Caj IBG telah selaras

Berkuatkuasa 8 Februari 2010, caj IBG (Internet Banking Giro) bank Islam telah diselaraskan kepada RM2.00 untuk setiap transaksi sama seperti caj IBG yang dikenakan oleh bank-bank lain di Malaysia. Kalau sebelum ini, bank Islam inilah antara yang mengenakan caj IBG terendah iaitu RM0.50 setiap transaksi (sehingga 2 transaksi pertama dalam sebulan).

Kebetulan hari tersebut (8 Februari 2010) ana melakukan transaksi untuk membayar bil kad kredit. Sebenarnya terkejut juga kerana biasanya dipotong caj sebanyak RM0.50 sahaja tetapi hari itu dipotong RM2.00 pula. Apabila menyemak laman web bank Islam, caj lama masih terpapar di sana, iaitu RM.050 untuk dua transaksi pertama. Untuk kepastian, satu email dihantar kepada pihak bank.

Hari ini, pihak bank membalas email tersebut dengan menyatakan “berkuatkuasa 8 Februari 2010 caj IBG telah diselaraskan seperti yang dikenakan oleh bank-bank lain di Malaysia iaitu RM2.00 untuk setiap transaksi”. Maka terjawablah segala persoalan dan sudah terang lagi bersuluh bahawa mungkin sudah atau sangat-sangat berkuranganlan sekareang ini perjuangan pihak-pihak tertentu untuk membantu mengurangkan beban pengguna.

Semuanya diasaskan kepada profit, keuntungan dan seumpamanya, di samping mengetepikan nilai kebajikan. Susah untuk mencari “thabat” (keteguhan dan tetap pendirian) dalam sesetengah perjuangan hari ini. (lebih tepat dibaca “perniagaan atau bisnes duniawi”).

p/s: untuk makluman, kini (setakat info ana) masih ada satu bank (Bank Rakyat) yang mengenakan caj RM0.50 untuk transaksi IBG antara bank. Itupun untuk transaksi pertama dan kedua setiap bulan. Untuk transaksi ke-3 dan seterusnya, anda akan dikenakan caj rata RM2.00 sebagaimana bank-bank lain. Masih ada yang sayang!

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. nur
    Feb 17, 2010 @ 18:09:28

    salam us, bagus entry us ni. sebenarnya sy menanti 99 tips didik anak yang seterusnya. baru 45. harap dpt sambung

    IR: insyaAllah. terima kasih atas sokongan 🙂

    Balas

  2. 2bz4money
    Feb 17, 2010 @ 21:56:17

    Saya selalu memuji dan promo IBG B.I. yg paling rendah dibandingkan bank2 lain..Kini, yg ada hanya tinggal pada namanya shj..

    IR: o ya ka. sama lah kita. ada satu lagi yg dia tinggal “rasa kecewa”. ahehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: