Memberi dan memenuhi

Bismillahirrahamanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Adalah tidak sama maksud dua perkataan ini. Memberi dan memenuhi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, memberi diertikan sebagai menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan). Manakala memenuhi pula diertikan sebagai mengisi (memuatkan) penuh-penuh, atau memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan, atau menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), menunaikan, menyempurnakan.

Dengan perkataan mudah, memberi itu lebih berbentuk pemberian yang fizikal. Sama ada memberi sesuatu untuk disimpan, maka dalam konteks ini, seseorang itu memberi sesuatu tanpa diminta daripadanya mungkin. Ataupun memberi sesuatu untuk kegunaan. Dalam konteks yang ini pula, mungkin ada orang yang memerlukan jadi dimintanya kepada seseorang yang kemudiannya memberikan kepadanya. Cuma mungkin kadar pemberian itu tidak sampai ke tahap penuh.

Berbanding perkataan memenuhi yang difahami daripada kata dasar ‘penuh’. Maka ia hadir dengan definisi yang  bersifat lebih daripada fizikal sesuatu. Kerana kalau ia sesuatu yang bersifat fizikal, contohnya air, nescaya air tidak berupaya menampung sifat penuh. Air yang diisi penuh akan melimpah pula. Jadi kesimpulannya memenuhi ini lebih bersifat bukan fizikal, seperti kasih sayang, sifat kasihan belas dan norma-norma moral yang lain.

Sekiranya diperhalusi dua perkataan ini dan dihubung-kaitkan dengan berbuat kebajikan kepada kedua ibubapa, maka kedua-dua perkataan ini jelas membawa maksud yang sangat berbeza daripada segi keperluan yang bersifat batiniah. Yakni daripada segi rohnya. Perkataan memberi lebih bersifat fizikal manakala perkataan memenuhi lebih menjuruskan kepada keperluan bersifat batiniah (perasaan).

Seorang anak biasanya akan berupaya memberi sesuatu berbentuk fizikal kepada orang tua mereka. Beri duit, sediakan bekalan ubat-ubatan, beli peralatan dapur, bagi produk kesihatan dan beri benda-benda lain yang seumpamanya. Mereka (anak-anak) memberi dan terus memberi tanpa memikirkan bukan itu sebenarnya yang diingini oleh seorang ibu ataupun ayah mereka.

Orang tua, terutama yang sudah uzur amat mudah tersentuh jiwanya. Seperti anak-anak kecil yang akan terus menangis apabila sahaja mendengar suara kuat yang terbit terutama daripada si ayah. Begitulah kehidupan dua orang yang sedang menghitung hari yang meronta-ronta inginkan perasaan dan permintaan mereka difahami dan dipenuhi oleh anak-anak. Dengan ertikata lain, mereka ingin kekosongan mereka dipenuhi.

Kalaupun duit, wang ringgit ataupun keperluan lain yang bersifat fizikal itu juga diperlukan oleh orang tua. Tetapi mereka sebenarnya bukan menginginkan yang itu. Mereka ingin, perasaan mereka difahami. Susah memahami perasaan orang tua seperti susahnya memenuhi permintaan perasaan mereka. Kecuali apabila anak-anak pun sudah tua dan memiliki perasaan orang tua seperti orang tua mereka telah dan sedang rasai.

Apalah gunanya duit banyak, harta bertimbun kerana apabila diserang sakit waktu-waktu tengah malam tidak ada anak-anak yang ambil berat, bertanya khabar dan paling kritikal tidak dapat menolong sama ada hantar ke hospital atau menolong menenangkan perasaan? Apalah fungsinya anak-anak yang sempat tiba di sisi seorang ayah yang sudah siap terlantar di hospital atas ihsan orang lain.

Ana pernah merasai nikmat anugerah Allah kerana mungkin berusaha sungguh-sungguh memenuhi keperluan dan hasrat orang tua. Dua tahun ana berkorban tenaga dan perasaan apabila berulang-alik dari Kelantan-UKM semasa mengikuti program Sarjana. Apa sahaja yang mereka berdua hajati akan sedaya upaya dipenuhi. Nak pergi ke mana? Nak kena tolong buat apa? dan sebagainya.

Ganjarannya bukan sedikit. Kepuasannya tidak terkira. Walaupun tidak seratus peratus mengabdikan diri kepada perpustakaan atas alasan membuat rujukan agar perjalanan mengenggam segulung ijazah Sarjana itu sempurna pada anggapan fizikal, nama ana pernah juga (dengan izin dan kuasa dan rahmat Allah) tercatat menduduki ranking pertama penerima anugerah Dekan dengan mencapai CGPA 4.00.

Seterusnya apabila ana dapat menyelesaikan penulisan tesis awal daripada target setting yang asal, dan menyerahkannya untuk dinilai dan divivakan tiga bulan sebelum tamat tempoh cuti belajar, rakan-rakan yang sebelumnya mengejek “apa barang bang, orang bagi biasiswa supaya duduk di library, punch dekat parking universiti pagi dan petang, enta senang-senang sahaja menghabiskan masa bersama keluarga di kampung halaman” terpaksa mengunci mulut mereka kerana pada faktanya ramai yang terpakasa memohon agar tempoh cuti belajar mereka disambung oleh pihak KPM.

Pada orang yang sedang ambil Master, ataupun sedang menulis tesis, adalah menjadi salah satu nikmat yang maha besar apabila tesis mereka telah diterima oleh penyelia yang menyarankan agar tesisnya itu diserahkan untuk viva.

Serentak dengan itu juga, mungkin ada data yang bercerita tentang berapa ramai anak orang-orang yang telah tua yang bekerja, tetapi pekerjaannya tidak memberi kesenangan kepadanya dan keluarganya? Berapa ramai yang terlibat dengan hutang along? Berapa ramai yang memiliki keluarga yang porak peranda? Berapa ramai yang tidak bahagia? Sedangnya mereka pada masa sama telah memberi sumbangan yang mungkin bukan sedikit kepada orang tua mereka.

Sekiranya anda berkira-kira dan jawapannya ada kaitannya pula dengan masalah keberkatan, maka anda mungkin boleh mempertimbangkan persoalan ‘memenuhi’ bukan hanya sekadar ‘memberi’.

Updated 19 Februari 2010
Ana terpaksa buang beberapa perenggan daripada isi artikel ini kerana difikirkan ia boleh mendatangkan salah faham atau salah tanggapan pihak-pihak yang berkenaan. Perkara tersebut sekiranya diteruskan penerbitannya berkemungkinan besar juga mengurangkan impak matlamat dan hasrat sebenar artikel ini ditulis iaitu memahami konsep dan perbezaan antara “memberi dan memenuhi” tanpa dipengaruhi unsur-unsur perasaan penulis sendiri. Bagaimanapun, kapada sesiapa yang ingin salinan artikel ini yang asal bolehlah memintanya daripada ana melalui email ibnrajab[at]yahoo.com

Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. abamuaz
    Jan 27, 2010 @ 10:22:00

    Salam Ustaz Zamri…Sabarlah atas ujian kehidupan ini.. Insya ALlah.. ada jalan keluar nanti.. “Inna Ma’al Usri Yusra..”

    IR: w’salam. doa sahabatlah antara penyumbang kekuatan diri ana ini. jazakumullah kathiran. wallahu aklam

    Balas

  2. Trackback: Baiki dalam tempoh sebulan « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: