KPLI Ambilan Jun 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Sukacita ana panjangkan iklan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) bermula hari ini 8 Februari 2010 sehingga (tarikh tutup) Ahad 21 Februari 2010 (14 hari). Para pemohon dikehendaki membeli no PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berharga RM6.00 sebelum membuat permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KPM ini. Selamat mencuba dan berjaya!

Artikel-artikel ini juga mungkin bermanfaat untuk rujukan anda:
1. Komentar pembaca KPLI ambilan Jun 2009
2. Ujian MTest untuk KPLI
3. Temuduga KPLI
4. Kalendar pengurusan pengambilan KPLI Jun 2010

Advertisements

62 thoughts on “KPLI Ambilan Jun 2010

    1. miss bubble

      bidang/kursus yang ditawarkan adalah terhad. So, Kena pilih kursus yang kita belajar masa kat u dulu,yang ada kaitan dan yang hampir2. Kalaupun x de kaitan, kita kena yakinkan mereka yang kita betul2 minat untuk jadi guru. Dia nak tengok kebolehan kita je.

  1. wan87

    salam,, sy nak tanya bila pulak ambilan DPLI ( Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) jun 2010 dikeluarkan?? kalo tau dia dh keluar leh email kan kpd sy di
    apekjpa3_5237@yahoo.com

    kerjasama daripada pihak anda amatlah saya hargai dah didahului dengan jutaan terima kasih..

    IR: w’salam. anda juga blh menyertai mailing list grop ni utk update info. klik sini. tq

  2. ain

    salam… sy student degree semester akhir.bole x nk apply utk kpli jun 2010 ni.

    tolong reply ye..tq..

    IR: tak dpt la rasanya. sbb masa inteview mrk nk tengok degree. tp kalau nk try on je

  3. shafa

    assalamualaikum…erm…untuk pengetahuan wan87, dpli akan dibuka pada march 2010 depan..pls alert with the announcement yea….
    erm,,,en.tuan tanah…saya nak tny….subjek malaysia negaraku tu berkaitan apa?
    lagi..adakah kelebihan bahasa akan membantu kita utk dipilih?
    tqsm

  4. eyad

    di sini saya nak tanya. saya ada memohon untuk kpli ambilan jun 2010 ni. adakah peluang untuk saya diterima cerah sekiranya dipanggil temuduga, walaupun saya sekarang telah mempunyai pekerjaan tetap di sektor kerajaan dalam gred 41? disebabkan minat untuk menjadi guru, saya sanggup melepaskan jawatan sekarang.

    IR: x semestinya hadir temudga itu kita diterima. istikharah lah dulu ya

  5. sukie

    salam, sa baru sahaja habis pengajian degree pendidikan di Unitar sabah. pertanyaan saya bolehkah sa memohon untuk kpli ini..terima kasih

  6. aisya

    salam..saya nak tanya bilakah tarikh keputusan MTest dan interview bagi permohonan ambilan jun 2010 keluar?

  7. sedih

    jika kita tidak layak Mtest, boleh ke buat rayuan? sedihnya. ada cara ke untuk duduki MTest sabtu nnt? sy sanggup turun naik putrajaya..uwaa

  8. iza

    SALAM Ustaz. tolong bagi saya tip untuk muhasabah diri. dah 8 kali try kpli. tiap2 tahun dapat gi mTest, tahun ni tak dapat la pulak. frustnya saya……. tertanya gak, kenapalah kita yang berminat dengan profesion perguruan ni susah sgt nak dapat. kekadang tension dengar kengkawan yang dapat mengaku tak minat tapi dah tak ada pilihan keje lain, mudah dapat.

    IR: w’salam iza. sabarlah. mungkin di tempat lain. ramai lagi di luar sana yg senasib dgn iza sbnrnya. saya sgt kenal seorang. dia dah 10 kali mtest, tp x lps temuduga. thn ni pula x dpt mtest pun. sesungguhnya Allah pemberi rezeki dan Dia maha Mengetahui hikmah di sebalik jika kita dpt sesuatu atau x dpt sesuatu. Dlm al-Quran Allah sebut “mungkin sesuatu yg kamu suka itu tidak baik buatmu sbnrnya dan mungkin yg kamu benci itu adalah baik bgmu sbnrnya”. dan di dalam ayat lain Allah menegaskan “Dialah pemberi rezeki” yang diminta drpd hamba ialah, jika tiba waktu solat, solatlah dgn cara terbaik, jika waktu makan, makanlah dr rezeki yg baik dan halal dan begitulah strusnya. Tiada rezeki Allah yg paling nikmat drpd redhaNya. Jika bekerja dan melakukan maksiat pd Allah, apalah gunanya kan?. mungkin Allah lbh mengetahui. itulah sedikit tips dr saya. walahu aklam.

  9. sal

    salam.baru je call KPM tadi,memang tiada rayuan utk mtest.sokong sangat,kita yg beria nak jd cikgu xterpilih,yg dah jadi cikgu,mengajar budak ala kadar,buat part time Bio Aura @ Alphalipid lepas tu ambil cuti untuk tambah jualan.cuti sek aktif dgn seminar bisness.hairan-hairan….apa salah nye..waktu terluang buat tusyen.tambahkan amal ibadah mendidik anak2 ummah.

    1. ckgu pvate

      sy stju dgn pndgn kamu..sy pnh jd gstt 2thn..best sgt2&i2lh kja yg plg bes bg sy..tp mlgnya ia hnya smtra.nape a gov xsrap trus gstt sdgkn dorg dh ada pglmn bbndg gru2 br nk postg.gov ni xpk ke cra tbaik?org dh biasa ngjar lain dgn org yg br nk ngjr wlpn ada teori..tp blm tntu prktikal dia bgus.1lg sy kcw tgk sikp gru2 yg mmg ttap ni..wt kja smbl lewa je.kdg2 xngjr pn.dtg skolah puch kad..mkn..lpak2.ada jgk yg tolak itu ini bla diberi tugas ats alsan bkn bidg dia,xleh nk wt.dh nk sgt jd ckgu wt jela sume,,klu xnk xyah a jd ckgu,,bg je org len blmbak lg nk jd ckgu.sy msuk ni dh 4x xpas mtest.tnsn sgt..sy mmg mint sgt jd ckgu..skrg jd ckgu add math tp kt sek pvate.gji murh gler..duk kl plak2..tknn tol.tp dsbbkn mint sgt jd ckgu sy sbr jgk thn ujian ni.dh xmint nk kja len wlpn sy dgree engneering..nkmt jd ckgu hnya allah je yg tau..wlpn kja tp bsic pn xmmpu lg nk wt loan,,nk bli kete,kwen..apela nsib insan yg btul2 ingin jd ckgu ni.wahai guru2 tetap..bsyukurlah dgn pkjaan kamu..ssgguhnya tlalu rmai lg insan yg mnderita untuk jd ckgu tetap tp xdpt..i2 je psnn yg sy nk beri pd ckgu ttap..wsalam..

  10. nampaknye ramai yg senasib ngn org rumah saye.. 8 kali mintak sebelum ni tak penah takde nama utk mtest.. kpm buat hal tahun ni.. mungkin blom rezki tu…

  11. shikin

    sy br first time apply…tekejut sgt name xde dlm list ujian…slalu nye kwn sy ckp kalo apply je dpt g ujian tu..yg penting kt lulus atau x ujian tu..frust nyeeeeeee

  12. iza

    Assalammualaikum. terima kasih ustaz atas nasihat yang amat-amat bermanfaat. saya akui, lalai untuk mendengar nasihat parents supaya wat solat hajat dan berlebih kurang dengan doa kepadaNya. alhamdulillah denagn izinNya, KPM memberi peluang, ada Mtest2 minggu depan. dan nama saya terpilih untuk panggilan ujian tersebut. doakan saya ye…..TQ.
    buat teman-teman yang senasib, korang dah check blum untuk Mtest2 ni. sapa-sapa yang belum cepat pi semak. ujiannya sabtu ni (27/3).

  13. iza

    salam. ikutkan jadual KPM, hari ni result tuk calon berjaya ke temuduga kpli intake jun 2010 kuar. dah check td, tapi blum ada. ada info, 14HB ni result kuar. ada sesiapa tahu, itu result tuk semua calon atau untuk MTEST 1 sahaja?

  14. catz_37

    salam..mcm mane nak cek panggilan temuduga kpli ambilan jun erk???hr nie rasa nya kuar..tp nape sy cri xjumpa..huhu…

  15. Pindaan Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR Ambilan Jun 2010
    Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

    Adalah dimaklumkan semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 12 April 2010 (Isnin) ditunda kepada 17 April 2010 (Sabtu). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang kementerian dari semasa ke semasa. Pihak Bahagian Pendidikan Guru kesal atas kesulitan yang berlaku.

    Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841242/1260/1253/1233/1226.

    Calon juga boleh mencetak Kalendar Aktiviti terkini sebagai rujukan.

    Sekian, harap maklum.

    1. ana

      sla ustaz,sya dah cek mtest,tp bkn rezki sya lg kot..tp sya xnak pts asa lg..bole tak nak wat rayuan??kat mna nak buat??tq,wslm..

  16. ana

    slm ustaz..sya dah cek pggln t.duga kpli jun 2010..tp bkn rezki sya lg la nmpknya..sya nak tnya,bole ke buat rayuan utk t.duga??kat mna??tq.wslm..

  17. na

    slm…sya juga salah seorang dr calon yg tdk berjaya dipanggil tmudga.sya juga berharap agar dapat membuat rayuan.hrp ustaz dpt bgtau bla tarikhnye..trm ksh

  18. alya

    salam,boleh saya tahu boleh wat rayuan ke nak hadiri temuduga kpli tu, bagaimana?

    IR: w’salam ana, rohanah, na dan alya. ana tak ada maklumat ttg rayuan ni.

  19. feccy

    hello, saya berjaya dipanggil ke temuduga KPLI tp program ditukar dan tempat interview yg sa pilih pun ditukar. Camana tu?

    Boleh tak saya nak tukar tempat interview?

  20. nita

    saya sedih tak dapat temuduga KPLI tp saya redha..mesti berfikiran positif.lain kali boleh apply lagi..insyaAllah nanti ade la tu rezeki di mana2.sesungguhnye Allah Maha Adil…

  21. Nora

    salam,
    kpd kengkwn yg x b’jy mtest mayb rezki anda d intake akn dtg @ tmpt lain… kta xtau rezki kte d mana,yg pntg kta b’usaha…sesungguhnya Allah mengetahui ape yg t’baik utk kta…

    kpd kengkwn yg b’jy mtest ni, ade info2 ape2 x utk dkongsi utk intrvw nt?…klw ade le share x…

    sy ade tnye kwn2 sy yg lulus intrvw dan dah jd cikgu, dorg suggest sy bc Pelan Induk Pembangunan Negara, Falsafal Pendidikan Kebangsaan, Tarikh Hari Guru n Tema,sedikit ttg Psikologi kanak2, bg calon pddkn Islam hafal la ayat2 lazim,surah2 hafalan dan hukum2 tajwid…wt preparation arabic ckit…

    semoga kta semua b’jy d dunia & akhirat

  22. youniquenyabomb

    Salam kepada semua…

    Syukur kepada Allah…tahun ni 1st time saya apply KPLI dan telah lulus MTEST dan telah dipanggil temuduga 26 April lalu….Semoga saya lulus dan dapat menjadi guru di pedalaman yg berjaya Insya Allah harap2la saya dapat… kepada yg tidak berjaya MTEST, bawa bersabar dan teruskan mencuba…Allah dah tentukan rezeki masing2…Redhalah ya..

    masa interview selain isu semasa, yang penting kita tau apa mengenai opsyen yang kita ambil…dan juga degree kita mesti ngam baru senang mereka consider…xngam pun bole tp kenala yakinkan penemuduga..

    Teruskan berusaha dan Bersyukur kepada Allah..

  23. next intake ble ye? next year ke? aduiii…da telepas nk cek MTEST…

    p.s: sape setuju laman web MOE mmg kureng sistematik penyusunan link2 infonye. nak cek KPLI pun, link die tersembunyi mcm segan nak tunjuk je…klu tak biasa masuk,lagi le terklik sana,terklik sini..klu jmpe okla..yg xjumpe2..sorila jwbnye…so sape yg salah? pegawai IT diorg? entahla belalang… (aku yg dah apply peg IT ni pun, xde rezeki lg..cobaan)

  24. qila

    salam, alhmdllh, sy bjaya di pnggil tmuduga..ptama skali sy wat sjud syukur, dan bsyukur sgt2 krana Allah mmberi pluang kpd sy..pelbgai usaha tlah sy lakukan dan skrg sy bserah sgala2nye kdp Allah..doakanlah sy, mudah2an ada rezeki sy utk bgelar guru, stelah hmpir 2 thn bkhidmat sbgai gstt..cuma disini sy ingin btanya kputusan temuduga dijangka kluar 7/6 atau 14/6?

  25. rodi

    saya dah cek dah kptsn temuduga,tpi sedih tak dpat,boleh buat rayuan ka?kenapa ambilan ni memg tak ada rayuan ka?kerajaan tak da duit ka?jan buat mcm2 kalo x da duit

    1. jgn mcm tu. x baik. doa dan sabar. rezeki Allah di mana2. kdg2 apa yg kita nak, bukan yg terbaik buat kita… syukurlah selalu pd Allah

      Tahniah kpd mrk yg dpt kpli intake ni. niatkanlah yg baik. jgn rancang yg tidak2 dgn duit elaun yg bakal diperolehi. kos utk menghadapi kpli itu jg tinggi. ingat kpli itu latihan perguruan. perlu kosnya. sbb itulah elaun itu diberi agak tinggi.

      wallahu aklam

  26. hiphiphuray

    Alhamdulillah..sye dh cek dan dpt tawaran..taun lpas mtk tp test x lps..mgkin terkejot tgk soklan die kot..huhu..kali ke-2 amik ade la prepare sket..alhamdulliah berjaya gak..kwn2 yg x dpt jgn putus asa, cube lagi..

  27. qila

    alhmdllh, sy dah cek rsult tmuduga..rezeki sy disini..sy dpt twaran mngikut kursus perguruan..kali pertama sy mhon, allah telah mmberi pluang kpada sy untuk bgelar guru..insyallh, sy akan wat yg terbaik n gunakan elaun dgn baik..ni hdiah untuk ibu n ayah..ayah yg belikan borang, ayah yg hntar n tnggu sy ambil exam, ibu n ayah hntar n tnggu jgk masa sy gi temuduga, ibu jgk yg ada masa sy cek result..smuanya atas keredhaan dan sokongan dr kdua ibu bapa sy..sy bsyukur..bbaloi, jika kita sbgai anak yg sntiasa dgr n ikut kata kdua ibu bapa kita..drongan mreka insyallah akan mmberi kjayaan kpada kita..nasihat sy, sbgai anak, kita perlulah sntiasa mminta maaf kpada kdua org tua kita..doa merekalah yg terbaik buat kita smua..ingatlah, jika pernah buat silap, sgeralah minta maaf dr mereka..allah akan memakbulkan doa kita jika mendapat keredhaan drpd kdua ibu bapa kita..pikir2 kan lah..

  28. hampa

    Sya dpt temuduga tp gagal masuk kpli, masa temuduga sijil belum ada, tp da ada srt pengesahan tmt belajar dan transkrip. Ada tak sesapa yg tak ada sijil tp dpt masuk kpli? Saja nak tau napa sya gagal. Saya redha dan percaya pd rezeki Allah, cuma perasaan nak tau saja.

    1. Pacifier

      Klu takde skrol ijazah sarjana muda mmg tak lepas… Benda ini pernah berlaku sewaktu sy mengikuti perbincangan bersama2 calon2 utk temuduga berkumpulan thn lpas… Antara 6 org dia sorg jer takde skrol… Suma 5 org tmsk sy dpt kpli thn lpas tp dia sorg jer yg tk dpt… Skrol ijazah sarjana muda amatlah penting bkn shj utk msk kpli tp jg utk temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran…

  29. ziera

    Saya dapat temuduga ambilan june 2010. Seronok sbb byk kali lepas sampai mtest jer. tp gagal dlm temuduga. frust gak. Boleh buat rayuan ke utk kes camni? Ada saper2 pernah buat rayuan tak utk kemasukan ke IPG?

  30. X GSTT

    askm semua, mmg betul, rezki tu Allah s.w.t yg tentukn, sy nk berkongsi cerita, dan meluahkan ape yg terpendam, thn 2001 sy telah dpt twrn utk gstt ambln spm, sy msk sekejap, selama 3 bln mengajar, mase tu jugaklah sy bersahaja sekadar nk mencuba profesion ini, tp rezki sy, sy dpt, tp mase tu sy mndpt twrn msk IPTA, sy pun menolak utk mjd gstt wlpun da 3 bln mengajar, sbbkn nk meneruskn pengjian, hbis bljr dgn keputusn skdr cukup mkn, sy pun apply utk kpli jun 2010, tp skdr dpt utk mtest, mase ni sy yakin sy boleh dpt, sbb sy boleh bermain muzik d + penglamn mengajar, time gstt dgn pglman mengjar guru ganti, sy amat kecewa, thn 2009 pulak, sy terlepas pagilan mtest, no pin da beli, da isi, ape yg sy nk katakn disini, sy menyesal menolak twarn gstt mase 2001 yg sy dpt dulu, semata nk smbg bljr, bru sy sedar mase dpn sy blum pasti lg, kwn se intake sy mase tu, da menjd guru tetap pun. menyesal.menyesal,menyesal, apakn daya mase x boleh diulang kembli. skrg ni brulah sy berusaha utk mencuba lg kpli akn dtg, persoalan ny adkh sy akn berjaya, itu hanya Allah s.w.t yg tau. semuanya adlh ketentuan Allah s.w.t. kadang2 kite ni pun mudah lupa padanya, time kite senang kite x ingat pun pdanya, tp time nk kn sesuatu brulah kite sujud kpdnya, sy mengaku sy terasa sy insan jenis mcm ini, kpd sesiapa yg terasa sprti sy, marilah kite sesame bertaubat dan kembali kpdnya, moga Allah s.w.t mengampunkn dosa2 kite, dan memberi kite rezeki yg melimpah ruah kpd kite. amin..

  31. PUTRI

    nak tanya…klo sy nk smbg blajar?? rasanye bidang ape yerk…
    skrang sy pembantu hal ehwal islam @ guru agama sr

  32. Pingback: KPLI ambilan Jan 2011 « IbnRajab Online

  33. sie

    kpli-sr 2011 sudah dibuka…
    sape2 yang berminat hendak jadi guru bolehlah beli no.pin terus esok

    sy salah seorang berjaya dipilih utk masuk ke IPG. sy juga pernah menghadapi situasi yg sama dgn rkn2 di ats takut klu xdpt. tp,atas usaha dan doa serta pengalamn, 1st time mohon alhamdulillah sy diterima masuk. skrg baru habis praktikum dan hendk tggu jadual exam bln 11 ni.

    apa yang sy nak pesan, ketika Mtest jawab yang terbaik. bahagikan masa dgn baik.sy dl pun xsmpt jg.tp pandai2 la hentam. jawapan ada yg bleh nmpak dan boleh agak….tp klu boleh jgn jd mcm sy k. jwb dgn betul xpyh hentam plak.

    klu dh dpt interview, jgn senyap.klu disuruh bercakap, cakp aje yg penting ada isi…wkt grouping pun sm, jgn tggu org suruh.klu tau 1 fakta wpun cth pun terus ckp ejer.

    msh ingt lg, sy tersalah bg jwpn.tp disebbkan terasa wkt itu apa sj yg keluar drpd mulut macam semua betul.jwpn yg spttnya salah sy yakinkan ianya betul…penemuduga pd mulanya senyum dan tegur tp agaknya sy mcm didegil msh pertahankan jwpn slh. dia pun xkata apa dh..tp lps keluar jer dr bilik terus cal kakak minta jwpn sbnr…mmm apa lg rs cam nk sorok muka dlm plastik.ptt rs xconfident jer jwb. apa2pun, klu ada surat atau bukti pernh ngajar jgn lupa lampirkan skli..kebanyakkn kelas sy semua ada pengalamn mengajar. tp xsemua pengalaman boleh mmbantu, apa yg penting yakin, tegas, ada dalil dr surah atau hadis, berani, jujur, insyaAllah pasti boleh!

    selamat menempuh!!!

    IR: tahniah! dan terima kasih atas perkongsian maklumat dan pengalaman..

  34. assalamualaikum..saya nak tanya ada had umur tak memohon KPLI? umur saya dah 38 tahun masih layak lagi kah? kalau saya ambil pentadbiran pendidikan adakah saya boleh terus memohon menjadi guru atau bagaimana..harap saya dapat jawapan…

    IR: umur 35 max

  35. ustaz, sy pelajar lepasan oum.
    – bolehkah sy apply kpli.adakah kpli hanya memilih pelajar dari ipta awam yang belajar sepanjang masa shaja.biasalah oum kan tempoh belajar singkat.
    – ustaz saya nak tanya adakah pelajar ipta yang mengambil kos sarjana muda pendidikan perlu memohon kpli? atau kerajaan memang dah sediakan sekolah untuk pelajar tersebut berkhidmat?
    harap dapat membantu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s