Tahun baru 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kini masuk pula bilangan tahun 2011. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas ruang dan peluang umur yang dipanjangkan sehingga ke saat ini. Sudah semestinya ruang ini sengaja disediakan oleh Allah untuk memberi kesempatan kepada kita mencari seberapa banyak yang mungkin persiapan untuk dibawa. Sebagai bekalan di hari yang tiada manfaat padanya melainkan amal soleh dan mereka yang mengadap tuhannya dengan hati yang sejahtera.

Apalah gunanya meraikan kedatangan tahun baru. Bergembira dengan membakar duit dan mercun bunga api. Seolah sesi kehidupan serba baru akan bermula bersama mulanya sesi persekolahan, sesi akademik di universiti dan sebagainya. Apa faedah itu semua melainkan ia hanyalah kelalaian daripada mengingati yang Maha Pencipta dan tujuan penciptaan makhluk manusia???

Apatah lagi kalau sesi membakar mercun itu dilakukan di taman-taman perumahan. Ada orang di situ yang terganggu kerana minda mereka tidak disediakan untuk acara seperti itu. Samentelah ia tiada dalam ajaran mana-mana agama pun. Jauh sekali daripada patut sekiranya mercun dan bunga api pesta itu dibakar oleh orang Islam. Daripada sumber hukum mana mereka memperlakukan sedemikian? Apakah al-Quran, hadis, Ijmak dan Qiyas?

Islam agama yang maha suci melarang umatnya memperlakukan sesuatu perbuatan yang mengundang rasa tidak selesa pada orang lain termasuk kepada bukan Islam. Inilah padahnya apabila umat Islam tidak dididik dengan sumber-sumber hukum agamanya dengan jitu. Konsep dosa dan pahala tidak dihurai dengan selengkapnya. Malah konsep “betul dan salah” itulah yang menjadi qiblat mereka.

Mungkin mereka merasakan tiada salah membakar mercun. Kerana ia dibeli dengan duit sendiri. Dibakar di dalam kawasan rumah sendiri. Tidak salah kerana siapa yang hendak keluarkan saman? Tetapi, apakah perbuatan mengganggu keselesaan jiran-jiran pada lewat jam 12.00 am itu sesuatu perbuatan yang bukan sahaja sia-sia malah mengundang dosa? Hati sebeginilah yang sudah hilang daripada jiwa manusia hari ini. Hati yang peka kepada keselamatan, keselesaan, hak dan kententeraman orang lain. Insan lain yang selain daripada dirinya sendiri.

Renungkan betapa umat kita semakin hari, saban tahun, semakin jauh daripada amalan yang ditunjangkan kepada sumber-sumber agama mereka. Berbuat sesuatu ikut suka hati, tidak berasaskan sumber. Persoalan ajaran siapa, dipetik daripada sumber mana, dosa dan pahala mungkin telah hilang daripada minda-minda kebanyakan kita hari ini. Telah hilang daripada jiwa manusia yang Allah sengaja jadikan untuk taat dan patuh kepadaNya. Bukan kepada hawa nafsu, betul dan salah pada sisi dirinya sendiri.

Selamat tahun baru. Maksud ana ialah, semoga kita selamat sepanjang menjalani baki hidup dalam sepanjang tahun 2011 ini, atau sebahagian daripadanya. Selamat iaitu selamat daripada seksaan Allah apabila kita dihitungkan kelak di hadapanNya. Pada masa itu, kita telah hilang kuasa “pilihan” yang Allah kurniakan hari ini. Di sana, di akhirat, kita terpaksa tunduk akan segala-galanya yang Allah putuskan seperti hari ini kita tiada pilihan sama ada ditimpa panas ataupun banjir.

Sekiranya Dia mengarahkan ke Syurga, maka kita akan selamanya dalam nikmat yang tidak pernah difikirkan oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar telinga. Begitulah sebaliknya jika diheret ke Neraka! Wal iya zubillah… Jadi, sebelum tiba di sana, persoalkan diri sendiri, apakah sumber perbuatan kita itu?? Apakah berdosa atau mendatangkan ganjaran pahala…

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Muhasabah 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: