Jom sertai PERAKAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Entry ana kali ini nampak sekali imbas macam taksub je. Tetapi sekiranya diamati, ia bukanlah kerana perasaan negatif itu yang selalu dikaitkan dengan anak Kelantan. Entry ini adalah berkaitan dengan satu sifat anak-anak Kelantan yang terlalu prihatin kepada kebajikan sesama mereka. Walau di mana anak Kelantan itu berada, tetapi mereka tetap sedar akan jatidiri mereka dan asal usul mereka. Kerana kebanyakan pesanan ibubapa mereka, datuk nenek mereka adalah hampir sama. Suatu pesanan bahawa “di mana sahaja kamu berada, ingatlah agar sentiasa taat kepada Allah, berpegang teguh dengan ajaran agama, berbuat baik kepada sesama manusia di samping menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan”. Itulah pesan keramat orang-orang tua anak-anak kelantan terutama kepada generasi mereka yang terpaksa berjauhan merantau ke luar kelantan kerana pelbagai tujuan.

Oleh yang demikian, ana mengambil kesempatan dalam blog ini untuk mempopularkan satu persatuan yang cuba menggabungkan semua anak-anak kelantan di perantauan melalui satu NGO yang sah di sisi undang-undang dan perundangan negara. Ia adalah PERSATUAN ANAK-ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN atau lebih dikenali dengan nama “PERAKAN MALAYSIA”.

Ibu pejabat pengurusan PERAKAN MALAYSIA ini adalah 34-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Boleh dihubungi menerusi nombor 012-319 5435 atau email setiausaha.perakan[at]gmail.com. Sekiranya ingin maklumat lebih lanjut, anda juga boleh melayari portal rasmi persatuan ini di http://www.perakan.org.my. Kepada anak-anak Kelantan di rantauan yang ingin menjadi ahli secara rasmi, bolehlah download borang di sini. Anda juga boleh mendaftar sebagai rakan online di web perakan seperti di atas.

Cuma, pada kesempatan ini, ana ingin memanjangkan hebahan, kepada seluruh rakyat/anak-anak Kelantan yang berada di sekitar/bahagian Sarikei Sarawak (iaitu daerah Meradong, Julau, Bintangor, Pakan, Pulau-pulau berdekatan dan lain-lain kawasan yang ana tak sempat nak ingat), sukacita dimaklumkan bahawa, satu perjumpaan anak-anak Kelantan (PERAKAN) akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh/Hari: 15 Mei 2010 (Sabtu)
Jam: 4.30 hingga 6.30 petang
Tempat: Hotel Wawasan Inn, Bandar Sarikei

Semua anak-anak Kelantan (lelaki dan perempuan, bujang atau berkeluarga) semuanya dijemput hadir beramai-ramai. Kita bertaaruf dan berinteraksi sesama kita. Mungkin banyak yang dapat dilaksanakan memandangkan kapasiti kita yang pelbagai. InsyaAllah..

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. mohd romzi b abdullah
    Sep 21, 2010 @ 18:42:01

    Assalamualaikum.
    Perakan Malaysia ni bagus tujuannya adalah untuk kita rakyat kelate bersatu dan bersama -sama membuat kebaikan dan mencegah kejahatan,sama-sama jaga kerajaan Islam dan juga teruskan pjuangan utk tegakan Islam walau dimana berada

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: