World Cup tiba lagi: apa kita dapat?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana dah tak mampu ingat, bilakah masanya ana tertarik dan minat kepada bola sepak dan world cup. Seingat ana, masa kecil-kecil dulu, memang ana ada main bola sepak. Peringkat kampung. Kalau di sekolah ana tak main bola. Rakan-rakan gelar ana “kaki bangku” di sekolah. Tapi rakan-rakan sekampung ana, ajak ana main bola dan ana adalah penjaga gol team mereka.

Peristiwa yang masih berbekas dalam memori, apabila sekali ana nak “save” bola daripada menerjah gawang, dengan tidak semena-mena bola itu tertampan ke muka. Oleh kerana tahap kelajuan yang amat sangat bola itu ditendang oleh striker lawan, hidung ana berdarah. Ingat dah patah hidung, tapi tak. Bila masuk sekolah menengah, ana pindah duduk dengan mak ayah. Seperti selalu, ana tak main bola sepak kat sekolah.

Ana membesar dalam keadaan tak kenal pun “world cup” dan pesta serta kemeriahannya. Hinggalah tahun terakhir pengajian ana di Jordan (1998), ada world cup. Masa itu tuan rumahnya negara Perancis. Kebetulan, masa perlawanan sangat sesuai dengan waktu Jordan (tak perlu berjaga malam untuk menontonnya). Seingat ana, hanya perlawanan akhirnya (Brazil lwn Perancis) sahaja yang ana ikuti. Masa itu, ana kontra dengan rakan-rakan. Mereka support Brazil, ana support Perancis kerana kebetulan ana ambil subjek bahasa Perancis sebanyak enam kredit (wajib universiti).

Balik ke Malaysia, mula berkhidmat, dan hingga sekarang, ana tak ikut sangat semangat “world cup”. Tengok pun kalau kebetulan. Tetapi kalau hingga nak berjaga malam, itu ana tidak sanggup. Kecuali perlawanan akhir, pada tahap sekarang ini ana rasa, ana akan bangun juga menontonnya. Ana maksudkan ‘tahap sekarang ini’ ialah, arus perdana yang ana hadapi hari ini menyebabkan ana terdorong untuk mengikuti “world cup”.

Ana tanya pada diri. Apa agaknya yang menjadikan dunia dan isi-isinya (manusia sahaja tanpa mengira negara, bangsa dan bahasa) akan tertumpu kepada “kempen piala dunia”? Apa sebab sehingga anak-anak ana pun tau “world cup”? Sehingga nak beli milo pun teruja sangat nak isi borang peraduan untuk dapatkan bola hadiah.

Baru ana terfikir. Itulah sebabnya pun. Sebabnya yang orang sedunia (kecuali amat sedikit) mengikuti dan terpaksa mengikuti arus piala dunia ini kerana hebohnya ia. Di mana-mana ada bola sepak. Bercakap bola sepak. Sehingga ada iklan suatu ketika dulu, isteri juga menghidang bola sepak untuk juadah seisi keluarga. Hari ini, bukan media massa sahaja pro bola sepak world cup, tetapi semua sekali. Ustaz-ustaz dalam kuliah dan ceramahnya pun terpaksa membuat contoh menggunakan ikon “bola sepak piala dunia” untuk menarik perhatian jemaahnya.

Ana ingat. Peristiwa di zaman Imam al-Syafie. Pada zamannya, heboh seluruh pelosok kampungnya, bahkan kampung-kampung seberang kampungnya, juga negeri-negeri lain selain negerinya, bahawa di bumi Madinah, ada seorang alim yang bernama “Malik bin Anas” iaitu Imam Malik tuan mazhab yang disandarkan kepadanya, iaitu mazhab Maliki. Lalu Imam al-Syafie, menghafaz kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik itu kemudian Imam al-Syafie bermusafir ke bumi Madinah dan menjadi murid kepada Imam Malik itu.

Cuba anda bayangkan. Kalau hari ini, segala saluran media massa, komunikasi menghebohkan kekuasaan Allah. Kehebatan Allah. Amaran Allah dengan NerakaNya. Dan perkhabaran berita gembira dengan SyurgaNya. Ibu bapa di rumah selalu mengingatkan anak-anaknya tentang kehendak Allah. Para suami mendidik isteri dengan dustur dan kehendak Allah. Segala-galanya adalah konsep tauhid. Apakah akan terhasilnya dunia seperti hari ini?

Zaman Imam al-Syafie dahulu tiada media massa tetapi mampu melahirkan imam al-Syafie yang bukan sahaja cintakan ilmu, bahkan mencintai ulama. Ana dahulu tak kenalpun bola sepak piala dunia tetapi hari ini mempunyai minat dengan cara dan syarat tersendiri kepada “world cup”. Cuba bayangkan anak-anak kita yang dari saat dilahirkan sudah mengenal “The Red Devil”?

Devil itukan syaitan? Kenapa harus mendidik anak-anak dengan pujaan kepadanya? Tidakkah ia (syaitan) adalah musuh orang-orang beriman yang nyata (mafhum banyak ayat al-Quran). Kenapa mereka sanggup dan memilih untuk menggunakan perkataan devil dan kita meminatinya? Bangga menampal poster-posternya di rumah, bilik tidur anak dan di cermin kereta (kebanyakkannya cermin belakang).

Apa yang kita dapat daripada minat kepada bola sepak? Kita diajar kononnya agar melihat kepada kesungguhan pemain-pemain standard antarabangsa itu dan semangat “team work” tetapi apa yang kita buat adalah, tidur di pejabat dan mencuri tulang kerana wabak “piala dunia”. Datang lewat itu biasa dan bos pula seakan-akan faham dan akur dengan alasan “layan piala dunia, bukan selalu-selalu”.

Apa yang kita dapat dengan kempen piala dunia? Dan soalan yang paling membimbangkan, apakah yang anak-anak kita dapat dan anak bangsa kita dapat dengan membesar dalam keadaan cinta kepada bola sepak, pemain bola sepak dan team bola sepak yang ada yang bangga dengan nama “Devil”?. La haula wala Quwwata illa billahh..

Sepatutnya apa yang kita harus minat? Sepatutnya apa yang perlu kita lakukan atas dunia fana ini? Apa tujuan hidup kita sebenarnya? Apa matlamat kejadian kita sebagai manusia? Ke mana kita ini akan kembali? Adakah akan selesai hidup ini setakat sorak sorai dan hilai tawa bola sepak sahaja? Atau, atau dan atau..

Mari kita fikir-fikirkan. Saidina Umar (ra) pun pernah mengajak sahabat-sahabatnya “Ijlis bina nu’min saah” maksudnya: mari kita duduk bersama-sama sejenak, untuk memikirkan iman.

Apa kata anda pula ya? Apa yang anda seru dan anda ajak ya? Anda harus fikir dan anda harus ada perjuangan!

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: