Istimewa Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sempena program Tabung Haji masuk kampung peringkat Negeri Sarawak tahun ini, ana dijemput memberi ceramah dengan tajuk “Istimewa Ramadhan”. Program kali ini diadakan serentak di kampung perpat, bating maro, kabong dan beberapa buah kampung lagi yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Acara kemuncaknya diadakan di Surau Darul Ehsan, Kampung Hilir Kabong, tempat ceramah ini disampaikan.

Ana difahamkan program ini memakan masa dua hari, ia memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali operasi Tabung Haji dengan lebih dekat lagi. Kaunter sementara juga dibuka dan para pengunjung berpeluang melakukan beberapa transaksi seperti membuka akaun Tabung Haji, menyertai kelab TaHa dan sebagainya.

Ana juga difahamkan, melalui program seumpama ini, pihak Tabung Haji mampu memberi motivasi kepada ahli masyarakat terutama yang tinggal di pedalaman seperti ini, tentang peri pentingnya niat seorang muslim untuk pergi menunaikan ibadah haji yang menjadi rukun Islam terakhir itu. Usaha membuka akaun di Tabung Haji pula adalah terjemahan kepada niat berkenaan.

“Kami berusaha memberi faham kepada mereka, niat itu penting. Mudah-mudahan, usaha mereka (membuka akaun TH dengan nilai hanya RM2) ini akan menjadi bukti terjemahan kepada niat murni mereka (untuk menunaikan ibadah haji). Mana tahu, pada masa hadapan Allah mengurniakan rezeki (daripada sumber anak-anak cthnya) dan mereka dapat mengerjakan fardhu haji berkat niat dan usaha kecil seperti ini”. Jelas seorang pegawai TH kepada ana.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh pegawai TH berkenaan. Seingat ana, suatu ketika dahulu, mak pernah berkata “Aku ni, apabila melihat Kaabah (dlm tv), dan apabila pergi menziarahi rakan-rakan yang akan menunaikan ibadah haji, terasa juga dalam hati ingin ke sana. Tapi, Allah mengetahui aku tiada harta, hanya kamu adik-beradiklah harta yang aku ada pun”.

Dan alhamdulillah, berkat niat suci tersebut, mak dan ayah ana diberikan peluang ke tanah suci pada tahun lepas 2009. Walaupun pada tahun 2008, ayah ditimpa sakit strok tetapi setelah setahun menjalani latihan fisioterapi, Doktor mengesahkan kesihatannya untuk menunaikan haji. Kemudian itu kami buat rayuan dan mereka terpilih. Syukur sangat ke hadrat Allah SWT yang telah menzahirkan niat mereka yang tulus suci itu.

Sebagai perkongsian, di sini ana sertakan slide ceramah Istimewa Ramadhan tersebut untuk tatapan rakan pengunjung IbnRajab Online sekalian. Sekiranya terdapat kelemahan di mana-mana, silalah anda semua memberikan teguran yang membina. Dan itulah juga antara lain niat dikongsikan bahan berkenaan.

Sekian, wallahu aklam. Selamat berpuasa semoga diterima.

Anda juga mungkin meminati:

1. Rayuan Tabung Haji
2. Sumbangan Ibubapa

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Krulayar
    Ogo 20, 2010 @ 05:24:30

    Balas

  2. Trackback: Salam Ramadhan 1432H « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: