Interaksi PGSR: Pend. Moral

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan jayanya interaksi pertama mata pelajaran Pendidikan Moral Minor bagi kumpulan PGSR ambilan November 2008 dengan Major Pengajian Sosial. Kuliah dimulakan seawal jam 7.30 pagi. Walaupun kepenatan jelas terpacar di muka kebanyakan pelajar, namun segala isi pengajaran dapat dihadam dengan baik dan sesi pembelajaran juga sangat memberangsangkan.

“Hari ini adalah hari terakhir interaksi kami, ustaz” sapa seorang pelajar seawal ana masuk ke kelasnya. Wajahnya tetap ceria walaupun ini adalah hari ke-14 mereka berkampung di kampus ini bagi mengikuti interaksi Jun 2010 (semester ketiga dan keempat).

Sebenarnya, sudah dua minggu para pelajar ini kembali ke bilik kuliah setelah cuti penggal kedua bermula pada 28 Mei yang lalu. Selama itulah mereka berjuang di mana rakan-rakan guru yang lain membawa haluan masing-masing bercuti bersama keluarga tercinta. Pengorbanan pelajar-pelajar kumpulan PGSR di dalam menimba ilmu pengetahuan, sedikit sebanyak menggamit dan mencabar diri ana sendiri yang nyata jauh lebih muda daripada mereka.

Kumpulan PGSR adalah akronim kepada Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Mereka sebenarnya adalah guru-guru tetap yang belum memiliki ijazah sarjana muda yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah kebangsaan seluruh negara. Program PGSR ini sengaja diadakan oleh pihak kerajaan bagi memberi ruang mereka meningkatkan penguasaan ilmu di bidang masing-masing di samping menyahut seruan pembelajaran sepanjang hayat.

Ini adalah pengalaman ke-3 ana mengajar kumpulan PGSR ini. Pertama adalah pada bulan november 2008 dalam interaksi mata pelajaran TITAS. Kedua pada bulan mac tahun ini (2010) mengajar subjek sama bagi kumpulan kohot ke-2 ambilan november 2009. Dan kesempatan ini, mengajar subjek moral minor pula. Alhamdulillah, syukur di atas peluang menimba ilmu. Kata hukama “mengajar itu sebenarnya adalah juga pelajaran, iaitu pelajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan”.

Sejak mengajar di IPG ini, ana diberi peluang (diamanahkan) untuk mengajar para pelajar dari seawal umur 4 tahun (pra sekolah), pelajar lepasan SPM untuk program PISMP dan Pra PISMP, pelajar lepasan ijazah untuk program KPLI dan juga pelajar dalam perkhidmatan untuk program PGSR ini. Umur pelajar ana adalah di antara 4 tahun sehingga 46 tahun. Sesungguhnya, terlalu banyak yang perlu dipelajari, perlu diteliti dan dipraktikkan agar pengajaran kesemua program tersebut dapat difahami oleh kesemua peringkat pelajar yang berkenaan.

Pada Allah dipanjatkan kesyukuran atas nikmat dan rahmatNya yang diterjemahkan melalui ruang dan peluang sebegini. Bukan semua orang berpeluang mengajar pelajar di antara umur kanak-kanak, remaja sehingga dewasa.

Kepada para pelajar ana kumpulan PGSR hari ini, sekalung tahniah diucapkan atas minat dan kesungguhan menerima pelajaran hari ini. Semoga pengajaran bermanfaat bukan sahaja untuk persediaan menghadapi peperiksaan tetapi lebih daripada itu, ia adalah untuk diamalkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.

Untuk tujuan rujukan, di sini ana sertakan salinan softcopy slide yang digunakan untuk pengajaran hari ini. Sila download pengajaran yang bertajuk : Pengenalan Pendidikan Moral tersebut.

Sekian, wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: