Imam itu untuk diikuti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana teringat mafhum sebuah hadis Rasulullah SAW “Adapun seorang Imam itu, dijadikan Imam untuk diikuti” Au kama qala al-Nabi. Jadi dalam konteks solat berjamaah, seorang makmum perlu mengikut segala perbuatan imam yang dihadapannya itu, sekiranya Imam tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak membatalkan solatnya. Tetapi, sekiranya solat imam itu terbatal (walaupun dia tidak sengaja atau terlupa), maka ia tidak sepatutnya diikuti lagi oleh para makmum. Kalau ikut juga, kedua-dua solat imam dan makmum, tidak sah.

Sebagai contoh, seorang imam terlupa membaca fatihah dalam rakaat kedua (solat jahar, kerana solat sirr makmun tidak mungkin mengetahui sama ada imam membaca al-fatihah atau tidak). Selepas naik dari sujud, imam membaca basmalah kemudian terus membaca surah. Maka makmum boleh membaca “subhanallah” dengan suara sederhana, tidak terlalu kuat (dengan niat mengagungkan kebesaran Allah yang bebas daripada sifat terlupa, bukan dengan niat menegur imam, kerana niat menegur imam adalah percakapan yang membatalkan solat pula).

Sekiranya imam masih dengan bacaannya (bacaan surah) dan masih tidak teringat kepada fatihah berkenaan, maka makmun tiada pilihan melainkan berniat “mufaraqah” iaitu keluar dari solat berjemaah. Seterusnya, makmum berkenaan meneruskan solatnya seperti biasa. Sekiranya makmum masih mengikut imam rukuk, sujud hatta hingga tahiyyat akhir dan salam, maka perbuatan itu adalah haram. Tidak haram bagi imam tadi kerana beliau terlupa. Dan kedua-dua imam dan makmum perlu mengulangi semula solat mereka.

Ada sesetengah makmum, mereka mendakwa “eh, saya telah niat mufaraqah” tetapi perbuatannya masih mengikut imam juga dikira melakukan perbuatan haram dan solatnya tidak sah. Perkara seperti ini perlu diberitahu kepada ahli masyarakat sama ada melalui ceramah, laman sosial atau apa sahaja medium penyampaian ilmu pengetahuan yang canggih-canggih. Kita tidak mahu, semakin canggih dunia, semakin jahil umat manusia akan tuntutan agamanya.

Teruk sungguh bagi kaum yang melakukan perkara asas dalam ibadahnya dengan hanya ikut-ikutan bukan berasaskan ilmu yang dipelajari. Mempelajari ilmu pula bukan dengan hanya agak-agak logik fikiran tetapi perlu berguru dan ada sumbernya sama ada al-Quran, hadis, kitab, risalah dan sebagainya. Semua pihak perlu ambil bahagian masing-masing sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam memperjuangkan ilmu, dan ibadah dengan ilmu”

“Jadilah kamu salah seorang daripada tiga orang; orang alim maka dia menyampaikan ilmunya, atau orang pelajar yang sentiasa mencari-cari ilmu, atau orang pendengar, iaitu mereka yang hadir dalam majlis ilmu dan hanya mendengar tanpa mencatat. Tetapi jangan sesekali kamu termasuk dalam kategori orang keempat; iaitu mereka yang bukan sahaja tidak berilmu, malah tidak mahu belajar dan tidak juga mahu mendengar! maka kamu akan musnah!” Atau sebagaimana mafhum hadis Rasulullah SAW yang berkaitan.

Memanglah dalam Islam, seseorang itu dilantik imam kerana untuk ia diikuti. Tetapi, sekiranya imam itu melakukan perkara-perkara larangan dalam Islam, yang menyebabkan ia derkaha kepada tuan dia iaitu Allah, tuhan semua manusia, maka pada masa itu ia tidak boleh diikuti lagi. Kes dalam solat seperti ini adalah contohnya. Kalau imam meninggalkan rukun (fatihah itu rukun qauli) maka solatnya sudah terbatal, perlu ia diperingatkan dan kalau ia masih tidak mahu memperbetulkan kesalahannya, kita perlu meninggalkannya atau solat kita pun tidak sah! (kalau masih mengikutinya).

Dalam kisah seperti ini juga, terserlah perihal makmum-makmum pula. Ada yang mengikut membuta tuli, ada yang taksub, ada yang tak ikut tetapi menyamar sebagai ikut imamnya, dan ada pula segelintir yang berbuat betul tetapi dipandang aneh dan tidak dijadikan rujukan dan ada macam-macam lagi. Dan, apa yang anda fikirkan pula?

Ingatlah, kerja itu lebih banyak dari masa! Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. hambaAllah
    Mac 30, 2011 @ 15:20:55

    SALAM,
    USTAZ,
    SAYA INGIN BERTANYA MAKSUD IMAM. ADAKAH JAWATAN IMAM ITU LEBIH TINGGI DARI NABI DAN RASUL?

    “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jala menerima Ibrahim (as) sebagai seorang hamba sebelum Dia menjadikannya sebagai seorang nabi. Sesungguhnya Allah mengangkatnya sebagai seorang nabi sebelum Dia memilihnya sebagai seorang rasul. Sesungguhnya Allah mengangkatnya sebagai seorang rasul sebelum Dia menjadikannya khalilullah (kekasih Allah). Sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalilullah sebelum Dia mengangkatnya sebagai seorang imam. Ketika Allah menggabungkan semuanya Dia berfirman:
    6. إِنى جَاعِلُك لِلنَّاسِ إِمَاماً
    ‘Sungguh Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.’ (Al-Baqarah: 124)
    Karena begitu agungnya kedudukan imamah bagi nabi Ibrahim (as), maka ia memohon kepada Allah swt: ‘Aku memohon juga untuk keturunanku’. Kemudian Allah berfirman: ‘Janji-Ku ini tidak akan mengenai orang-orang yang zalim’.

    … bahwa Allah menerima nabi Ibrahim (as) sebagai hamba-Nya sebelum Dia menjadikannya seorang nabi, dapat dipahami dari firman Allah swt:
    وَ لَقَدْ ءَاتَيْنَا إِبْرَهِيمَ رُشدَهُ مِن قَبْلُ وَ كُنَّا بِهِ عَلِمِينَ‏. إِذْ قَالَ لأَبِيهِ وَ قَوْمِهِ مَا هَذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتى أَنتُمْ لهََا عَكِفُونَ‏. قَالُوا وَجَدْنَا ءَابَاءَنَا لهََا عَبِدِينَ‏. قَالَ لَقَدْ كُنتُمْ أَنتُمْ وَ ءَابَاؤُكمْ فى ضلَلٍ مُّبِينٍ‏. قَالُوا أَ جِئْتَنَا بِالحَْقّ‏ِ أَمْ أَنت مِنَ اللَّعِبِينَ‏. قَالَ بَل رَّبُّكمْ رَب السمَوَتِ وَ الأَرْضِ الَّذِى فَطرَهُنَّ وَ أَنَا عَلى ذَلِكم مِّنَ الشهِدِينَ‏
    “Sungguh Kami telah menganugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelumnya dan Kami mengetahuinya. (Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: “Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya? Mereka menjawab: “Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya. Ibrahim berkata: Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu berada dalam kesesatan yang nyata. Mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh ataukah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main. Ibrahim berkata: Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya; dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu.” (Al-Anbiya’: 51-56)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: