Kelahiran permata hati kami ke-4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian layak bagi Allah. Selawat dan salam buat junjugan Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat. Syukur ke hadrat Allah, pada awal jam 00:54 pagi hari Rabu, 29 Disember 2010 isteri selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.96kg. Kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat. Alhamdulillah..

Anak ini adalah cahaya mata kami yang keempat setelah ‘Aidi Bassyar 9, ‘Afifah Humaira’ 7 dan Akrimy Mathwa 3. Semoga kelahiran pagi ini akan menambah seri rumahtangga yang kami bina 9 tahun yang lalu. Kebetulan 27 Disember 2010 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-9. Alhamdulillah, semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke dalam Syurga..

Petang 28 hb itu, isteri ada temujanji di klinik ibu dan anak seperti biasa. Cuma lawatan kali ini berat badannya bertambah secara mendadak, jadi doktor menasihatkan esoknya 29 hb (hari kelahiran) dia kena ambil darah dan menjalani ujian saringan diabetis. Alhamdulillah, sebelum ini isteri bebas dari apa-apa penyakit semasa mengandung. Cuma kali ini barangkali mungkin faktor umur. Sedar tak sedar, kami suami isteri ini sudah nak masuk alam umur 40an.

Malam itu juga, sekembalinya kami (ana dan ‘Aidi Bassyar) dari masjid untuk solat Isyak berjamaah, isteri mengadu “keluar air” katanya, tapi tiada apa-apa kesakitan. Tak sedap hati dengan keputusan sendiri, ana call seorang rakan yang kebetulan seorang doktor bertanyakan hal itu. Nasihatnya agar cepat-cepat dihantarkan ke hospital yang kebetulan jaraknya dari taman perumahan kami hanya dipisahkan oleh pagar hospital. Isteri pada mulanya tidak mahu alasan katanya “tak sakit” tetapi selepas dia call emaknya dan bertanyakan pengalaman maknya barangkali lalu setuju. Jam menunjukkan pukul 9 lebih-lebih.

Kebiasaanya isteri merasakan sakit perut dan ada darah keluar sikit-sikit. Tapi kali ini tidak macam tu. Kata mak ana “anak lain-lain, perangai lain-lain” menjawab panggilan sebelum kami bertolak ke hospital. Hidup di perantauan, itulah lumrahnya, senang sorang-sorang, bahagia sorang-sorang dan susah pun sorang-sorang. Hanya khidmat telekomunikasi penghubung kasih sayang. Tempat bertanya khabar dan juga memberi khabar. Selepas itu, pihak yang menerima khabar itu, walau apa-apa rasa yang mendatang di dalam hatinya pun, hanya mampu memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT.

Dah hantar hospital Sarikei, ana balik untuk menidurkan anak-anak. Mereka pula, biasanya ada mak, sangat susah dipujuk untuk tidur. Bermacam-macam soalan nak kena jawab terutama daripada yang paling kecil. Tub tub, jam 10 lebih kurang, isteri telifon, katanya doktor nak hantar ke hospital Sibu kerana bimbang situasi reportnya yang dijangka diabetis dan ditambah pula rekod pembedahan (untuk melahirkan anak ke-2) sebelum ini. Kelengkapan di hospital Sarikie katanya untuk mereka yang beranak normal sahaja. Pulak dahh..

Terpaksa mengerah anak-anak ke Sibu kerana mengikut isteri, doktor suruh suami ikut serta. Bimbang terjadi apa-apa jarak Sarikie Sibu lebih kurang 80km bukan sesuatu jarak yang memakan masa yang sedikit untuk sampai. Nak tak nak, terpaksalah kami mengekori ke Sibu dan bermalam dalam kereta. Nak cari hotel pun serba salah, kalau nak tidur di tempat menunggu memang tak boleh sangat lah. Anak yang bongsu ini jenis “takut ke orang”.

Dalam labour room, isteri tidak mengalami banyak kesakitan. Katanya lah. Siapa yang nak percaya, melahirkan anak tidak ada rasa sakit? Tetapi mungkin kurang sakit lah kot berbanding pengalaman-pengalamannya yang lalu. Alhamdulillah, sebelum ke hospital tadi, ana sempat sediakan kurma rutob (kurma hadiah haji -kredit untuk tuan imam Haji Yahya, imam 1 masjid Sarikei) dan air serta minyak selusuh untuk isteri. Mungkin bahan itu membantu memudahkan proses bersalin.

Isteri makan rutob 4 biji sahaja (untuk kembali rutob, rendamkan kurma itu ke dalam air panas beberapa minit, ia akan menjadi lembut bak rutob iaitu kurma muda). Bakinya di bawa untuk dimakan selepas bersalin. Katanya mengikut amalan sayyidatina Maryam selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Kemudian, minum beberapa teguk air selusuh dan diakhiri dengan sesudu minyak selusuh. Minyak selusuh ini ana sediakan pertama kali untuk isteri ketika melahirkan anak ketiga. Sebelum itu, hanya air selusuh. Katanya pengalaman tidak sukar bersalin semasa melahirkan anak ketiga itulah menjadi motivasi untuk meminum minyak selusuh di akhir sekali.

Berkat ayat-ayat al-Quran yang dibaca semasa penyediaan ramuan-ramuan tadi, isteri mula merasa sakit nak bersalin pada jam 11 malam lebih kurang. Sejam setelah itu, iaitu pada pukul 00:54, seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan dengan rahmat Allah SWT. Syukur sangat-sangat kerana untuk memasukkan motivasi al-Quran kepada kebanyakkan isteri bukan sesuatu yang mudah pada hari ini. Melainkan mereka yang mengetahui dan pernah merasai.

Tahniah buat isteri, tahniah abang dan kakak-kakak “baby”. Semua tak sabar menyambut kepulangan “baby” dan “umi” ke rumah kita.. semoga cepat sembuh dan G6PD yang dihidapi tidak mendatangkan keburukan yang banyak… insyaAllah

Wassalam.

Advertisements

8 Komen (+add yours?)

  1. pgsrbmipgmkr2
    Dis 31, 2010 @ 09:50:18

    Alhamdulillah…rezki & nikmat Allah…….Tahniah ustaz…..kegembiraan berganda di ambang ketibaan 2011 buat ustaz,,,….bermaksud bertambah jugalah amanah Allah…….kekayaan anugrah Allah pelbagai rupa….kekayaan rezki anaklah yang terindah yang pernah saya rasa…..melihat wajah comel bersih berseri itu,,,dikatakan sejuk perut ibu mengandung…..tetapi redup mata ayah melihat senyuman manis terlukis di wajah kepuasan di hati kesyukuran di jiwa hanya empunya diri yang tahu…..seterusnya saya doakan agar ustaz berbahagia selamanya hingga ke syurga…..amin……..

    IR: terima kasih byk2 atas doa.. inilah antara kegembiraan dan bahagia jadi cg, walau hanya sepatah ilmu yg dikongsi ttp “dibayar” dgn penghargaan dan doa ikhlas daripada pelajar2nya.. alhamdulillahhhh

    Balas

  2. ummueihab
    Dis 31, 2010 @ 15:00:31

    tahniah…atas cahaya mata ke 4…sampaikan salam buat isteri n anak2…

    Balas

  3. Afnan faiz
    Jan 01, 2011 @ 11:09:56

    tahniah ust….

    Balas

  4. Abu Huzaifah
    Jan 03, 2011 @ 11:06:45

    Assalamu’alaikum.Syabas dan tahniah ya akhi dari ana dan ummu Huzaifah.Semoga bertambah rezeki di tahun baru ni.bila nak beri nama?hehe..bertambah sorang lg pejuang Islam!

    Balas

  5. Anak2 Ustaz Yg Besar (PISMP PS Sem 3)
    Jan 07, 2011 @ 00:20:13

    Tahniah Ustaz! Kami tumpang gembira dengan kelahiran baby baru. Semoga baby dan ibunya sihat sejahtera dan bertambah keberkatan ke atas keluarga Ustaz.

    Balas

  6. Fakhrul Ezam
    Mei 08, 2011 @ 19:20:42

    tahniah ustaz. boleh dah lepas ni ustaz bagi pengisian utk bakal2 suami…

    Balas

  7. rio
    Feb 18, 2014 @ 15:25:34

    buat yang ke lima biar pejuang islam makin banyak

    Balas

  8. ibnrajab
    Feb 19, 2014 @ 08:27:34

    yg kelima dah umur 1 thn dah.. oo.. yg ke-5 tu x masuk blog ek? hehe.. lupa kot

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: