Selamat hari guru

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Selamat hari guru, terima kasih cikgu!. Tiada kata seindah bahasa ingin disusun bagi merakamkan jasa guru-guruku. Terlalu indah saat-saat bersamamu dalam masa mendidikku, dulu, kini dan selamanya. Guru-guruku semuanya adalah insan-insan hebat, yang Allah pertemukan dengan diriku khas untuk mendidik, membina dan membangunkan jatidiri. Guru-guru al-Quran yang paling kukenang, mendapat tempat pertama dalam ingatan kerana mempertemukan diriku kepada sumber agama dan cara hidup berpedoman.

Seterusnya guru-guru matematikku. Dengan ilmu yang satu itu, aku dapat mempergunakan setiap sel di dalam kotak pemikiranku. Agar sentiasa bertindak betul, berkata betul dan memperjuangkan yang betul. Kerana ilmu matematik telah mengajarku perkara-perkara yang benar belaka. Sesungguhnya matematik tidak pandai menipu selagi semua orang, semua bangsa, semua bahasa mengiyakan operasi 1+1=2. Dalam dunia ini, sekiranya perkara logik disuluh pula dengan al-Quran, itulah yang betul sebetul betulnya. Padaku.

Seterusnya semua guruku. Mereka ada jasa dalam membina sahsiah ilmu dan perjuangku. Dalam sindirianmu, senyum tawamu, teguran ikhlas dan bersahajamu dan segala-galanya yang terbit dari jiwamu adalah suluhan yang sangat bererti. Sekiranya itu semua dikenangkan bersama letih lesumu mengajar dan memberi faham setiap inci sukatan pelajaran rasmi di sekolah-sekolah, di ipt-ipt, di masjid-masjid dan di rumah-rumahmu. Maka tiada apa yang akan dapat aku banggakan dengan diriku melainkan jasa-jasamu, guru!

Selamatlah kamu selamanya guru-guruku. Pada hidup di dunia ini lebih-lebih lagi pada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Terima kasih cikgu, selamat hari guru, dariku khas untukmu. Guru-guruku!

Begitu juga semua insan guru yang membaca tulisan ini, ku panjangkan ucapan istimewaku padamu, teruskanlah perjuangan yang ikhlas. Perjuangan yang bukan sahaja terhenti dalam persekitaran sukatan semata-mata, tetapi selagi hayat dikandung badan, amalan “mendidik” itu selamanya hendaklah diaplikasikan. Di mana sahaja berada, pada setiap tempat dan masa. Selamat menyambut dan melalui hari ini dengan senyuman panjang kerana anda adalah ‘pujaan’ hati anak-anak didikmu.

Satu soalan perbincangan. Kenapa guru hari ini tidak seperti guru dulu-dulu?
Respon pertama dari ana: kerana guru hari ini, bukannya guru dulu-dulu. Niatnya, caranya, pendekatannya, perjuangannya dan sebagainya…

Wallahu aklam.

Catatan hari guru 2008, 2009.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Selamat Hari Guru 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: