Peraturan itu penting

Pepatah atau mutiara kata ini telah disandarkan kepada Saydina Ali bin Abi Talib Karrama Allah Wajhah. Ada juga sebahagian ulama menyandarkan pepatah itu sebagai kata-kata hukama. Ia bermaksud “Kebenaran (atau sebarang usaha memperjuangkan kebenaran) yang tidak disertakan dengan aturan (atau sistem atau perancangan atau peraturan) itu akan dikalahkan oleh kebatilan (atau sebarang usaha memperjuangkan kejahatan dan keburukan) yang mempunyai peraturan”.

Perancangan, peraturan, disiplin atau apa sahaja perkataan dan istilah yang memberi faham akan maksud menyusun kehidupan itu sesungguhnya sangat signifikan dengan ajaran Islam. Sekiranya dilihat daripada amalan solat itu sendiripun, orang Islam diajar melakukan solat mengikut jadual waktunya. Lengkap dengan syarat dan rukunnya. Ada peraturannya yang tertentu.

Begitu juga, sekiranya solat dilakukan dalam keadaan musafir, mesti ada perancangan sama ada ingin dilakukan secara jamak dan qasar, jamak taqdim atau ta’khir dan sebagainya. Begitu juga amalan puasa. Ada syarat dan rukunya serta memerlukan perancangan bagiĀ mempersiapkan diri daripada segi mental dan fizikal. Seterusnya ibadah Haji yang menjadi matlamat kemuncak orang Islam. Tanpa perancangan kewangan yang jelas, sudah tentu matlamat mengerjakannya sukar untuk direalisasikan.

Allah mengutuskan manusia ke dunia ini lengkap dengan peraturannya. Lengkap dengan pedoman dan pengutusan nabi-nabi. Pedoman terkini dan dijamin kekal sehingga hari kiamat adalah al-Quran. Allah amat Maha Pengasih sehingga tidak akan membenarkan manusia tersesat. Dan Allah juga tidak akan mengazabkan manusia kecuali setelah diutuskan rasul dan dibekalkan pedoman. Sebaliknya azab itu disediakan bagi mereka yang degil dan tidak mahu tunduk dan patuh kepada peraturan Allah. Yang Maha Pencipta segala sesuatu daripada asalnya tiada.

Sangat tidak tepat sekiranya mana-mana individu mengatakan bahawa sesuatu yang terjadi itu biarlah ia terjadi. Tanpa perlu ada peraturan dan perancangan. Terutama usaha murni untuk memperjuangkan kebenaran. Ingatlah kata-kata Saydina Ali di atas, kebenaran yang tidak berperancangan dan tidak berperaturan itu sudah pasti dikalahkan oleh perjuangan kebatilan yang berperancangan.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: