Facebook: Sebuah pandangan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rakan-rakan di pejabat, sahabat-sahabat, kenalan, anak-anak pelajar, saudara mara dan ramai pihak sebenarnya yang mengajak ana untuk sama-sama buka satu akaun di facebook. Tidaklah pula ana ingat bila bermulanya seruan facebook ini, yang perasannya, akhir-akhir ini makin ramai yang menghantar email invatation. Terima kasih atas keprihatinan mereka menjemput ana untuk sama-sama dalam arus perdana komunikasi abad ini.

Secara faktanya, laman facebook.com itu telah termasyhur. Sekiranya dibuat analisis menggunakan software-software yang menyediakan kajian ranking tapak-tapak web yang tersohor, maka laman facebook mendapat tempat pertama. Mungkin Yahoo, Google dan tapak-tapak lain berada di belakang facebook itulah.

Samentelah, kini pihak media arus perdana di mana-mana negara pun telah mula berlumba-lumba membuka akaun di tapak facebook. Begitu juga agensi-agensi rasmi kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. Dan fenemonena sebegini telah menjadi ikutan lah bagi semua golongan, semua peringkat dan semua tahap. Malah semua-semuanya lah.

Kecuali ada segelintir pihak yang cuba-cuba melawan arus perdana “gelombang facebook” ini maka mereka menyerangnya dengan email-email yang menyebut kemungkinan campur tangan pihak-pihak tertentu yang mungkin menggunakan facebook sebagai alat demi kepentingan politik mereka. Ada yang membuat andaian ia (facebook) kerja untuk Yahudi dan sebagainya.

Kemudian ada pula pihak-pihak yang membalas balik idea-idea tadi dengan idea-idea menyokong dan mendokong facebook. Atas pelbagai alasan dan rasional. Maka penuh lah sekali lagi mail-box mail-box dengan email-email sokongan dan sogokan mereka. Terima kasih juga.

Bukanlah ana berhasrat menyangkal 100% apa yang diperkatakan orang bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang menggunakan facebook sebagai membantu mereka mendapatkan maklumat-maklumat (mungkin peribadi termasuk pendapat peribadi) penduduk dunia. Juga ana tidak berhasrat menafikan mereka yang berkata bahawa melalui facebook ini, ikatan silaturrahimnya bertambah erat, bilangan sahabat bertambah banyak dan rakan-rakan yang telah tidak dapat dihubungi sekalian lama kini bertaut kembali.

Cuma apa yang menarik perhatian ana untuk memberi komentar berkenaan facebook ini ialah; betapa banyak masa telah terpaksa diluangkan oleh sesetengah orang demi melayan budaya facebook itu. Sehingga menjadikan seorang pelajar tidak menyiapkan keperluan pembelajarannya dengan baik, seorang kakitangan awam ataupun swasta (pekerja) tidak fokus dengan pekerjaannya, seorang suami atau isteri terlalu sibuk menguruskan mesej-mesej di facebooknya berbanding memanfatkan masa untuk keluarga.

Akhirnya, banyak kerja terlonggok. Hilang punca dan stress pun melanda. Kerja yang sepatutnya dibuat dengan penuh teliti akhirnya dibuat caca merba, tonggang terbalik, berterabur dan tidak menepati ciri kualiti sebelum mengenali facebook dan sebelum menjalinkan semula ukhuwwah yang telah terpisah sekian lama menerusi facebaook itu. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat yang perlu diberikan perhatian dan ingatan selalu.

Ada seorang rakan yang kini telah mengucapkan selamat tinggal kepada facebook memberi komen “beratus-ratus mesej yang masuk setiap hari, dan itu sedikit sebanyak mengganggu, paling tidak mengganggu mata. Tidak hendak dilayan, mungkin ada orang bertanya dan sedang menunggu jawapan”. Allah aklam, sejauh mana tepatnya data beratus-ratus itu. Mungkin juga kalau kenalan telah mencapai angka ribu-ribu.

Masa yang diamanahkan oleh Allah untuk semua makhluknya itu adalah sama. 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan seterusnya. Tetapi apakah dengan facebook dapat membantu kita menguruskan masa dengan baik atau membuka ruang pembaziran masa? Seperkara ini mesti kita buat semakan dengan teliti, kerana Allah akan bertanyakan hal ini nanti.

Apa pula impak dan kesannya jika facebook itu membuka ruang caci mencaci antara sesama manusia. Membuka ruang era baru dalam mengumpat. Kalau orang dulu buat majlis umpat mengumpat ini terhenti apabila mereka berpisah, tapi dalam dunia budaya facebook, umpatan dan cacian itu mungkin berkekalan sehingga beratus-ratus generasi (jika dunia belum kiamat). Subhanallah. Alangkah ruginya jika kesempatan berfacebook membuka pintu yang ini.

Orang-orang beriman pula sepatutnya berpegang kepada prinsip anjuran al-Quran (al-Furqan:72) iaitu “dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan lagha (yang tidak berfaedah), mereka berlalu (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya (untuk tidak terlibat sama dengan perkara yang lagha, atau membuka ruang lagha itu)”.

Sepatutnya kewujudan dunia cyber ini dimanfaatkan untuk membantu kita mengurus masa, agar ada masa terluang untuk kita melakukan sesuatu yang berkualiti. Contoh, ada masa berkualiti diluangkan untuk keluarga.

Jadi, apakah komentar anda? Boleh sahaja anda terima ulasan ana ini ataupun tidak. Kerana kita ini berdiri atas landasan ilmu, pengalaman, iman dan kekuatan jati diri masing-masing. Jadi tidak salah untuk bertukar-tukar pengetahuan, pengamatan, ilmu dan pengalaman.

Semoga ada manfaat. Wallahu aklam.

p/s: Prinsip ana, dunia cyber ini, janganlah ambil semua sekali yang ada di dalamnya, dan janganlah tinggalkan semua. Lainlah Islam, perlu diambil kesemuanya  sekali. Tetapi, kalau Islam pun anda tidak (mampu) mengambil kesemuanya, kenapa perlu facebook, yahoo, google, friendster, bloging dll itu? Padahal, mengambil Islam sebagai cara hidup secara keseluruhannya itu adalah yang “Fardhu”.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. sumaiyyah
    Mac 13, 2010 @ 13:34:50

    assalamualaikum.wrh.wbr.

    buatlah sesuatu berlandaskan kebaikan untuk agama.sebarkan dakwah..sebagaimana dalam hadis ada meriwayatkan sebarkanlah dakwah, berpesan2lah untuk kebaikan walau sepotomg ayat..jadi, gunalah kesempatan ini untuk berdakwah. wassalam

    Balas

  2. Abdul Moeis
    Mac 31, 2010 @ 17:33:29

    Berhati-hati semasa menggunakan facecook kerana semua paparan, gambar dan maklumat yng kita sertakan boleh diambil sebagai ‘bukti’ sebarang kegiatan kita pada masa hadapan nanti. Facebook baik jika digunakan untuk tujuan yang baik.

    IR: terima kasih tuan atas komen yg baik

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: