Selamat balik kampung

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat balik kampung! Alhamdulillah, hariraya akan tiba tidak lama lagi. Ramai antara kita yang mengambil peluang pulang beraya ke kampung bersama orang tua tersayang, adik beradik, sanak saudara dan rakan-rakan. Pada kesempatan ini, ana sekeluarga mengucapkan selamat balik kampung kepada pengunjung IbnRajab Online dan kepada semua umat muslimin walau di mana anda berada.

Adik bongsu ana dari Lembah Subang balik hari ni. Ramai juga rakan-rakan kat sini, semalam sebaik sahaja tamat waktu persekolahan dah bertolak balik kampung. Ghenggeh (loghat kelantan bermaksud berkurangan) masjid dibuatnya. Kami sekeluarga selasa pagi (7 september) ini baru bertolak. Isnin ini perkhidmatan masih diperlukan. Seharian suntuk bersama guru-guru PGSR.

Adik di Kuching tak dapat balik beraya di kampung tahun ini. Tak apa, sebab tahun lepas dah beraya di Kelantan, tahun ini giliran beraya di Kuching. Lagipun, hujung tahun nanti (raya Korban) akan balik beraya di Kelantan. Sebenarnya, di Kelantan, raya aidiladha lagi meriah. Kalau nak buat akikah, orang pilih buat raya aidiladha. Boleh tumpang bahagian Korban. Tak apa, “skype” ada. Nanti malam raya lagi kita on skype. Kemeriahannya hampir sama juga kerana visual, suara ada cuma nak sentuh fizikal sahaja tak dapat dengan skype.

Apa-apa pun selamat lah semuanya. Jangan sedih sangat kalau tak berkesempatan balik ke kampung sendiri. Kampung suami atau isteri juga macam kampung sendiri. Ataupun, tempat berkerja atau belajar juga macam kampung sendiri. Yang penting ingatan dan salam kemaafan kepada yang tersayang. Kalau jauh, hubungilah mereka di pagi raya, atau malamnya itu. Bertanya khabar dan bermaaf-maafan.

Kepada yang pulang beraya, berhati-hati di jalan raya. Antara adab-adab pulang beraya:

  1. Mandi sunat musafir
  2. Solat sunat musafir
  3. Baca doa keluar rumah
  4. Takbir tiga kali semasa keluar rumah (dan setelah sampai)
  5. Memohon maaf kepada mereka yang akan ditinggalkan
  6. Mengucap selamat tinggal
  7. Banyakkan berdoa semasa dalam musafir
  8. Membawa sedikit hadiah atau buah tangan

Kalau bermusafir dengan kenderaan sendiri, jangan lupa servis kenderaan anda juga. Pastikan bunga tayar, lampu brek, aras minyak hitam dan sebagainya itu berada pada tahap yang memuaskan. Rancang dan mulakan perjalanan dalam keadaan anda segar juga penting.

Semoga selamat sampai, InsyaAllah. Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. ibnrajab
    Ogo 02, 2013 @ 16:34:14

    tahun ni semua dpt balik raya kampung blako.. suko mak ayah.. duit raya anak sedara jgn lupa.. hehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: