Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan menunggu akhirnya pihak Akauntan Negara telah mengeluarkan surat pekeliling jadual pembayaran gaji untuk tahun 2011. Ramai juga pengunjung setia blog IbnRajab Online yang hantar mesej, email mahupun komen bertanyakan jadual ini. Semoga kita semua dapat merancang sesuatu yang terbaik buat diri dan keluarga berdasarkan maklumat pembayaran gaji seperti ini.

Bagi mendapat info yang lebih lanjut mengenai pembayaran gaji 2011, anda boleh merujuk terus surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Akauntan Negara Malaysia (ANM) Bilangan 4/2010. Jadual original pun ada disertakan di dalam surat pekeliling berkenaan. Namun, untuk memudahkan, ana cuma ringkaskannya menjadi jadual seperti di atas. Sememangnya blog IbnRajab Online telah berkongsi jadual pembayaran gaji seperti ini bermula tahun 2008 lagi. Oleh kerana ia sangat diminati, maka ana teruskan perkongsian untuk tahun 2009, 2010 dan kini 2011 pula.

Selamat memuat turun maklumat-maklumat ini untuk perkongsian. Menarik sekali apabila terpandang jadual gaji yang diterbitkan di sini ada di meja rakan-rakan sepejabat, ada juga yang print dan tampalkan di dinding-dinding sedang mereka tidak tahupun bahawa rakannya ini sebenarnya yang menerbitkan jadual (gaji yang menjadi sumber) motivasi mereka. Hehe. Semoga perkongsian ini dicatat sebagai amal soleh yang akan menjadi bekalan di hadapanNya kelak.

Terima kasih. Wassalam

p/s: Anda tidak digalakkan untuk “right click” pada picture di atas untuk “save as” sebagai picture atas desktop komputer, dalam blog, facebook ataupun untuk print out kerana mutunya agak blur/kabur. Untuk download jadual ini (original dijamin tidak blur), klik saja jadual di atas atau link ini (saiz besar).

About these ads

19 Komen (+add yours?)

  1. nYomeL
    Nov 28, 2010 @ 20:07:13

    TQ for sharing this! Saya pinjam gambar tu kat sini yer..

    http://lurvyu.blogspot.com/2010/11/diy-project-calendar-2011-part-ii.html

    TQ!

    Balas

  2. Kamal
    Nov 28, 2010 @ 20:45:51

    Salam,
    Izinkan saya download jadual gaji utk kegunaan sekolah

    Tk

    Balas

  3. IbnRajab
    Dis 04, 2010 @ 22:23:19

    Salam.. diizinkan.. terima kasih sudi minta izin.. sbnrnya x perlu minta izin.. mmg sudah diizinkan pun.. cuma, jgn la sampai nak copy n paste pastu cut2 pula mana yg x suka.. bukankah menyampaikan add blog ini bermakna berkongsi idea2 lain dlm blog nih.. jgn jadi seperti dia ni http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=174635075895035&set=a.100591579966052.1164.100000456313975 kesian kan?

    Balas

  4. senyumm
    Dis 06, 2010 @ 14:17:47

    salam..tq for sharing..sy nk share kt blog sy jgk,utk panduan kawan2..jazakumullahu khairan kathira

    Balas

  5. mie
    Dis 07, 2010 @ 07:10:18

    salam..terima kasih banyak2 atas perkongsian ini.. sudah lama menanti :)

    Balas

  6. Suzana
    Dis 20, 2010 @ 09:17:48

    Tq for sharing. Very2 necessary:0)

    Balas

  7. chelsea
    Jan 02, 2011 @ 19:37:27

    syabas ,tahun 2011,pembayaran gaji dilewatkan dari kebiasaan.Bagi kakitangan yang memerlukan perbelanjaan yang berlebihan harus berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan agar tidak melebihi had yang ditetapkan.

    Balas

  8. cikli
    Jan 03, 2011 @ 20:02:27

    Salam Ustaz,

    Ingatkan nak kongsi gaji, kongsi jadual saja….
    Selamat mengajar.

    Balas

  9. yusof
    Jan 04, 2011 @ 23:46:10

    salam, nak tany bila keluar tawaran cuti belajar phd untuk tahun 2011, terima kasih

    Balas

  10. put272
    Jan 10, 2011 @ 17:44:00

    thanx ye..mintak izin nk share..hihi…mmg slalu refer kat sini jadua2 gajil tu… tapi slalunya saya letak link blog ni kat blog saya… =)

    Balas

  11. edot
    Jan 15, 2011 @ 19:48:14

    Terima kasih kerana mengongsikan maklumat ini….

    Balas

  12. ProtonClub
    Jan 20, 2011 @ 10:50:04

    terima kasih

    Balas

  13. zaki
    Jan 21, 2011 @ 00:31:50

    bro minta kebenaran salin ke blog saya

    warghih@blogspot.com

    Balas

  14. aizyan
    Jan 22, 2011 @ 23:10:53

    salam, minta izin salin jadual ini ke dlam blog saya..thanks

    http://mylifeonlymyworld.blogspot.com/2011/01/jadual-pembayaran-gaji-kakitangan-awam.html

    Balas

  15. saodahajil
    Feb 11, 2011 @ 17:15:19

    minta izin share. terima kasih.

    Balas

  16. arissa
    Apr 18, 2011 @ 15:29:26

    tq

    Balas

  17. kie
    Mei 23, 2011 @ 19:59:55

    terima kasih..

    dengar pantun dua kerat..

    dapat gaji dipagi hari
    berbelanja tak ingat hari

    tu je..

    Balas

  18. ibnrajab
    Nov 16, 2011 @ 18:00:34

    sama2 kita tunggu jadual gaji 2012 pulop.. tak lama dah ni… insyaAllah akan di updated sejurus ia dikeluarkan oleh pihak berkuasa..

    Balas

  19. Trackback: Jadual Gaji Kakitangan Awam 2012 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: