Terima kasih Kampus Rajang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua

Terima kasih IPG Kampus Rajang (01 Mac 2006 hingga 09 Februari 2011). Itulah satu-satunya ayat terbaik yang mampu ana susun apabila diminta menyampaikan sedikit ucapan dalam majlis makan tengahari sempena pertukaran ana dari IPG Kampus Rajang ke IPG Kampus Sultan Mizan.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas dan ikhlas buat seluruh warga IPG Kampus Rajang, bermula tuan Pengarah, mantan Pengarah, kedua-dua mantan timbalan Pengarah, semua ketua Jabatan khususnya KJ Jabatan PIM, al-fadhil ustaz Normizan, semua Ketua Unit, rakan-rakan pensyarah khususnya rakan pensyarah di JPIM ustazah Siti Fatimah dan seterusnya semua staf sokongan IPG Kampus Rajang yang dimuliakan.

Tiada kata secantik bahasa, ingin kupuji semua..

Terima kasih tuan pengarah atas segala sokongan sepanjang perkhidmatan saya di kampus ini. Begitu juga timbalan Pengarah dan semua staf sokongan di pejabat AM, bahkan di mana-mana saya menumpang tanya dan mengadu domba. Seterusnya para rakan penyarah semua terutama ahli JPIM bermula dari KJnya yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar. Saya banyak bersyukur kerana kerana di sini, di kampus ini saya berpeluang menimba ilmu disamping meningkatkan mutu perkhidmatan daripada rakan-rakan pensyarah yang rata-ratanya lebih senior dan lebih banyak pengalaman.

Terima kasih juga saya tujukan kepada pihak-pihak yang telah bertungkus lumus dalam usaha memungkinkan pertukaran ini, bermula daripada proses permohonan (02 Mac 2010) sehinggalah pengurusan menyediakan perkhidmatan untuk mengangkut barang-barang peribadi saya ke tempat baharu yang sempurna dijalankan pada hari ini (09 Februari 2011).

IPG Kampus Rajang banyak berjasa kepada saya daripada apa yang saya telah mampu sumbangkan. Dalam jangka masa genap lima tahun Mac 2006-Feb 2011 (sebenarnya hanya tiga tahun kerana saya bercuti belajar selama dua tahun 2008-2009) saya disokong untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana, saya juga disokong untuk kenaikan pangkat lebih awal 3 tahun daripada sepatutnya, disamping saya dibenarkan membawa nama IPG Kampus Rajang dalam beberapa siri ceramah agama di sekitar Sarikei dan Bintangor dan lain-lain lagi.

Saya telah berusaha melakukan yang terbaik setiap amanah Allah yang diberikan melalui nama kampus ini, namun, ternyata kebaikan kampus ini dan warganya itu yang lebih banyak..

Benarlah firman Allah, sekiranya kamu hendak berkira dan mengira nikmat-nikmat Allah ke atas kamu, nescaya tidak terhitung olehmu hatta jika dijadikan lautan itu dakwatnya, manakala kayu kayan di muka bumi pula pena-penanya.

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang bersyukur..

Sayonara IPG Kampus Rajang, namamu terpahat indah dalam helain sejarah suka duka hidup kami sekeluarga.. Tidak dilupakan jutaan ampun dan setinggi-tinggi pengharapan kemaafan sekiranya ada tersalah di mana-mana yang terbit daripada diri saya yang tidak sepertinya ini. Sesungguhnya tiada yang diingini melainkan kebaikan sahaja..

Semoga berjumpa lagi, datang besut jangan lupakan rakanmu ini.. caling caling, kita menjamu keropok lekor di sana!

Wassalam.

p/s: Terima kasih JPIM Kampus Rajang atas sudi link tulisan ini ke blog tuan.

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. Collin Lee
    Feb 09, 2011 @ 15:22:54

    Slmt maju jaya! Smga lancar semuanya

    IR: terima kasih collin, kpd semua pelajar ipgkr juga terima kasih byk2.. tanpa anda siapa kami

    Balas

  2. khairi
    Feb 09, 2011 @ 19:47:22

    assalamualaikum
    ku luangkan sesaat membaca dan mengamati coretan mahaguru IPG Rajang yang bakal meninggalkan bumi sarawak mungkin seketika atau selamanya. Ayatnya sangat puitis dan menyentuh qalbu. mungkin apa yang dicoretkan itu mmg ikhlas dari hati. untuk mengira dengan jari tangan mungkin x cukup, tambah jari kaki pun belum tentu cukup jasa mahaguru pada saya sepanjang merempuh ranjau di perantauan ini.
    “pecah rakit di pukul ombak, angin kencang tiada lagi, pengalam di sini jangan sik embak, jumpa di besut x dapat keropok lekor kari pun jadi”.

    Apa pun saya susun 10 jari, mohon ampun dan maaf andai lidah terluah kesat, hati kecil termaki hamun..rasanya x de la..melainkan yang baik2 sahaja…

    selamat jalan wahai ustaz, walau jauh di sini jangan di lupa…

    IR: wa’alaikumussalam ust yie.. wah, nak kena balas pantun la ni.. hmm.. angin kencang tiada lagi, sampai jumpa lagi.. heheh.. angin kencang tiada lagi, ombak tenang rakit pun selamat, duk la sini dua tiga tahun lagi, anak2 gemuang dahagakan khidmat.. syukran ust yie, takdop arah konvo dah, kalu dak lagi blh bg markah tinggi nih 🙂

    Balas

  3. madjoe
    Feb 13, 2011 @ 14:42:22

    Assallam……..
    Terima kasih x terhingga….2 je yg mampu saya zahirkan bg menggambarkan duka dlm suka kepergian ustaz….duka kerna berjauhanlh plak & suka kerna ustaz kembali ke tanah kelahiran……anyway trimaksh byk2 di atas tunjuk ajar & dorongan ustaz slama ini……Saya secara pribadi & juga mewakili kump pgsr kohort2 IPGR, memohon ampun & maaf di atas kelemahan & kekuangan kami slama ini, dan mengucapkan jutaan trimaksh di atas ilmu yang dicurahkan dan disampaikan…..sesungguhnya bagi diri saya, saya masih amat memerlukan tunjukajar dari ustaz…tapi insyaAllah akan sentiasa berhbg dgn ustaz melalui fon/sms/emel/blog ini…..mohon izin ustaz untuk saya kongsikan mana2 bhn dari blog ustaz utk share dgn rakan2….sekali lagi dlm kepiluan & kehilangan di hati yg terasa amat sangat…..trimaksh ustaz…semoga sentiasa sukses….InsyaAllah……

    IR: w’salam cg.. tersentuhnya dgn komen cg.. sy ni tiada apa2, hanya sedaya upaya menjalankan tugas.. maklum luar bidang, sy hrp maaf atas kekurangan.. insyaAllah lecturer yg meneruskn kerja2 yg belum selesai lbh baik

    Balas

  4. Fakhrul Ezam
    Feb 15, 2011 @ 14:18:41

    salam. moga ustaz terus maju jaya di tempat baharu. ana ingat lagi kata2 dan nasihat ustaz. pemergian ustaz ke IPG Sultan Mizan walaupun berat hati kami melepaskan namun ana faham kepentingan ustaz utk berpindah demi mencurahkan ilmu dlm bidang kepakaran. moga terus maju jaya dan sejahtera hendaknya.

    insya Allah, ada ketika, punya kesempatan, anak muridmu akan bertemu dengan ustaz semula.

    IR: w’salam. terima kasih atas doa. jgn lupa parang ilan te

    Balas

  5. josephine jeli
    Feb 21, 2011 @ 19:32:26

    terima kasih juga diucapkan kepada ustaz..walaupun kita berkolaborasi dalam masa yang singkat, saya bersyukur juga kerana berpeluang menyumbang bakti di bawah bimbingan ustaz..nak tanya 1 ni, sempat tak makan ikan empurau sebelum pindah hari tu?hehe
    selamat maju jaya, selamat bertugas di tempat baharu^^

    IR: x sempat la sbb tiada siapa yg nak share nikmat empurau tu dgn sy.. takpe, len kali mun mauk sedekah empurau kmk sudi nerimak.. sikhal.. anyway, thnks a lot for cooperating dlm menjayakan penerbitan buletin infomoral 2010

    Balas

  6. Jefri Abu Bakar
    Nov 03, 2011 @ 03:42:43

    salam.. syuqran, terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz kerana telah banyak mencurahkan ilmu yang pastinya amat bermanfaat kepada ana… mohon ampun dan maaf andai pernah terkasar bahasa terlanjur laku…semoga terus maju jaya hendaknya..

    IR: w’salam.. ahlan wa sahlan.. sama2.. itu saja lah yg dpt dikongsi.. maafkan segala kekurangan.. insyaAllah berjumpa lagi.. dtg besut, bagitau, kita pekena kepok lekor 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: