PASAK

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Seusai ana menyampaikan kuliah tafsir pada suatu malam, ana disapa oleh seorang rakan yang juga peserta setia siri kuliah tafsir saya di masjid al-Muttaqin Sarikei. Pada malam tersebut ana menyampaikan tafsir surah al-Baqarah ayat 23 yang bermaksud: Dan sekiranya kamu wahai orang-orang kafir, merasa ragu-ragu dengan apa yang kami telah turunkan kepada Muhammad (al-Quran) maka kamu bawalah satu surah sahaja yang mampu menandinginya (al-Quran sama ada daripada segi fakta, gaya bahasa dan lain-lain), dan kamu bawalah saksi-saksi di pihak kamu selain Allah (yang dapat menyaksikan kesasihan dakwaan kamu itu) sekiranya kamu benar-benar (mampu menandingi al-Quran).

Pada ayat ini, Allah SWT sengaja mencabar umat manusia. Padahal Allah sudah sedia maklum sudah tentu mereka tidak mampu menandingi ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan Allah), sama ada yang berbentuk ayat-ayat kauniyyah (contohnya alam semester) dan ayat-ayat Qur’aniyyah. Namun, untuk memberi sedar (kepada mereka yang diberikan petunjuk oleh Allah jua) jadi Dia mencabar juga mereka. Mudah-mudahan ada yang ingin berfikir, insaf lalu kembali berserah diri kepada Allah (Islam).

Kebetulan rakan ana tadi pernah menghadiri satu seminar, atau kursus tentang PASAK. Iaitu siri kursus bagi menyedarkan umat Islam dan manusia seluruhnya tentang “Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran al-Karim” atau akronimnya PASAK. Beliau juga memberikan ana URL blog pemilik kaedah tersebut iaitu al-Fadhil Dr. Mohd Arip Kasmo, seorang pensyarah di UKM.

Secara ringkas beliau menerangkan bahawa kaedah PASAK telah menemukan fakta-fakta saintifik yang menyerlahkan lagi kehebatan susunan ayat-ayat al-Quran. Sememangnya al-Quran itu tidak pernah dapat dan mustahil dapat diubah kerana sekiranya diubah nescaya pola berkenaan akan berubah. Dan antara dapatan kaedah PASAK yang paling menarik hati beliau katanya, apabila bilangan ayat-ayat al-Quran disusun mengikut susunan surah-surahnya akan membentuk kalimah ALLAH. Dan apabila disusun pula dari arah bertentangan iaitu bermula dari surah yang paling bawah, maka kalimah yang terbentuk daripada pola-pola taburan ayat-ayat al-Quran itu adalah MUHAMMAD.

Sekiranya anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang kaedah ini dan penemuan-penemuannya, anda boleh saja melayari laman web http://pasakeedah.blogspot.com/ atau boleh membeli bukunya yang bertajuk PASAK, pengukuhan akidah menerusi penghayatan sains dalam al-Quran tulisan Dr. Mohd Arip Kasmo. Ana juga sedang membaca buku ini yang baru saja dipinjamkan oleh rakan ana itu tadi hari ini.

Sememangnya al-Quran adalah suatu sumber dan khazanah di dunia ini yang hebat untuk dikaji. Ambilah apa-apa bidang, lihatlah daripada mana-mana sudut al-Quran, nescaya anda tidak akan memperolehi selain perasaan takjub yang akhirnya akan menyampaikan anda kepada satu kepercayaan bahawa, memanglah mustahil al-Quran itu dicipta oleh manusia. Ia memang bersumberkan pencipta segala ciptaan yakni Allah SWT.

Sayyid Qutb rahimahullah menerusi mukadimah kitab tafsirnya menulis “sesungguhnya kehidupan di bawah naugangan al-Quran itu suatu nikmat yang tidak akan pernah dirasai melainkan oleh mereka yang pernah merasainya”.

Bacalah al-Quran, hayatilah maksud-maksudnya dan kajilah segala ilmu-ilmunya, nescaya hidup anda lebih berpedoman, lebih terarah dan yang lebih penting anda tahu siapa anda, apa tujuan anda diciptakan, ke mana anda menuju dan bagaimana anda harus menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini untuk sampai ke tempat tuju tersebut.

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. bm2pgsr
    Jan 16, 2011 @ 12:59:35

    Assalamualaikum…..
    Trimksh byk2 krn berkongsikan ilmu ini…masyaAllah….Subhanallah……

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: