Pulang beraya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

InsyaAllah, raya ni kami balik kampung. Keputusan untuk balik kampung ini pun kami ambil agak lewat. Pada mulanya ingat nak beraya di perantauan ini sahaja, mengulangi sejarah tiga tahun lepas iaitu raya sebelum ana pulang menyambung pelajaran di UKM. Oleh kerana cuti yang diputuskan agak panjang, selera untuk balik kampung membuak-buak sehingga tidak dapat untuk dibendung lagi.

Kami sekeluarga akan pulang ke Kelantan tiga hari sebelum hari raya. Sempatlah nak ke hulu ke hilir satu round berbuka puasa di rumah orang tua kami masing-masing (rumah mak ayah dan sudah semestinya keluarga mertua). Sempatlah nenek-nenek dan datuk-datuk bermesra-mesra dengan cucunya sekali seorang sebelum raya. Berbuka puasa bersama keriuhan cucu-cucu memang mendatangkan bahagianya yang tersendiri.

Kawan-kawan pun dengar cerita ada yang nak buat reunion. Boleh la join nanti kalau ada kesempatan dan kelapangan. Dua hari raya pertama memang tak dapat la kot, tapi selepas itu rasanya boleh. Ana sendiri pun lama dah tak berjumpa mata dengan rakan-rakan sama kelas semasa di sekolah rendah atau menengah dulu. Sekarang ni muka masing-masing dah macamana agaknya. Ada yang hampir 30 tahun tidak berjumpa.

Semoga kedatangan syawwal tahun ini akan memberi seribu makna bahagia. Sebelum itu, malam ini akan masuknya bab-bab terakhir Ramadhan yang dijanjikan pembebasan daripada api neraka “itqun min al-nar”. Malam-malam akhir ini juga disepakati padanya Lailatul Qadar. Sama-sama kita merebut “mega sale” daripada Allah ini.

Semoga walaupun hayat kita umat Nabi Muhammad ini tidaklah panjang sangat, tetapi dengan adanya peluang gandaan-gandaan pahala sebegini (bulan Ramadhan dan Lailatul Qadar), bukan lagi menjadi alasan untuk kita malas menambah amalan, bahkan dengan rahmat Allah, melebihi amalan-amalan umat Nabi terdahulu (sekiranya kita dapat memenuhi segala tuntutan Ramadhan dengan segala pengisian dan tarbiyahnya itu).

Selamat beramal dalam tahap ketiga Ramadhan, semoga amalan salih diterima Allah.. Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. abu wildan
    Sep 11, 2010 @ 07:52:08

    kawe tau dah demo yak dok di Jordan lg suka ghayo di kampung. kalu bole nak beli k.terbang sendiri wat balik kampng.

    kawe rayo sini jer…

    selamat ari rayo.

    IR: ya ka. selamat hr raya akh. x kisah raya mana2. asal bahagia. 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: