Didik anak dengan teka teki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kadang-kadang mendidik anak ini perlu kepada suasana yang mencabar minda mereka. Salah satu cara ibubapa mencabar minda anak-anak adalah melalui teka teki. Seingat ana, masa kecil-kecil dahulu, selalu ana dicabar dengan teka teki oleh orang-orang sekeliling; nenek, bapa saudara, mak saudara, kakak, abang-abang senior (waris-waris sebelah mak atau ayah) dan juga rakan-rakan; sama ada semasa di sekolah atau tempat mengaji al-Quran.

Kami sekeluarga juga mengamalkan teka teki dalam mendidik anak. Alhamdulillah, mereka nampak seronok meneka dan menerima jawapan yang kadang-kadang tidak terduga langsung dek akal pemikiran mereka yang masih muda. Samentelah pula, mereka juga kadang-kadang berani mencipta teka teki untuk dijawab pula oleh kami; mak dan ayah mereka. Semestinya akan pecah jugalah gelak ketawa apabila sesuatu teka teki itu melucukan dan tidak lupa juga kalau ia adalah teka teki yang unik.

Sebenarnya orang tua-tua kita dahulu agak cekap di dalam merangsang minda anak-anak. Mereka mewarnakan hidup dan tumbesaran anak-anak dengan acuan yang cukup baik sekiranya dikaji. Mereka selalu membawa cerita-cerita rakyat yang memberikan seribu satu pengajaran dan nilai moral dalam masyarakat. Pada masa yang lain mereka bawa berlagu dan hatta bergurindam serta berpantun. Pantun-pantun sindiran dan berbentuk lawak jenaka (dua kerat) selalu diungkap-ungkapkan. Seterusnya, mereka suka pula mencabar anak-anak dengan teka teki.

Cuba anda jawab teka teki ini: Kalau meja jadi ikan, pensel jadi ikan, kertas jadi ikan dan lain-lain ni jadi ikan, nanti ikan jadi apa? hehehe.. jawapannya, sila lah anda meneka.

Anda ada teka teki? boleh dikongsikan di sini untuk ana tambah koleksi. Untuk download koleksi teka teki klik sahaja di sini. Wallahu aklam, semoga seronok dengan anak-anak bermediumkan teka teki. Bye!

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. Sidiq
    Jul 05, 2010 @ 08:25:15

    Ikan jadi hairan la :-p

    IR: hehe, salah. cuba lagi 🙂

    Balas

  2. turtlai
    Okt 13, 2010 @ 18:16:53

    jwpnnye:ikan jd bnyk la.

    Balas

  3. Dodi Al-fayed
    Nov 16, 2011 @ 09:40:27

    untuk amalan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: