Google translator

Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Saja nak kongsi. Dan mungkin ana baru perasan. Setelah sekian lama menggunakan enjin carian google, sama ada untuk mencari maklumat, blog dan sebagainya. Entah kenapa pagi ini terasa macam nak cuba klik “translate this page” yang selalu keluar di samping result carian. Dalam beberapa saat sahaja, blog carian tersebut sudah dalam mode terjemahan. Wah, sungguh cepat enjin google menterjemah.

Walaupun mutu terjemahan itu tidaklah setepat 100% sebagaimana ia ditulis, tapi idea asal penulis memang sampai (untuk perenggan-perenggan tertentu). Bergantung kepada lengguk bahasa atau gaya penulisan yang dipersembahkan. Biasanya, artikel akademik memberikan hasil terjemahan yang lebih atau hampir tepat. Kebanyakan bahasa di dunia boleh dipilih sebagai alat terjemahan menggunakan tools berkenaan. Ana cuba ‘translate’kan beberapa muka surat blog ini ke dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ana dapati, ok juga mutu terjemahannya. Bolehlah kalau nak faham idea asal.

Mungkin ramai dalam kalangan bloggers atau explorers yang dah tahu, perasan dan telah menggunakan tools yang disediakan oleh pihak google ini. Atau mungkin juga masih ramai yang tidak perasan. Patutlah, banyak juga komen-komen yang dihantar ke blog ini menggunakan bahasa yang tidak difahami. Mungkin mereka telah membacanya dalam versi terjemahan. Sayang, banyak juga komen-komen berkenaan telah ana delete.

Sekadar perkongsian maklumat yang mungkin telah diketahui. Wallahu aklam

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. abamuaz
    Jun 23, 2010 @ 09:36:13

    tuan..

    Google translator adalah merupakan satu ibda’ yang amat berguna dari google..ia lama dah ada.. awal tahun lepas beberapa syarikat kt ni minta buat terjemahan B.I ke B. Arab untuk beberapa produk kesihatan… wakil syarikat kata..ramai yang tolak sebab buka senang nak terjemah ayat laras sains dengan istilahnya yang tah apa2.. nasib baik ada google translator.. kita copy paste dan ejas je la… dan buat sedikit buat semakan istilah.. sebab tak semua boleh diterjemahkan…

    Cuma sistem google translator ini bergantung kepada sumbangan pengguna.. kita orang melayu ni kedekut untuk menyumbang terjemahan… terutama bahasa arab ke bahasa melayu… sistem terpaksa pusing kepada BI dahulu kepada bahasa melayu..

    Jadi kalu Ustaz Zamri rajin.. kita sama2 menyumbangkan perbendaharaan kata arab melayu kat situ… dia tiga patah sehari pun ok…
    kira sedekah jariah lah jugak .. atau ilmu yang boleh dimanfaatkan selepas mati..

    IR: lagu mana nk menyumbang tuh? berminat eh

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: