Solat jemaah itu wajib

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Solat secara berjemaah itu hukumnya adalah fardhu kifayah (Bugha et al, 1989: 176). Bukannya sunat sahaja kita orang Islam untuk solat secara berjemaah. Dan solat berjemaah di masjid, surau atau di mana-mana tempat yang dilaungkan azan itu adalah sebagai menunaikan tanggungjawab sosial seorang muslim kepada masyarakatnya.

Hukum solat jemaah itu adalah fardu kifayah bukan bermaksud “orang lain buat kita tak payah”. Tetapi bermaksud (dalam istilah fiqahnya menyebut) “sekiranya ia tidak ditunaikan, maka semua orang dalam satu-satu kawasan itu akan dikenakan dosa“. Sekiranya ia sebuah kampung, maka seisi kampung itu berdosa, sekiranya ia sebuah taman perumahan, maka semua orang Islam dalam taman berkenaan dikenakan dosa oleh Allah, dan sekiranya ia sebuah keluarga, maka semua ahli keluarga yang tidak mengerjakan solat berjemaah itu berdosa.

Maka jangan memandang lekeh akan solat jemaah. Ia adalah kewajipan dan tanggungjawab hamba kepada penciptanya. Cuma oleh kerana Rahmat dan kasih sayang Allah, ia meletakkannya sebagai fardhu kifayah. Berbeza dengan fardhu ain (wajib atas setiap individu) seperti solat, ia perlu dikerjakan juga walau dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada sihat, mampu berdiri, atau sakit dan hanya mampu solat secara isyarat mata. Sama ada dalam keadaan selesa, dapat menutup aurat atau dalam situasi terperangkap atas pokok maka wajib juga solat tanpa menutup aurat dengan sempurna.

Solat jemaah pula, sekiranya kita jatuh sakit, dan dimasukkan ke wad, maka tidak dapat lagi untuk menunaikannya. Maka kita tidak dikenakan dosa kerana ada orang lain yang tolong mengerjakannya untuk kita. Sebab itulah, masa kita sihat itu, garaplah peluang menunaikan kewajipan kifayah ini dengan niat dan harapan suatu hari nanti, sekiranya kita sudah tidak mampu mengerjakannya maka akan Allah adakan orang lain pula yang mengerjakannya dan dosa kita terangkat sama (tidak dikenakan).

Tetapi, kadang-kadang kerana isunya adalah fardhu kifayah, maka ramai yang beranggapan “tak perlulah dilakukan kerana apabila ada orang lakukan, kita semua tidak berdosa”. Yalah. Kalau ada orang yang buat. Kalau tak ada? Sebab kelemahan umat Islam hari ini adalah antaranya, mereka selalu take for granted perkara-perkara agama. Pada mereka, perkara agama adalah rutin yang tidak perlu dihiraukan sangat. Apa yang menjadi prioriti kepada mereka adalah survive hidup.

Sedangkan mereka sedar, bahawa hidup ini dan segala-segala yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah. Mereka lupa pekerjaan sebenar manusia adalah beribadat kepada Allah. Ibadah dengan paling baik. Dalam al-Quran bukankah Allah mengingatkan bahawa tujuan ciptaan manusia adalah semata-mata untuk beribadah kepadaNya (al-Dzariyat:56). Allah juga menegaskan bahawa hanya Dia yang memberikan rezeki dan Dia tidak meminta rezeki daripada manusia (al-Dzariyat:57). Allah juga berpesan bahawa Dia jadikan hidup dan mati manusia dan menguji mereka sama ada dengan kesenangan atau kesusahan adalah untuk menapis siapakah antara mereka yang paling baik amalannya (al-Mulk:2).

Mudah-mudahan kita mendapat hidayah taufiq daripada Allah untuk memandu kita melakukan ibadah dengan cara yang paling sempurna, sementara diberikan ruang dan peluang di atas dunia yang fana ini. Kerana hanya Allah sahaja yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Ingatlah, perkara dan cara beragama itulah yang utama.. dan memahaminya itulah dituntut daripada manusia..

Wallahu aklam.

Rujukan: 1) Al-Quran al-karim. 2) al-Bugha, Mustafa Dib et al. 1989. al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik: Dar al-Ulum al-Insaniyah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: