Selamat berpuasa 1431H

Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Ramadhan Kariem! Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat yang mengunjungi blog IbnRajab Online ini walau di mana anda berada. Semoga cabaran dan dugaan Ramadhan akan menghasilkan nilai taqwa dalam diri sebagaimana yang diprogramkan oleh Allah SWT dalam al-Quran itu. “Diperintah ke atas kamu berpuasa sepertimana diperintah ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa”. [al-Baqarah:183]

Hidupkanlah Ramadhan dengan amalan-amalan mulia, berpuasa bukan sekadar meninggalkan makan dan minum di siang hari, sebaliknya tangan, kaki bahkan segala anggota turut berlatih berpuasa untuk tidak digunakan pada jalan yang dimurkai Allah SWT. Hayatilah mafhum sabda dan pesanan junjungan besar Nabi Muhammad “Berapa ramai orang berpuasa, tetapi mereka tidak memperolehi selain lapar dan dahaga” Au kama qala al-Nabi”.

Di bulan ini, perbanyakkanlah amalan sunat juga kerana ia digandakan pahala seperti amalan wajib. Sedekah digandakan amalan zakat, solat sunat digandakan pahala amalan solat fardhu, umrah akan digandakan dengan pahala ibadah haji dan sebagainya. Begitu juga amalan fardhu, akan digandakan dengan 70 kali ganda dan seberapa banyak gandaan yang Allah kehendaki.

Rebutlah “Mega Sale” sediaan Allah SWT ini. Marilah sama-sama kita merealisasikannya untuk diri kita sendiri juga. Sebagai bekalan taqwa iaitu sebaik-baik bekalan sediaan bertemu Yang Maha Pencipta.

Wallahu aklam. Sekali lagi selamat berpuasa dan menghayati serta mempelajari sesuatu daripadanya. Wassalam.

Artikel-artikel Ramadhan sebelum ini;

1. Doa Solat Tarawih
2. Ajar anak berpuasa
3. Persoalan zakat

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. bintangzohra
    Ogo 11, 2010 @ 10:20:19

    selamat berpuasa

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: