Selamat menduduki exam

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Dalam cuti pertengahan semester kali ini ana diberi peluang sekali lagi untuk mengajar subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) untuk kumpulan guru-guru yang mengambil ijazah sarjana muda mereka melalui program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Sebelum ini ana pernah mengajar kumpulan ini (Kohot 1) iaitu pada bulan November/Disember tahun 2008.

Hari ini, pelajar TITAS kohot kedua (PGSR kumpulan BM ambilan November 2009) akan menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK) mereka. Ana difahamkan, hari ini juga bermula beberapa kertas peperiksaan untuk mata pelajaran yang lain juga. Mereka akan menduduki siri peperiksaan hingga ke hari esok kemudian barulah mereka mula bercuti.

Tahniah kepada guru-guru ini yang terpaksa meninggalkan cuti penggal mereka semata-mata untuk menghadiri siri kuliah, ujian dan peperiksaan atas dasar tanggungjawab mencari dan mempertingkatkan penguasaan ilmu di dada. Semoga kejayaan mengiringi niat dan usaha tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sabda Nabi Muhammad “Tuntutlah ilmu; dari buaian hingga ke liang lahad”.

Selamat maju jaya. Wassalam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. tunbegia
    Mac 19, 2010 @ 07:25:47

    selamat bercuti ustaz,

    salamm,

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: