Di ambang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

“Pejam celik pejam celik, dah nak habis setahun. Cepat sungguh masa berlalu” Keluhan seorang pakcik di kampung ana 25 tahun lalu. Masa itu ana masih mencari-cari identiti, masih mempelajari erti kehidupan, kecemerlangan dan kemanusiaan. Pada masa ini, dan pada banyak masa sebenarnya ana teringat mafhum sebuah hadis Nabi SAW yang menkisahkan tentang dunia akhir zaman. Masa dirasakan berlalu begitu cepat sehingga setahun dirasakan sebulan, sebulan dirasakan seminggu manakala seminggu dirasakan bagai sehari.

Kini, Ramadhan akan tiba lagi. Dengan pelbagai tawaran, jaminan dan berita gembira. Ramadhan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan manakala akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Ramadhan yang padanya diikat segala syaitan, dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadhan juga membuka ruang bagi orang-orang beriman menggandakan pahala amalan mereka, di mana amalan sunat akan diganjarkan seperti mengerjakan amalan fardhu manakala amalan fardhu digandakan dengan 70 amalan pada bulan-bulan lain.

Bersediakah kita akan kedatangan Ramadhan. Bersediakah merebut ruang dan peluang yang bakal dihidangkan. Kalau seorang bos dipejabat selalu menasihati kakitangan mereka melakukan SWOT analisis untuk meningkatkan mutu kerja, maka sudahkan kita melakukan SWOT analisis untuk mempertingkatkan iman dan bekalan kita? Bersediakan kita dengan segala kekuatan yang ada (S), dengan segala cabaran di bulan puasa (W), dengan ruang dan peluang yang sengaja dibuka oleh Allah (O) dan juga halangan serta ancaman-ancaman hawa nafsu (T)?

Kalau anda sudah bersedia, apakah orang-orang dibawah tanggungan anda sudah bersedia? Apakah jiran-jiran, anak-anak jiran dan masyarakat tempat anda bersedia dan sedar akan ketibaan bulan barakah itu? Apakah tindakan dan langkah wajar yang perlu anda lakukan bagi menyedarkan diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat? Semoga, kita semua sentiasa mendapat hidayah dan inayah Allah di dalam memperjuangkan agama dan tuntutan-tuntutannya. Buat diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Agar kita segera keluar daripada segala permasalahan dan kerosakan manusia dan kemanusiaan yang semakin mendapat tempat dalam kehidupan hari ini.

Untuk itu, ana mengambil peluang ini untuk menguar-uarkan sebuah program Mini Forum Di Ambang Ramadhan yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Nama Program: Mini Forum Di Ambang Ramadhan 1431H/2010
Hari/Tarikh: Sabtu, 7 Ogos 2010 bersamaan 26 Sha’ban 1431H
Tempat: Masjid al-Muttaqin, Sarikei.
Masa: Selepas Solat Maghrib.

Tajuk Forum: Menyingkap Hikmah Pensyariatan Puasa Ramadhan

Moderator: Ustaz Wan Roslan (SMK Bandar Bintangor)
Panel 1: Ustaz Nik Mohd Hakimi (SMK Bandar Sarikei)
Panel 2: Dr Awang Ismail Awang Mahmood (Klinik Awang Ismail Sarikei)

Mari rakyat Sarikei dan sekitar dengannya, kita imarahkan masjid dan kita sama-sama rasai gelombang nikmat Ramadhan yang bakal menjelma. Biar kita bersedia dari awal dengan info dan maklumat. Jangan sampai kita nanti menyambut Ramadhan sebagai adat bukan ibadat.

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Abdullah
    Ogo 07, 2010 @ 01:05:40

    Salam Ust, kalau pahala digandakan pada bulan Ramadhan adakah dosa turut digandakan?

    IR: w’salam. ahlan azzam, abbas dan zubair (Abdullah’s). mengikut sstgh pdgan, dosa jg digandakan (pd mlm lailatul qadr). wallahu aklam

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: