Selamat kembali ke sekolah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahu wabarakatuh

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak tersayang. Juga buat semua rakan-rakan guru di seluruh negara. Kami di IPG masih dalam bercuti tambahan seminggu. Macam biasa, cuti IPG (dulunya maktab perguruan) dilanjutkan seminggu pada cuti pertengahan tahun. Sejak masuk mengajar di sini, ana rasakan inilah satu-satunya perbezaan daripada mengajar di sekolah satu ketika dahulu. Syukur juga.

Kepada yang dah mula mengajar, dan dah mula belajar, selamat menempuh baki setengah tahun lagi di alam persekolahan. Semestinya, semester kedua ini sangat singkat sekali tambahan pula beberapa peperiksaan utama yang penting juga akan diadakan pada semester atau penggal ini, menjadikan masa dirasakan tidak mencukupi dan membuatkan para guru dan pelajar selalu dikejar masa.

Bagi warga IPG, minggu depan barulah sesi interakasi akan bermula. Di samping itu, akan ada pelajar yang akan meninggalkan kolej dan mula mengajar secara guru terlatih di sekolah-sekolah yang ditetapkan. Selamat memulakan tugas dan perjalanan di bidang keguruan yang panjang, insyaAllah. Begitu juga sebaliknya, akan ada pelajar-pelajar baru yang akan datang melapor diri. Selamat menempuh alam pembelajaran yang baru di IPG.

Semoga selamatlah semuanya. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: