ATM: Duit tak keluar

Nak jadi cerita, semalam ana mengeluarkan duit melalui sebuah mesin ATM di salah sebuah bank di Sarikei ini. Panjang juga berbaris sebelum berpeluang memasukkan kad ATM berkenaan. Setelah urusan memasukkan data-data berkaitan selesai (prosidur mengeluarkan wang seperti biasa), tiba-tiba mesin tersebut mengeluarkan notis “Urusniaga anda telah dibatalkan” lalu kad ATM dikeluarkan.

Tidak berpuas hati (kerana urusan orango-orang lain sebelum itu berjalan lancar) maka ana masukkan sekali lagi kad berkenaan dan melakukan prosidur seperti tadi untuk mengeluarkan amaun yang sama juga. Pelik kerana kali ini, wang yang diminta berjaya diproses. Tidak terdegus apa-apa keraguan pada mulanya dan kehidupan diteruskan seperti biasa.

Sehingga menjelang malam, dan sebelum masuk tidur, ana terlintas untuk menyemak baki semasa di dalam akaun bank berkenaan. Wah, terkejut juga kerana baki tercatat kurang daripada sepatutnya. Ana cuba menyemak senarai transaksi dan memang ternyata, pengeluaran amaun yang sama telah dilakukan sebanyak dua kali pada hari ini (semalam). Barulah ana teringat, rupa-rupanya “Transaksi dibatalkan” itu tadi tidak dibatalkan sebenarnya. Tetapi duit tak keluar.

Pagi ini, ana terus ke bank membuat aduan. Pihak bank memaklumkan bahawa memang ada ‘report’ semalam yang transaksi ATM mereka ada kesilapan “error”. Mereka memberi keyakinan bahawa amaun berkenaan akan dimasukkan semula ke akaun pihak berkenaan (sekiranya ia adalah akaun ana, maka ana lah tuannya). Ana cuba memberikan beberapa maklumat tambahan seperti waktu transaksi tetapi dipotong oleh pegawai tersebut “Tak perlu, sebab sistem kami akan membuat yang sepatutnya”.

Risau juga sekiranya amaun berkenaan (walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk belanja kami dalam seminggu) dimasukkan ke akaun orang lain pula. Sebaik sampai di rumah, ana menerima satu panggilan daripada pihak bank menyatakan “walaupun encik tidak membuat aduan, tetapi sistem kami mendapati terdapat satu ‘error’ mesin ATM kami tidak mengeluarkan amaun RMxxx.xx daripada akuan encik, betul encik ada membuat transaksi pada hari semalam?”.

Aik, kan baru tadi ana buat laporan, pelik juga dengan kenyataan pegawai bank ini. Walaubagaimanapun, pegawai berkenaan hanya ingin memberi tahu bahawa amaun berkenaan telah sebenarnya dibayar semula (refund) ke akaun ana. Syukur.

Alhamdulillah, ana dah selalu yakin, kalau duit itu halal, berkat dan memang hak kita, Allah akan pulangkan balik semula, sama ada sistem canggih ka, tak canggih ka dan lain-lain. Tetapi sekiranya ia bukan hak kita, kalau kita yang ambil hak orang, lambat laun, sebelum disiksa di akhirat, Allah akan takdirkan hak itu diambil semula daripada kita walaun dengan apa cara sekalipun.

Maksudnya, sekiranya berlaku hal-hal yang tak betul berkaitan dengan mesin ATM, tak perlu buat aduan pun, pihak bank akan melalukan yang sepatutnya berdasarkan rekod-rekod daripada mesin ATM yang cerdik itu sendiri. Tetapi, kalau kita ambil tindakan, itu terlebih baik sebenarnya.

Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. 2bz4money
    Feb 20, 2010 @ 02:00:19

    Syukur, kerana tindakan saudara menyemak resit ATM seterusnya mendapat kembali wang itu semula.

    Kebanyakkan pengguna cuai apabila mereka tidak menyemak resit pembelian apabila membeli belah kerana terdapat beberapa kes Hypermart yang tidak memberi harga seperti yang dipromosikan. Jadilah pengguna/pelanggan yang bijak..

    Balas

  2. shamyheart
    Mei 13, 2016 @ 08:40:17

    kadang kala kita tidak perasan sebab itu pentingnya resit sebagai bukti. Boleh semak semula

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: