Genap 10 tahun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, 26 hb Januari 2011 (rabu baru ni) datang surat arahan pertukaran ana dari IPG Kampus Rajang ke IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. Penantian selama lebih kurang setahun itu akhirnya menemui nokhtahnya. Permohonan pertukaran dikemukakan kepada pihak IPG-KPM pada awal bulan Mac 2010 setelah diminta balik semula berkhidmat di IPG asal sesudah menamatkan pengajian peringkat Sarjana di UKM.

Alasan utama memohon pertukaran adalah kerana ingin berkhidmat dalam bidang kepakaran iaitu pengajian bahasa Arab memandangkan ijazah pertama dan kedua ana dalam bidang berkenaan. Manakala alasan kedua yang tidak juga penting adalah ingin berada dekat ayahanda dan bonda tercinta setelah lebih 17 tahun berpisah bermula dengan perantauan menuntut ilmu di Jordan pada tahun 1994. Samentelah ingin memberi tumpuan kepada ayahanda yang kini masih menderita sakit strok. Selagi ada ruang.

Genap betul-betul 10 tahun ana merantau di bumi kenyalang. Bermula perlantikan pertama di SM Teknik Matang Kuching pada 02.02.2001 kemudian diarahkan bertukar ke IPG Kampus Sultan Mizan berkuatkuasa 01.02.2011. Namun, disebabkan tidak dapat membuat tempahan tiket kapal terbang kerana kebetulan masa ini ramai yang menggunakan perkhidmatan udara itu sempena cuti tahun baru cina, maka kami hanya dapat penerbangan pada 10.02.2011. Alhamdulillah..

Puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT atas segala nikmatNya yang tidak terhingga. Sungguh tidak menyangka, beberapa siri ujian yang agak hebat yang menimpa kami sekeluarga di awal tahun 2011 ini, dijanjikan dengan berita yang menggembirakan ini. Ujian pertama, kelahiran anak kami yang keempat awal 2 minggu daripada tarikh jangkaan dengan penyakit G6PD dan ditahan di wad selama 5 hari, kemudian pada hari ke-9, ibunya pula dimasukkan ke wad kerana tumpah darah. Hanya Allah yang tahu, betapa sukarnya hati menganggung segala kesusahan berada di perantauan dalam keadaan-keadaan tersebut.

Namun, benarlah firman Allah.. “sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kemudahan” yang diulang sebanyak dua kali dalam surah al-Insyirah ayat 4 dan 5. Sesungguhnya kami sekeluarga menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah yang sebenar-benarnya, dengan iringan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami sekeluarga, dosa ibubapa kami dan kaum muslimin seluruhnya. Amien ya Rabb al-Alamin..

Advertisements

7 Komen (+add yours?)

  1. Afnan faiz
    Jan 28, 2011 @ 23:54:43

    tahniah ust..semoga itu adalah terbaik kpd ust sekeluarga..namun jgn lupa perjuangan dakwah di bumi sarawak..jasad tak duk sini tp dgn kemudahan ict dll sumbgan tenaga,ilmu,idea,wang tetap boleh disalurkan..

    IR: syukran ust.. insyaAllah..

    Balas

  2. Abu Huzaifah
    Jan 30, 2011 @ 15:37:42

    Assalamualaikum.Tahniah ust Zamri selamat datang ke tempat baharu di IPG Sultan Mizan..insya Allah..moga dgn azam dan semangat yang baru sama kita berbakti dalam medan pendidikan bagi melahirkan bakal2 guru yang kompeten dan berkuailiti..Abu Huzaifah menunggu kedatangan ustaz dgn hati yang penuh gembira..Ahlan wasahlan bik

    IR: w’salam akh.. insyaAllah, hrp dpt berkerjasama..

    Balas

  3. ummueihab
    Feb 04, 2011 @ 20:50:55

    salam…tahniah atas ustaz ..selamat berkhidmat di tempat baru…sampaikan salam buat zaujah – moga cepat sembuh…

    IR: w;salam.. syukran ustzh.. insyaAllah

    Balas

  4. Rapid Gigabitz
    Feb 04, 2011 @ 22:15:42

    i take delight in it Genap 10 tahun « IbnRajab Online very recently im your rss reader

    Balas

  5. ust hafiz
    Feb 05, 2011 @ 08:13:36

    Tahniah utk anta sekeluarga,
    Manisnya nikmat perpindahan akan lebih terasa bila lulusnya ujian ketabahan dan pengharapan. ianya takkan diketahui kecuali untuk yang merasainya.
    Lama di perantauan memberi banyak pengajaran dan mencerna dimensi pemikiran lebih bervisi daripada tinggal di kepompong yang selesa tanpa ujian,
    moga pengalaman 10 tahun dapat dikongsi bersama untuk dunia pendidikan ini dimana saja anta berada.

    IR: jazakallah ust apit.. doanya

    Balas

  6. SITI FATIMAH AHMAD
    Feb 09, 2011 @ 12:19:30

    Assalaamu’alaikum sahabat guru, Zamri…

    Tahniah atas kepergian yang tidak direlakan… hehehe.
    Haiyya.. buat saya sibuk ganti kelas Zamri aja.

    Walau bagaimanapun, dengan hati yang hiba sebab kehilangan rakan sekerja dan rakan duduk sebelah meja, tahniah tetap diucapkan untuk keselamatan dan mengiringi keberangkatan pulang ke tempat kerja yang hanya 10 km aja dari rumah. šŸ˜€

    Insya Allah, walau di mana pun berada, pendidikan tetap menjadi keutamaan. Mudahan sukses kerja di tempat baru.

    kemaafan dipinta, jika ada tersalah kata, tersasar bicara dan terjauh sendanya ketika berbincang, berdebat isu-isu semasa. Mudahan semua itu memberi keberkatan dan kebaikan buat kita semua.

    Sayonara buat Zamri yang selalu baik dan memberi kebaikan kepada ahli JPIM dan warga IPG Kampus Rajang. Jasamu akan di kenang sepanjang hayat.

    Doa dari saya da keluarga agar zamri dan keluarga selalu diberikan rahmat dan barakah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

    Salam mesra dari Sarikei, Sarawak. šŸ˜€

    IR: wa’alaikumussalam warahamtullahi wabarakatuh ustazahhh.. MasyaAllah.. jazakumullah khayran.. maaf atas segala kesilapan yg mmg x diniatkan jika berlaku.. pindah tmpt kerja je ustazah.. jasa ustzah dan ustaz lagi byk kepada saya.. syukran semoga menjadi amal soleh buat kita semua

    Balas

  7. tingtong
    Sep 13, 2011 @ 21:45:01

    Alhamdulillah…krim slm pensyaroh2 sy di Mizan. Madam Maria, Sir Ibrahim, Sir Al(tesl sek ren 2006)…dan smua yg mendoakan sy. Tidak pernah lupe smua kenangan di sana. Ustaz bertuah, dpt balik kg halaman smula.. teringat bubur lambuk besut mak lang dan pasar kg raja šŸ™‚ (baru terbaca segmen ini)

    IR: o, ex student mizan ke ni.. alhamdulillah.. jemputlah ke kampus.. jab pipk insyaAllah akan sudi membantu dlm nk buat proposal tu.. blh erat silaturrahim jg

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: