Kalendar terkini aktiviti pengambilan KPLI Jun 2010

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Sukacita dipanjangkan jadual/kalendar terkini pengurusan pengambilan KPLI ambilan Jun 2010 untuk semakan dan perhatian rakan-rakan pengunjung setia IbnRajab Online. Semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 12 April 2010 (Isnin) ditunda kepada 17 April 2010(Sabtu). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa untuk lebih maklumat.

Anda juga boleh memuat turun kalendar terkini tersebut dalam bentuk *.pdf. Dan jika anda ingin merujuk kepada jadual lama sila klik di sini. Semoga perkongsian bermanfaat.

1) Iklan akhbar permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 – 07 Februari 2010

2) Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara – 08 Februari 2010

3) Permohonan ditutup. (Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup) – 21 Februari 2010

4) Semakan nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST secara online – 9 Mac 2010

5) Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian) – 13 Mac 2010

6) Semakan nama calon berjaya ditemu duga secara online. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat melalui internet ) – 17 April 2010

7) Temu duga KPLI Ambilan Jun 2010.(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapi) – 26 hingga 29 April 2010

8) Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ( Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG. – 14 Jun 2010

9) Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. ( Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). – 28 Jun 2010

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: