Ucaplah salam dengan betul

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ucapkanlah “Salam” itu dengan ucapan yang betul dan disertai dengan ikhlas. Sebagaimana yang telah ana perkatakan tentang “ikhlas” sebelum ini, ia (ikhlas) itu akan memberi manfaat sekiranya ia diasaskan kepada perkara yang betul. Jika perkara itu tidak betul pada asasnya atau pada mulanya, ikhlas seolah-olah tiada ertinya. Dalam perkataan lain, tidak betul ikhlas pada perkara-perkara yang tidak betul.

Ikuti perbincangan berkenaan ikhlas di sini.

Alhamdulillah, telah ramai yang sedar akan kepentingan mengucapkan salam. Antara gesaan Nabi Muhammad kepada umatnya ialah menaburkan budi dalam bentuk “salam”. Malah, memberikan salam itu sunat hukumnya dalam Islam manakala menjawabnya pula adalah wajib. Itu semua kita sudah sedia maklum. Alhamdulillah.

Syukur juga kerana dewasa ini, masyarakat sudah menggunakan kalimah “salam” dengan memilih perkataan yang tepat juga. Dalam sms, mereka sudah menukarkan ucapan “akum” dengan “salam” bagi ganti ucapan salam yang biasa disebut apabila bertemu di alam nyata. Hampir tidak ada lagi penggunaan perkataan “akum” dengan niat salam sebagaimana ianya sangat popular satu masa dulu. Ia adalah perkembangan yang positif. Tahniah.

Cuma, kalau boleh dipertingkatkan lagi amalan. Bagus atau lebih baik lagi kalau kita menggunakan atau menaip terus ucapan salam yang lengkap sebagaimana sebutannya iaitu “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh” pada kesempatan-kesempatan atau ruang yang memungkinkan kita berbuat demikian. Seperti dalam email, blog, slide powerpoint dan dalam tulisan-tulisan yang tiada had ruang yang kecil. Jika sms itu, namanya sudah mesej ringkas, jadi mungkin beberapa perkataan juga akan turut diringkaskan termasuklah simbol ucapan salam kepada “salam” sahaja.

Perkara menukarkan simbol salam daripada “akum” kepada “salam” itu sudah cukup baik. Tetapi mungkin pada kesempatan yang lebih luas, lebih baik ucapan salam itu ditulis sebagaimana ia diucapkan.

Tetapi sebaliknya, janganlah sesekali kita menciptakan pula istilah-istilah baru sebagai ganti ucapan salam yang panjang dan betul itu dengan semberono ikut sedap taip sahaja. Seperti menulis “salamon akum”, “selemekom”, “sam bebeh” dan lain-lain istilah yang mungkin tidak memberikan gambaran sebenar keikhlasan kita dalam mengucapkan salam itu. Bahkan paling teruk kalau perbuatan sebegitu akan membuka ruang fitnah kepada ajaran agama Islam itu sendiri.

Paling teruk jika ada niat bermain-main pula dengan syiar-syiar agama, atau apa-apa gesaan dan saranan dalam agama. Itu mungkin akan merosakkan akidah dan iman kita pula. Nauzubillah.

Ucapkanlah salam dengan ikhlas, dengan menggunakan ucapan ataupun simbol perkataan yang paling tepat atau hampir tepat. Kalau perlu letakkan rumus atau simbol, fikir-fikirkanlah kesesuaiannya dan jangan terlalu leka mencipta istilah atau simbol “salam” takut nanti dengan pekerjaan itu kita dikenakan dosa pula oleh Allah SWT, yang sentiasa menaburkan salam (kesejahteraan) kepada manusia seluruhnya.

Wallahu aklam.

p/s: ada yang bertanya ana, jika orang bukan Islam mengucapkan salam kepada kita, apa yang perlu dijawab? Islam mengajar agar kita menjawabnya dengan ucapan “wa’alaikum” sahaja.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. abamuaz
    Mac 11, 2010 @ 13:48:37

    Ana ada baca fatwa Sheikh Uthaimin menyebut bahawa kita perlu menjawab salam dengan lafaz sempurna walaikumussalam bagi salam bukan islam yang tidak memusuhi kita dengan membawa dalil “wa iza huyyitum…” mudahan dengan balasan salam yang ikhlas itu menjadi doa maqbul punca hidayah Allah..

    IR: jazakumullah atas info

    Balas

  2. 2bz4money
    Mac 11, 2010 @ 23:41:28

    Salam 1Malaysia yang mungkin telah mengambilalih Salam Perpaduan yang sering diucapkan oleh fasilitator di majlis/ceramah rasmi kerajaan. Salam sebegini biasanya ditujukan khas buat yang bukan Islam..

    IR: betul kot. thanxs..

    Balas

  3. Azuan Ahmad
    Dis 08, 2010 @ 11:29:12

    Salam. saya nak share video ni dirakam oleh seorang beragama Yahudi Ortodox.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: