Selamat bercuti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bercuti kepada semua rakan-rakan yang bergelar guru yang mengajar di sekolah dan di IPG seluruh negara. Begitu juga selamat bercuti kepada para pelajar sekolah terutamanya anak-anak ana sendiri. Pelajar IPT atau pengajarnya mungkin cuti mereka tidak sama dengan cuti persekolahan kot. Alhamdulillah atas nikmat cuti yang Allah tetapkan dan takdirkan ini. Manfaatkanlah ia sebaiknya.

Sekiranya ana imbas kembali saat-saat cuti begini dalam tempoh masa dua tahun lepas (masa tempoh cuti belajar), masih segar dalam ingatan, pada tempoh-tempoh cuti seperti inilah kami adik beradik (3 daripada 4 adik beradik kami adalah guru) akan berkumpul di rumah mak ayah tercinta. Riuh rendah suasana musim cuti itu. Yang tinggal kini mungkin hanyalah rindu. Dan mungkin sedikit perasaan sayu.

Apa-apapun, kami mengucapkan selamat balik kampung juga kepada rakan-rakan yang mungkin bekerja berdekatan dengan kampung orang tua mereka. Atau sekurang-kurangnya berkhidmat di tanah yang sama. Bukan tercampak ke pulau macam kami sekeluarga ini. Ingat, berhati-hati dalam perjalanan balik dan kembali. Kepada sanak saudara dan relatif, mungkin ada yang akan buat kenduri, maka selamat lah semuanya insyaAllah. Doa kami dari kejauhan semoga Allah memberkati. Lain kali mungkin kami boleh tumpang sekaki merasainya kemeriahannya. InsyaAllah

Akhirnya, semoga Allah memberkati setiap ruang, setiap masa yang kita ada walau di mana sahaja kita berada.

Wallahu aklam. Selamat bercuti sekali lagi..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: