Tahniah Aidi Bassyar

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, kepulangan Bassyar tengahari ini dengan ukiran senyuman panjang di bibirnya membayangkan berita gembira seperti namanya. Ana sengaja dengan niat menamakannya ‘Aidi Bassyar yang membawa makna “orang yang selalu membawa berita gembira” buat dua ibubapa, keluarga dan agamanya. InsyaAllah.

“Bassyar dapat no.1” katanya selepas menjengukkan kepala ke muka pintu kereta. Serentak dengan itu, sebuah buku pelaporan penilaian berasaskan kemajuan sekolah diserahkan. “Alhamdulillah” ana menjawab sepatah, sambil menyambut dan membelek-belek buku berkenaan. “Duit dalam tabung Bassyar, Abi dah bank-in. 60 Ringgit semuanya” Bassyar hanya mengangguk-anggukan kepala. Puas agaknya. “Duit adik (iffah) 35” ana menambah.

Dalam hati, ana berdoa semoga kecemerlangan dan berita gembira senantiasa akan berdampingan dengan anak-anak. Terutama Bassyar, kerana dia anak yang sulong. Mestilah menjadi contoh kepada adik-adiknya. Alhamdulillah, sejak mula bersekolah, dari tadika hingga ke hari ini, keputusan pencapaiannya selalu menceriakan perasaan orang tua.

Dalam kereta, Bassyar buka bag sekolahnya dan mengeluarkan beberapa biji gula-gula dan snak lalu diberikan sebahagiannya kepada adik (ifah) yang duduk di kerusi belakang. Nak juga turut ikut menjemput abangnya pulang dari sekolah. Walaupun dalam pakaian sekolah kerana dia sendiri pun baru balik dari tadika. Oleh kerana adiknya (akrimy) sedang tidur tadi, dia masuk balik dalam kereta untuk sama-sama menjemput abangnya pula.

“Banyak gula-gula?” tanya ana pada Bassyar.
“Cikgu bagi” jawabnya ringkas.
“Apasal cikgu bagi?” tanya ana lagi.
“Snak dan kek apollo tu cikgu kasuma (guru kelas) bagi sebab Bassyar dapat no.1, gula-gula ni cikgu jijah bagi sebab Bassyar dapat markah paling tinggi dalam matematik”. Bassyar memberi penjelasan panjang lebar. Tahu sangat dia kerana kami sekeluarga memang tidak membenarkannya membeli gula-gula di sekolah. Duit dibekalkan khusus untuk kegunaan membeli makanan-makanan yang mengeyangkan sahaja.

Sampai saja di rumah, Bassyar terus mendapatkan umminya yang sedang memasak di dapur sambil menunjuk-nunjukkan buku rekod pencapaiannya tadi.

Semoga Bassyar akan selalu gembira macam inilah. Selalu juga dapat membawa berita-berita yang membahagiakan abi dan ummi. Terlalu jauh lagi sebenarnya kembara ilmu yang perlu ditempuhi. Cabaran yang menunggu juga bukan kepalang. Semangat juang yang tinggi dan kenangan indah hasil dari kejayaan-kejayaan silam itu penting untuk dijadikan sumber motivasi apabila nanti sesekali terjatuh atau tertinggal. Dan itulah juga tujuan abi mencatatkan kejayaan Bassyar hari ini.

Semoga Bassyar dan adik-adik sentiasa sukses. Bittaufiq insyaAllah! Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. ayu
    Jun 28, 2010 @ 23:03:10

    saya harap suatu haru nanti anak saya akan menjadi seperti anak anda….

    insyaAllah…..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: