Khutbah Sarikei

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang berbahagia hari ini, ana dijemput dan diberi peluang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Bahagian Sarikei Sarawak. Sebenarnya jemputan tersebut sudah lama. Kalau tak silap dari awal Januari lepas lagi. Kalau tidak diingatkan, sudah tentunya ana terlupa. Pada tahun ini, pihak JK Masjid cuba melibatkan para ustaz yang ada di Daerah Sarikei ini untuk menyampaikan khutbah Jumaat secara bergilir-gilir.

Sudah agak terlalu lama juga ana tidak menyampaikan khutbah di masjid sebesar dan seramai ahli jemaah di masjid Bahagian. Biasanya berkhutbah di surau Institut tempat ana bertugas sahaja yang jumlah jemaahnya tidak sampai 50 orang. Jadi, agak gementar juga dalam dada dibuatnya. Namun, ana gagahi juga dan kuatkan semangat. Selepas khutbah, ana terpaksa menolak pelawaan tuan Imam untuk mengimami solat Jumaat kerana terasa seperti sakit dalam dada.

Oleh kerana pihak masjid tidak menyediakan teks, maka ana memohon izin sahabat (ust Hasrizal) untuk membaca teks khutbah beliau bertajuk: Takut yang sudah tercabut itu. Alhamdulillah, beliau tidak keberatan mengizinkan teks khutbahnya itu dibaca, bahkan menyatakan terima kasih atas kesudian ana memanjangkan manfaatnya di sini (Sarikei).

Untuk tujuan perkongsian dan memanjangkan manfaat cetusan idea pengarang khutbah ini, senior ana semasa di Jordan yang sangat banyak memberi tunjuk ajar, maka di sini ana sertakan teks khutbahnya itu. Klik sahaja untuk download. Semoga bermanfaat.

Wallahu aklam.

p/s: Artikel ini juga ada sangkut paut.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Fiqa Muhammad
    Jul 24, 2010 @ 23:06:41

    Alhamdulillah..walaupun ana menyimpan hasrat dihati untuk mendengarnya, tp tiada kesempatan Allah berikan..apa2pun, selamat berjuang dan teruskan perjuangan..doakan kejayaan ana, dan keteguhan ana dalam perjuangan..semoga Allah memberkati ustaz dan keluarga..sangat merindui, zulfika

    IR: terima kasih fiq

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: