Tawadhu atau sombong?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ibnu Ataillah Al-Sakandari mencatatkan dalam kitabnya al-Hikam yang maksudnya: siapa yang yakin bahawa dirinya merasa tawadhu’ maka bererti dia sebenarnya telah takabbur. Seterusnya Ibn Ataillah menjelaskan bahawa “Bukanlah orang yang tawadhu’ atau merendahkan diri, seorang yang jika merendahkan diri merasa dirinya sepatutnya berada di atas daripada apa yang dilakukan olehnya”

Misalnya, ada orang merasa tawadhu’ dengan duduk di belakang suatu majlis, tapi pada saat yang sama ia merasa tempat yang layak bagi dirinya adalah di atas itu iaitu duduk di bahagian depan majlis itu. Maka orang seperti ini menurut Ibn Ataillah bukanlah orang yang tawadhu’. Bahkan orang yang sombong.

Atau misalnya ada orang merasa tawadhu’, merasa telah merendahkan diri dengan datang ke suatu tempat menggunakan motosikal, tapi dia merasa dirinya sebenarnya lebih layak menggunakan kereta, maka orang seperti ini bukanlah orang yang merendahkan dirinya (tawadhu’), tapi adalah ia orang yang sombong.

Jadi, siapakah orang yang benar-benar tawadhu’? Orang yang benar-benar merendahkan dirinya? Ibn Ataillah mengatakan lagi “Tetapi orang yang benar-benar merendahkan diri (tawadhu’) adalah orang yang jika merendahkan diri merasa bahawa dirinya masih berada di bawah sesuatu yang dilakukannya.

Misalnya, ada orang yang dipaksa duduk di bahagian agak depan suatu majlis, ia akhirnya duduk di bahagian agak depan, tapi ia merasa sesungguhnya dirinya lebih baik duduk di belakang. Atau misalnya dalam masyarakat ada orang yang dimuliakan dan dihormati banyak orang, ia selalu merasa dirinya sebenarnya belum layak menerima penghormatan seperti itu. Itulah orang yang tawadhu’.

Tawadhu’ adalah sifat orang-orang mulia. Tawadhu’ adalah sifat para nabi dan Rasul. Lawan sifat tawadhu’ adalah takabbur, iaitu sombong. Ulama telah sepakat bahawa takabbur itu diharamkan dalam Islam! ”Sombong adalah sifat milik Allah saja, yang berhak memilikinya hanyalah Allah. Tidak boleh ada satu makhluk pun yang menyaingi Allah dalam hal ini. Siapa yang menyaingi Allah dan merasa berhak memiliki sifat takabbur maka dia berarti merasa menjadi Tuhan. Orang yang seperti ini pasti mendapat murka daripada Allah SWT.

Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah berfirman, “Sombong adalah selendangKu, dan agung adalah pakaian-Ku. Siapa yang menyaingiKu dalam salah satu dari keduanya maka akan Aku lempar dia ke dalam neraka Jahannam.”

Kerana rasa sayang dan cinta, Allah memerintahkan Rasulullah Saw. untuk tawadhu’. Dan kerana rasa sayang dan cinta juga, Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita untuk tawadhu’. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku agar tawadhu’, jangan sampai pula ada salah seorang di antara kamu yang menyombongkan dirinya kepada orang lain”

Rasulullah SAW adalah teladan bagi orang berakhlak mulia. Beliau adalah juga makhluk Allah yang paling mulia namun juga orang yang paling tawadhu’ dalam sejarah umat manusia. Sejak muda Rasululah SAW selalu merendahkan dirinya. Satu contoh yang menggetarkan jiwa kita, adalah beliau sama sekali tidak kekok (merasa hina, atau merasa janggal) menjadi penggembala kambing.

Dengan menggembala kambing beliau sebenarnya tidak hanya merendahkan dirinya kepada manusia, tetapi juga kepada binatang. Beliau tidak merasa jijik untuk hidup di tengah-tengah kambing yang berbau dan kotor. Beliau menjaga dan melayani kambing dengan penuh kasih sayang. Jika ada kambing yang melahirkan anak, beliaulah yang membantu persalinannya.

Tidak ada jarak antara beliau dengan kambing yang digembalakannya. Rasulullah tawadhu’ tidak hanya pada manusia malah kepada binatang ternakan yang digembalakannya juga.

Contoh sifat tawadhu’ Rasulullah SAW yang lain adalah beliau masih mahu memakan makanan yang jatuh ke tanah. Dapat kita baca dalam Sirah Nabawiyyah bahawa setiap ada makanan jatuh ke tanah, Rasulullah SAW tidak akan membiarkannya. Beliau pasti mengambilnya dan membersihkannya. Beliau membuang kotoran seperti debu yang menempel pada makanan itu lantas memakannya.

Selain itu, Rasulullah SAW selalu menjilati jari jemarinya selepas makan. Beliau tidak merasa jijik akan hal itu sama sekali. Anas bin Malik ra., pembantu Rasulullah SAW, menjelaskan jika Rasulullah SAW makan, beliau menjilati jari-jarinya tiga kali. Anas meriwayatkan lagi: Rasulullah SAW bersabda, ’Jika makanan kalian jatuh maka buanglah kotorannya dan makanlah dan jangan meninggalkannya untuk syaitan!’

Para sahabat nabi juga menghiasi dirinya dengan sifat merendahkan diri (Tawadhu’). Suatu hari Ali bin Abi Talib membeli kurma satu dirham dan membawanya dalam selimut. Saat itu Ali bin Abi Talib adalah khalifah yang memimpin ummat Islam seluruh dunia. Ada seorang lelaki melihatnya dan berkata padanya, “Wahai Amirul Mu’minin, tidakkah kami membawakannya untukmu?” Ali menjawab dengan merendahkan diri, “Ketua keluarga lebih berhak membawanya.”

Sejarah telah membuktikan, hancurnya seseorang juga hancurnya suatu bangsa, di antaranya adalah kerana kesombongan dan keangkuhan yang dilestari dan diagung-agungkan. Seorang ulama menjelaskan hakikat sombong adalah jika seseorang merasa layak untuk dihormatikan padahal ia tidaklah layak. Atau jika seseorang merasa layak diberikan sesuatu darjat atau anugerah padahal ia belum layak.

Umat ini (muslim) akan binasa jika masih banyak orang-orang yang sombong. Bahkan sombong yang telah dibudayakan. Misalnya, ada seorang yang ingin memasuki pusat pengajian tinggi dalam bidang Kedoktoran dengan membayar wang yang berjuta-juta jumlahnya kepada pihak universiti. Padahal ia tidak layak untuk kerana kreditnya mungkin tidak mencukupi.

Tetapi ia merasa layak kerana memiliki wang yang banyak dan mampu membayar. Kelayakan yang dibeli dengan wang ringgit. Ia sebenarnya (pada hakikat) tidak hanya sombong, malah lebih sombong lagi ia membiayai kesombongannya itu. Maka yang akan menjadi korban selain dirinya sendiri sudah tentulah bangsanya (umat) ini. Akan muncul di kemudian hari nanti ribuan doktor yang tidak tahu apa-apa.

Sepertinyalah juga seorang juru terbang yang baru beberapa jam mengikuti kursus juruterbang. Sudah tentu ia tidak layak terbang. Tapi merasa layak untuk memandu pesawat dan terbang. Merasa layak diberikan pelepasan untuk memandu kapal terbang yang membawa beratus-ratus orang penumpang. Akibatnya jika demikian, kebinasaanlah yang datang bertandang sedang orang lain (penumpang) tidak menyedarinya.

Sesungguhnya yang mendorong semua itu adalah kesombongan. Maka, jika sudah demikian, tunggulah sahaja hukuman dari Allah. Di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Wallahu aklam.

Rujukan: Kitab al-hikam, Ibn Ataillah al-Sakandari Rahimahullahi Taala.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. hambaAllahIPR
    Jul 23, 2010 @ 07:09:21

    salam ustaz.. saya nak tahu wajarkah seorg ustaz mengaibkan pelajarnya di hadapan org ramai di surau? saya agak terkilan dgn perbuatan ustaz apabila mengaibkan seorg pelajar yg balik ketika kita hendak menunaikan solat jumaat beberapa minggu lepas, sedangkan dia mungkin mempunyai sebab yg kita tak tahu.. syukran.

    IR: w’salam. jgn menuduh tanpa usul periksa. itu membuka ruang fitnah. sedangkan fitnah itu lebih buruk (akibatnya dan pandangannya di sisi Allah) daripada membunuh. anda salah faham. berbantukan pakcik “google” ana dpt cari/kenal siapa anda ni dgn jelas, walaupun anda cuba berselindung di sebalik “hamba Allah”. bertindaklah dgn lebih jujur, datang jumpa dulu dan bertanya. itu adab kita berguru zaman berzaman. wallahu aklam

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: