Baiki dalam tempoh sebulan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatu

Alhamdulillah, selepas satu jam setengah berhempas pulas mempertahankan disertasi (yang kecil sekiranya hendak dinisbahkan kepada dunia akademik seluruhnya tetapi amat besar nilainya jika dinisbahkan kepada pencapaian diri sendiri yang serba kekurangan ini), kajian tersebut diiktiraf untuk diluluskan dengan tempoh pembetulan selama sebulan. Ana cukup rasa terharudengan keputusan itu, di dalam mengecapi setitis nikmat “kejayaan” yang diimpi-impikan sebelum ini.

Terasa sangat (terharu dan setitis nikmat bahagia) apabila hasil kerja yang sedikit itu (tetapi mencabar sebenarnya) diiktiraf ‘ada nilai akademik’ oleh para ahli akademik yang berjumlah empat orang itu. Setelah mengambil kira segala perbincangan yang dilakukan oleh pembaca dalaman, respon pengkaji dan juga mengambil kira segala catatan dan komentar para ahli sidang viva disertasi ini, maka saya mengumumkan bahawa disertasi al-akh pengkaji lulus dengan diberikan tempoh selama sebulan untuk membuat pembetulan-pembetulan yang telah dicadangkan. Sekian, wallahu aklam.

Itulah kata-kata keramatnya. Alhamdulillah. Kejayaan ini adalah hadiah kepada mereka yang mendoakan kejayaan ana di semua peringkat pengajian, termasuk kali ini, terutama kedua ibubapa tercinta, isteri tersayang, adik beradik, sanak saudara, rakan-rakan sahabat sekuliah, rakan sepejabat, para pembimbing yang terdiri daripada penyelia ana, para pesyarah dan semua pihak termasuklah pengunjung setia blog kecil ini.

Terima kasih juga kepada pihak KPM yang menaja ana, ketua jabatan yang menyokong permohanan cuti belajar tempohari, maka dalam tempoh itu selain dapat meningkatan ilmu pengetahuan sedikit sebanyak dapatlah juga ana menikmati rasa memenuhi hasrat kedua orang tua tercinta. Bukan sekadar memberi sahaja. Kesimpulannya, setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada semua pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung telah mendorong ana mengecapi nikmat ini.

Tiadalah diri ini siapa-siapa kecuali seorang insan yang berhasrat mendapat sedikit nikmat keredhaan Allah di dalam perjalanan hidup di atas jambatan dunia fana yang sementara ini sebelum menuju ke alam abadi, di akhirat yang kekal selama-lamanya dalam nikmat. InsyaAllah. Tiadalah redha Allah itu melainkan pada keredhaan dua ibubapa. Wallahu aklam.

p/s: Doakan ana semoga diberikan kekuatan, kesihatan, ruang dan peluang dalam meneruskan cita-cita mendalami ilmu di peringkat yang lebih tinggi pada masa-masa hadapan, di samping memartabatkan slogan Bahasa Arab adalah untuk tujuan memahami al-Quran, bukan semata-mata untuk komunikasi kerana hakikatnya, orang Arab sendiri tidak bercakap Arab, sebaliknya mereka bangga bercakap orang putih, perancis ataupun bahasa tempatan (amiyah) mereka sendiri.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. 2bz4money
    Feb 04, 2010 @ 15:19:06

    Semoga saudara berjaya mengapai cita-cita ke peringkat tertinggi dalam akademik (Phd) dan memanafaatkan tersebut buat kesejahteraan ummah. Aminnnn

    IR: syukran atas dorongan ikhlas sdra. amien

    Balas

  2. abamuaz
    Feb 04, 2010 @ 19:50:04

    TAHNIAH.. ALF MUBARAKK LAKA YA AKHI AL AZIZ..
    Teruskan tekad dan perjuangan.. usaha enta telah menepati tawakkal kepada Allah.. dan hasilnya adalah kejayaan. Doa la ko kawe ghetek.. esok jumpa penyelia nih..

    IR: Allahu akbar.. enta blh buat lagi hebat akhi.. sapa x kenal enta.. baka ngaji.. adik bradik oversea blaka

    Balas

  3. Abu Huzaifah
    Feb 05, 2010 @ 10:37:02

    Alfu mubarak! Ya Allah kurniakan kebaikan kepada sahabatku ini untuk dunia dan akhirat

    IR: syukran akhi. amien

    Balas

  4. HAMZAH
    Feb 09, 2010 @ 00:01:37

    بارك الله فيك
    من سار على الدرب وصل
    rasa dengki bila kawan dah berjaya, kita ni bila la nak sampai.. apa pun taniah
    لا تنسني في دعائك

    IR: masyaAllah akhi. anta dah lama berada pd anak tangga kejyaan yg baru ana kecapi ini. sebaliknya, ana yg rasa dengki dgn anta. entah pd anak tangga ke berapa sudah anta berada sekarang

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: