Ceramah keibubapaan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, pagi ini ana diberi ruang dan kesempatan berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan bersama sekitar 60 orang ibubapa dari sekitar Sibu dalam program Ceramah Lonjakan Pelajar-pelajar Muslim Tahap-2 Sekolah Rendah. Program ini dianjurkan oleh Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak (MIS) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Sibu manakala Jawatankuasa pengurusan Masjid al-Nur, Sibu pula menyediakan masjid ini sebagai tempat program dijalankan.

Melihat kepada nama program, tak sangka pula audien ana adalah para ibubapa. Rupa-rupanya, walaupun nama program ini “Program Lonjakan Pelajar” tetapi sasaran program adalah para guru dan ibubapa pelajar tersebut. Sesi ceramah dibahagikan kepada dua lokasi; satu khas untuk pendedahan dan motivasi ibubapa, manakala para guru pula diberi kesempatan mengikuti kursus kelolaan pakar-pakar dalam bidang pendidikan.

Tajuk yang diberikan kepada ana: Pendidikan Anak-anak Selari Tuntutan Islam. Pihak pengajur memberi sedikit taklimat melalui panggilan telifon mengenai matlamat ceramah adalah untuk memotivasikan para ibubapa dengan motivasi Islam. Panggilan jemputan itupun ana terima dua hari sebelum majlis berjalan. Kerana untuk tidak mengecewakan pelawaan, ana terpaksa juga menyetujuinya dengan ruang untuk merujuk adalah terhad.

Secara keseluruhannya, ana berpuas hati kerana sesi ceramah ini mendapat perhatian yang sungguh-sungguh memberangsangkan. Dua jam berlalu tanpa disedari. Sesungguhnya inilah kali pertama ana mengendali ceramah motivasi kepada ibubapa, tak sangka pula perasaan sebegini yang menjadi balasannya. Tidak banyak pun yang ana sentuh melainkan sedikit sebanyak kisah dari pengalaman hidup sendiri sebagai anak yang dididik oleh dua ibubapa berlandaskan manhaj Islami yang akhirnya memperolehi ganjarannya yang tersendiri, di dunia sebelum akhirat insyaAllah.

Ana sebut pengorbanan dua ibubapa yang gigih mendidik kami adik beradik walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Akhirnya, daripada keempat-empat adik beradik ini, lahirnya tiga orang guru dan seorang surirumah yang berkorban dari awal untuk melihat adik-adiknya yang lain lebih berpeluang untuk belajar. Begitulah aturan dan rahmat Allah SWT yang mentakdirkan kakak kami yang sulong berada di samping mak dan ayah kerana kami bertiga ditakdirkan merantau ke tempat orang mencari rezeki dan kehidupan.

Sungguh ana tak sangka, rata-rata hadirin terutama ibu-ibu telah menitiskan air mata. Tak pula ana sedari bahagian mana dalam slot ceramah itu yang menyentuh hati. Dan tidak sedikitpun niatnya adalah untuk mengguriskan rasa mana-mana pihak. Selepas ceramah, ana mendapat satu komen daripada pengendali “ceramah ustaz sangat memberi kesan sehingga ramai yang tersentuh”. Allahu akbar, itu rupanya ‘kesan’.

Di sepanjang ceramah, ana fokuskan kepada pembentukan akidah dan jatidiri anak-anak. Di samping itu, ana selit-selitkan sedikit pengalaman kedua orang tua ana mendidik kami adik beradik. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kalau sesi ana itu berjaya dan memberi kesan terutama kesan pada hati yang akan membuahkan tindakan selepas ini. Teringat ana kepada sebuah hadis, dalam diri manusia itu ada seketul hati, sekiranya ia baik maka akan turut baiklah seluruh anggota. Mudah-mudah, usaha yang sedikit itu berupaya sekurang-kurangnya membaiki hati ke arah yang lebih baik, terutama diri ana sendiri.

Oleh kerana janji bersama para hadirin, maka ana kongsikan di sini slide yang digunakan. Anda bebas untuk memuat-turun dan menyebarluaskan slide tersebut dengan memberikan sedikit teguran membina (sekiranya dirasakan perlu) demi memurnikan lagi persembahannya pada masa-masa hadapan. Cuma, perlu diingatkan bahawa isi ceramah tersebut, tidaklah 100% berpandu kepada slide berkenaan kerana kisah-kisah pengalaman hidup tidak ana masukkan ke dalam slide. Ia datang secara semulajadi dengan niat ikhlas untuk berkongsi.

Wallahu aklam.

p/s: ada orang komen, ceramah motivasi adalah “pengalaman diri sendiri yang dikongsi“. betul kah?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: