk selama-lamanya.

Yang dapat berkata-kata itu adalah kitab Allah (al-Quran) dan hadis (sunnah Rasulullah SAW). Akan tetapi, sekiranya hatimu keras menerima titah kedua-duanya, maka oleh kerana itu maka kamu melawan ketetapan tuhan dan amalan Rasulullah SAW yang telah menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan manusia seluruhnya, maka lembutkanlah hatimu itu dengan yang diam itu; iaitu kematian”.

Benarlah sabda Rasulullah SAW.

Dan beringatlah, kerana usia kita hari ini juga telah hampir kepadaNya berbanding hari semalam. Wallahu aklam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. Abu Huzaifah
    Jan 25, 2010 @ 23:05:06

    kematian adalah sebaik-baik tazkirah buat yang masih hidup.Ahli usrah ana semasa di Jordan dah 4 orang meninggal,Allahyarham Rashimi,Zainul Aman,fakhru Nizam dan terakhir Mad Jai.itulah kumpulan usrah ana yang pertama di bawah naqib us.Ismi Perak

    IR: kalamuka salim ya akhi..

    Balas

  2. hero Miri
    Jan 26, 2010 @ 00:02:48

    kafa bil mauti wa’idha

    IR: benar sungguh!

    Balas

  3. baba syarif
    Feb 09, 2010 @ 22:41:14

    amalan kita untuk hidup di alam yang kekal abadi..amalan bukan kerana akan mati…aisy kariman mud syahidan insyaalah…

    IR: 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: