Salam kemerdekaan ke 53!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam anak merdeka!

Hubbul watan minal iman” adalah kata-kata keramat Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Mencintai tanah air itu tanda orang beriman”. Itulah prinsip seorang muslim mukmin, yang mencintai kemananan, kemerdekaan dan keupayaan untuk berdiri teguh di dalam sebuah negara yang merdeka. Hidup di dalam sebuah negara yang merdeka amat signifikan bagi umat Islam yang beriman untuk membolehkan mereka melakukan ibadah kepada Allah dalam keadaan tenang, selesa dan penuh khusyuk.

Alhamdulillah, negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun hari ini. Semestinya seorang anak yang dididik oleh seorang ayah yang telah berusia 53 tahun itu telah cukup segala ajaran dan bekalannya. Bilangan adik beradiknya juga telah ramai begitu juga cucu-cucu kepada ayahandanya itu tentulah ramai. Bermacam-macam ragam anak-anak dan cucu-cucu memberi warna kepada kehidupan orang tua yang melanjut usianya.

Namun, hasil didikan yang baik, akan membentuk dan mencorak anak-anak dan cucu-cucu yang hebat, kuat dan berjasa kepada bukan sahaja orang tuanya, tetapi kepada bangsa dan agamanya. Hari ini, sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-53, kita selaku seorang anak merdeka, siapa sahaja kita sama ada anak sulong, anak tengah atau anak bongsu (setakat ini), kita perlu bertanyakan apakah sumbangan kita untuk membahagiakan orang tua. Apakah kita telah menjadi anak-anak atau cucu-cucunya yang berguna?

Marilah sama-sama kita menginsafi dan menghayati, sempena kemerdekaan ini dan juga bulan Ramadhan yang mulia, kita insafi dan hayati sumbangan dan peranan kita terhadap negara tercinta. Bukan setakat itu sahaja, apakah sumbangan kita kepada agama dan bangsa juga? Atau kita masih lagi berada di zaman penjajahan yang sentiasa inginkan sumbangan daripada orang lain?

Walaupun kita hidup di dunia ini tidak ada istilah merdeka yang sebenarnya, kerana kita terikat dengan peraturan, undang-undang, adat masyarakat dan sebagainya. Namun, biarlah kita hanya menjadi hamba kepada Allah SWT sahaja dan juga mentaati segala peraturan, undang-undang yang menjurus kepada ketaatan kepada Allah. Jangan ada istilah “taat kepada makhluk dan pada masa sama khianat kepada al-Khalik (Pencipta)”.

Hiburan yang melampau dan melalaikan, ketamakan harta benda yang tiada had dan penghujung, mengikut hasutan hawa nafsu dan syaitan serta pelbagai warna kederhakaan kepada Allah perlu kita semua selaku anak merdeka ini hidarkan. Dalam erti kata sebenar, kita perlu merdeka jiwa seiring dengan kemerdekaan tanah air tercinta. Merdeka minda dan paradigma daripada pengaruh isme-isme ciptaan manusia yang serba lemah dan kekurangan.

InsyaAllah. Amien ya Rab al-Alamien.. Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: