Awas! penceroboh email

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cerita daripada pengalaman sendiri. Sebenarnya ana sudah tidak ingat berapa kali. Tetapi rasanya sudah dua tiga kali email (melbox) ana diceroboh. Penceroboh telah masuk ke melbox, dan menghantar email atau email-email spam ke alamat-alamat email yang mereka sendiri kehendaki. Mungkin juga email-email fitnah atau pornografi. Ana perasan apabila alamat-alamat email yang mereka gunakan itu tidak betul atau mengandungi kesalahan ‘typing’.

Biasanya, yahoo akan mengesan alamat-alamat email yang tidak sah ini (yang kita hantar email kepadanya) kemudian mereka secara automatik akan menghantar email memberitahu kita bahawa email yang dihantar itu tidak dapat disampaikan. Mereka juga menyertakan sebab-sebab mengapa email itu ‘failure’. Biasanya, oleh kerana alamat email tidak betul, tidak dapat dikesan atau tidak aktif.

Ada sesetengah pengguna email mendakwa, apabila email mereka diceroboh, mereka sudah tidak dapat masuk ke email tersebut kerana pihak ketiga berkenaan telah menukarkan passwordnya. Untuk kes ana, mereka belum hendak menukarkan passwordnya. Kenapa? wallahu aklam..

Jika ada sesiapa dalam kalangan pengunjung IbnRajab Online yang mempunyai pengalaman sama, mohon kongsikan di sini untuk perhatian dan tindakan lanjut pengguna email yang lain. Semoga usaha kita diberkati. Begitu juga, sekiranya ada pihak yang mengetahui bahawa kesimpulan yang ana buat melalui email-email “Failure Notice” daripada pihak yahoo itu adalah disebabkan hal-hal (error) lain, sila maklumkan juga di sini untuk panduan ana dan kita semua.

Untuk itu, ana rasa adalah tidak baik sekiranya kita menyimpan email-email yang mengandungi password-password perbankan dalam email. Atau menyediakan folder khusus dalam email untuk menyimpan segala password online kerana takut terlupa dan sebagainya.

Selain itu, rasanya tidak bagus juga sekiranya kita menetapkan password-password yang sama untuk semua atau beberapa aktiviti kita secara online. Sama ada password email, blog, friendster, facebook dan sebagainya. Kerana rasa bimbang susah mengingati atau terlupa password-password yang berbeza untuk provider-provider berbeza. Tambah-tambah lagi kalau password perbankan internet pun sama. Bahaya tu!

Sekarang ni, banyak sangat pemilik-pemilik web persendirian yang meminta kita daftarkan keahlian sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan. Contohnya, sekiranya mereka bangunkan software widget untuk kegunaan di blog-blog (bagi menambah ‘cool looking’ blog-blog kita) maka mereka akan menetapkan untuk kita daftarkan sebagai pengguna lalu diminta kita setkan password. Kalau password itu sama dengan email, sama dengan password perbankan internet, bahaya tu!

Ingatlah, syaitan-syaitan ini sangat bijak dalam mempengaruhi manusia dan dalam memandu manusia melakukan kejatahan. Tambah-tambah lagi dunia sekarang ini yang tanpa sempadan. Makin hebat kita rasa teknologi, makin canggih juga cabarannya. Dan sudah tentunya godaan syaitan yang sangat kreatif dalam menyesatkan hamba-hamba Allah berupa manusia.

Sekadar perkongsian ikhlas. Sekiranya salah harap perbetulkan.. wallahu aklam

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Fiqa Muhammad
    Mac 23, 2010 @ 22:03:47

    assalamualaikum..
    Seinfiniti kesyukuran kehadrat Allah..
    Selawat dan salam buat rasul junjungan…

    ana tertarik nak berkongsi kali ini bila terbaca akan tajuknya yg begitu menarik perhatian..

    berkenaan pencerobohan email..perkara yang sama berlaku pada ana.. Notis failure akan dihantar kpd email ana setelah ana menge’send’ file pada sahabt ana yg lain..

    ana teringin nak tau sejauh mana pencerobohan tok or pecah masuk tok..n kalau da yg mngetahui akan perkara ini, harap2 blh share..

    Ini merupakan kali ketiga perkara sedemikian berlaku pada ana..dan yg paling latest adalah jam 9.00 pagi tadi apabila notis failure tersebut masuk kedalam peti masuk email ana..

    setakat ini belum password ana masih boleh digunakan..

    cadangan: hantar email menggunakan file.docx(microsoft word 2007)…kita boleh lock file tersebut.. dan password tersebut tidak boleh direcover jika hilang..maksudnya..mun dah ilang, xpat nak dicarik gk..n sik dapatlah dibukak file ya..

    skadar perkongsian…
    Assalamualaikum…

    Balas

  2. yusuf
    Jan 23, 2011 @ 14:05:13

    salam….
    ni nak bg pndapt..kalau la ade lagi yg mcm tu..report as spam je..biar email die deactive..

    http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/abuse/abuse.html <–ni link tk report..

    slmt mncuba..

    IR: tk atas maklumat

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: