Tanggungjawab Muslim

Bismillahiirahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebagai seorang muslim, tanggungjawab mereka tidak terhenti setakat menunaikan segala rukun Islam dengan baik sahaja, malah lebih daripada itu. Tuntutan agama kepada seseorang individu muslim adalah sepertimana yang diterjemahkan melalui sirah Rasulullah SAW. “Dan sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu adalah suri teladan yang baik” (al-Quran surah al-ahzab:21)

Rasulullah SAW adalah individu contoh atau idola setiap muslim. Memang tidak dinafikan, sebagai manusia biasa, mungkin sukar mencapai darjat yang tertinggi seperti Rasulullah SAW. Memang jauh sekali. Tetapi, untuk menjadikan peribadi Rasulullah melalui sirahnya sebagai matlamat menjadi muslim sejati itu adalah terpuji. Rasulullah SAW adalah seorang ahli ibadah, seorang yang memiliki akhlak terpuji, tinggi nilai peribadi, seorang suami yang baik, sahabat yang penyayang malah baginda seorang ketua negara, pemimpin angkatan tentera, seorang doktor dan sebagainya.

Jadi, sekiranya seorang muslim menganggap, hidup dan matinya itu cukup sekadar menunaikan rukun Islam yang lima sahaja adalah dibimbangi tersasar dari ajaran Islam sebenar.

“Cukuplah aku solat, puasa, keluar zakat dan ke Mekah!”
“Asal aku sudah beriman dengan Allah, dan Rasulullah SAW, tidak menyembah selainNya, cukup!”
“Aku tidak tutup aurat dengan baik, tapi aku jamin hati aku ikhlas dengan Allah, siapa yang tahu?”
“Cukuplah ada kerja, ada keluarga sendiri, menempa kejayaan sendiri.. apa lagi?”

Semua ayat-ayat, luahan-luahan perasaan, pernyataan “cukup” di atas melambang ketidakcukupan penguasaan Islam dan penghayatan iman seseorang muslim. Nauzubillah. Dalam Islam, perbuatan manusia terikat dengan peraturan Allah SWT. Mereka terikat dengan lima hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Kemudian, mereka juga terikat dengan “dosa dan pahala”.

Apakah dengan menunaikan solat, kemudian setelah selesai, mereka sudah tidak terikat dengan peraturan Allah SWT? Kerana mereka telah selesai menunaikan ibadah yang WAJIB mereka tunaikan. Maka mereka merdeka daripada terus tunduk dan patuh kepada peraturan Allah, yang mana peraturan tersebut diadakan oleh Allah secara sengaja untuk kebaikan diri dan umat manusia itu sendiri.

Keruntuhan akhlak dan jatidiri umat manusia termasuk kaum muslimin hari ini adalah disebabkan oleh kejahilan telah merasuk mereka kembali. Ada dua sebab utama terjadinya budaya keutuhan nilai kejahilan manusia. Dua sebab yang menjadikan kejahilan ini menjadi-jadi iaitu; pertama lahirnya golongan ulama yang tidak menjalankan tugasnya. Lebih teruk lahirnya ulama dunia yang sanggup menggadai ilmu demi keindahan dunia yang sementara.

Manakala sebab yang kedua pencetus kejahilan adalah dalam diri umat manusia selain ulama, iaitu hilangnya perasaan cintakan ilmu dan para ulama. Sehingga mereka mengkelaskan semua ulama tidak berguna dek wujudnya ulama-ulama dunia sebagaimana disebutkan di atas. Lantas, mereka akhirnya mencari agama mereka sendiri, berpandukan kemahiran kifayah milik mereka untuk menterjemahkan syariat yang Allah telah khususkan orang lain menguasainya.

Ingatlah, memerangi kejahilan dan mengeluarkan manusia kepada cahaya itulah yang menjadi medan perjuangan Rasulullah SAW seawal diutus menjadi Rasul lebih 1432 tahun dahulu. Sesetengah cendikiawan menyatakan bahawa kejahilan modern ini terlebih teruk daripada kejahilan zaman jahiliyah perlu difikirkan dengan serius oleh setiap orang yang bergelar muslim. Pemikiran yang bukan terhenti setakat mengeluh sahaja tetapi disusuli perancangan untuk bertindak demi mengembalikan nur Islam sebenar yang akan secara automatik menenggelamkan kejahilan.

Selamat merenung, betapa tugas kita sebagai manusia muslim yang dilantik khalifah iaitu pengurus alam ini adalah lebih banyak daripada masa. Memanglah, Allah memberikan amanah mengikut kemampuan manusia, tetapi, adakah kita sedar amanah apakah yang sedang kita pikul, yang mampu kita buat sebenarnya tetapi dengan sengaja kita tidak mengendahkannya. Dan ketahuilah, bahawa umur itu akan ditanya, ke manakah ia diperhabiskan…

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. dakwah maksud hidup
    Dis 14, 2011 @ 10:09:43

    subhanallah,kewajiban kita adalah ibadah sedangkan tanggung jawab kita adalah dakwah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: