Salam maulidur rasul

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam maulidur rasul <- Bid’ah kah ucapan ini? Boleh rujuk sedikit perbincangan ulama dalam artikel ana sebelum ini kalau nak. Tapi bagi ana secara individu (bukan bertujuan mempengaruhi siapa-siapa) bukan salah ucapan ini, cuma jika nak bagi salam tu, ikutlah cara Islam. Ia lebih afdhal. Kalau nak sangat (nak juga) ucap salam maulidur rasul dalam sms, email, blog dan lain-lain, elok didahului dengan ucapan salam sebagaimana ucapan anjuran atau amalan Rasulullah, para sahabat ataupun para ulama.

Alhamdulillah, hari ini hari cuti sempena memperingati peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semalam ana sempat mengikuti satu mini forum di masjid berdekatan. Kata salah seorang ahli panel, biasanya sambutan hari lahir, atau birthday party ini dilakukan untuk orang atau oleh orang yang masih hidup. Mungkin tidak ada dalam sejarah melainkan perayaan dalam agama Kristian yang menjadikan saat kelahiran Nabi Isa (kata mereka itulah tarikhnya) sebagai perayaan dalam agama (mereka).

Sememangnya, berdasarkan sedikit rujukan ana, memang Nabi pada masa hayatnya tidak menyambut hari kelahirannya. Para sahabat juga tidak melakukannya, sama ada semasa hayat Baginda SAW ataupun setelah kewafatan beliau. Mengikut sejarah, golongan awal yang meraikan hari lahir Nabi Muhammad SAW adalah dalam kalangan masyarakat Syiah. Mereka bukan sahaja menyambut hari lahir Nabi, sebaliknya hari lahir Saidatina Fatimah al-Zahra, Saidina Ali, Saidina Hassan dan Hussin ra.

Di sudut (anggle) yang lain, ada ulama yang berpendapat bahawa ajaran Syiah ini sesat. Kerana mereka lebih memuliakan Saidina Ali lebih daripada Nabi Muhammad sendiri serta beberapa tohmahan kepada para sahabat Rasulullah SAW yang lain dikemukan oleh pendokong ajaran ini. Mungkin tidak semua kerana ajaran Syiah ini terdiri daripada beberapa cabang (firqah) pula.

Namun, ada pendapat ulama dalam kalangan ahli sunnah wa al-jamaah yang berpendapat sambutan maulidur rasul ini wajar. Cuma janganlah mengganggap ianya berada di tahap wajib dalam agama dan melanggar batasan syariat pula semasa merayakannya. Lebih teruk juga sekiranya disamaratakan sambutannnya dengan dua hari raya dalam Islam iaitu eid al-Fitr (raya puasa) dan eid al-Adha (raya korban). Tak sambut maulid ini bukanlah berdosa. Tak ucap salam maulid bukan tanda lemah iman.

Namun, bagi ana secara individu, pada kesempatan cuti umum ini, marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk memperbaharui iman dan cinta ke atas junjungan Rasulullah SAW. Dengan meraikan hari ini, bererti kita menafikan ingatan dan kasih sayang kepada al-Rasul pada hari-hari yang lain. Sepatutnya, ingatan kita kepada Rasulullah, kasih sayang kita kepada baginda yang telah membawa agama dan iman ini kepada kita, dilakukan setiap hari, setiap masa dan ketika. Di mana sahaja kita berada.

Ittiba’ (ikut) segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW dalam ertikata yang sebenar, yakni sebagai individu yang berjiwa ummah, perlu dilakukan dan mendapat perhatian oleh umat ini saban hari. Tidak mengira penat dan lelah, tidak dihadkan oleh perjuangan individu yang lebih defensif kepada kepentingan diri sendiri, keluarga dan kelompok kecil sahaja. Malah meliputi segenap tugasan (amanah) yang Allah pikulkan kepada kita sebagai khalifahNya.

Setiap individu berjiwa ummah itu sepatutnya berjuang sebagai seorang individu (dirinya sendiri), seorang ketua atau ahli dalam keluarga, seorang ahli dalam masyarakat, seorang pekerja sesebuah organisasi dan sebagainya. Masa sebanyak 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun itu perlu diagih-agihkan secara bijaksana dan adil agar semua pihak yang berhak merasai dan menerima nikmat perjuangannya. Bukan sekadar anak dan isteri sahaja yang merasai.

Dalam erti perkataan lain, kalaulah kesakitan anak kita dalam peringkat keluarga menjadi kerisauan, maka kesakitan dan keruntuhan akhlak anggota masyarakat juga perlu mendapat bahagian di dalam kotak pemikiran individu muslim yang berjiwa ummah.

Semoga ingatan kita kepada Rasulullah pada setiap masa, kasih sayang dan kerinduan kita kepada Baginda yang tidak berbelah bagi dan terhad pada waktu-waktu tertentu sahaja ini, memberi ruang pertambahan iman dan amalan yang baik demi merialiasikan amanah Allah mengutuskan setiap individu sebagai khalifahNya di bumi ini. Sebelum tiba hari penghisaban dan pembalasan di hadapanNya di akhirat kelak.

Kita perlu bersedia, dan sebaik-baik persediaan adalah tindakan yang menjuruskan kepada nilai Taqwa.

Wallahu aklam. Sollu ‘ala al-Nabi.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. muslim
    Mac 03, 2010 @ 16:13:53

    salam tuan zamri,

    berarak maulidur Rasul beramai2 sambil bawak sepanduk rasa2nya dapat pahala ke tidak yer?kotla debu2 yang melekat pada kaki org berarak tu tak disentuh asap api neraka hari kiamat nanti

    IR: w’salam akhi al-aziz. ssh jg soalan forum kali ini. sbb berarak yg ni mungkin mrk kiyas dgn berarak kenduri kawen tdk pun kiyas dgn lagu “berarak, mendung kelabu..” hehe. biasa jika mendung kelabu tu bw hujan. silap2 dpt banjir kilat 🙂

    Balas

  2. Trackback: 12 Rabiul Awwal – Ittiba’ « IbnRajab Online
  3. Trackback: Selawat dan salam buat Baginda Al-Rasul « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: