Pilihan yang buruk

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dalam kehidupan di dunia ini, Allah SWT sengaja mewujudkan dua cabang pilihan bagi manusia. Cabang pilihan berkenaan tidak lain dan tidak bukan, hanya bertujuan menguji manusia itu sendiri sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dua cabang pilihan tersebut adalah, kebaikan dan keburukan.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Balad ayat 10 Ertinya “Dan kami telah menunjukkan kepadanya (manusia) dua jalan” Dua jalan itu adalah jalan kebaikan dan jalan keburukan. Ayat ini menjelaskan betapa Allah SWT sengaja dengan kudrat dan iradatNya menjadikan manusia, kemudian menjadikan pula dua jalan untuk pilihan manusia tersebut menjalani kehidupannya di dunia. Oleh kerana kehidupan di dunia ini adalah tempat manusia diuji. Mereka diuji dengan pilihan.

Berlainan dengan kehidupan di Akhirat, yang mana ia adalah natijah daripada siri-siri ujian di dunia. Di Akhirat sana, manusia sudah tidak diberikan pilihan lagi, melainkan mereka terpaksa tunduk seratus peratus kepada kehendak Allah SWT. Jika di dunia, ada yang mereka dapat pilih, dan ada juga yang tidak seperti hujan dan panas namun di akhirat, semuanya sudah tidak menjadi pilihan lagi, melainkan buah atau hasil daripada sejarah pilihan mereka di dunia.

Sekiranya, natijah yang diputuskan oleh Allah pada kehidupan di akhirat itu adalah kebaikan buatnya, maka syurgalah tempat kediaman yang abadi, begitulah juga sebaliknya neraka menjadi kediaman bagi mereka yang gagal dalam ujian di dunia dan diputuskan di sana dengan kehinaan. Gagal di sini bermaksud gagal dalam memilih di antara dua jalan yang disebutkan terdahulu. Yakni, mereka yang memilih jalan keburukan.

Sayang, ada dalam kehidupan di dunia ini jenis manusia yang sengaja memilih jalan anjuran syaitan laknatullah (keburukan). Jalan syaitan adalah jalan yang berlawanan dengan panduan hidayah Allah. Jalan syaitan itu dipilih oleh mereka yang berajakan hawa nafsu dan terpedaya pula dengan tipu daya dunia. Mereka melihat hidup di dunia adalah segala-galanya dan melupakan jalan kehidupan beragama dan syariat. Melupakan dengan tidak mempelajari dan mendalami tuntutan-tuntutannya.

Manusia yang memilih jalan syaitan adalah mereka yang tidak mendapat petunjuk ilmu dan kebenaran. Hatta walau mereka menyaksikan kebenaran sekalipun, mereka tetap berdegil lalu menolak kebenaran-kebenaran dek kerana hawa nafsu yang bertakhta di hati sangat tebal keinginannya.

Mereka yang memilih jalan syaitan dan hawa nafsu, akhirnya akan terperangkap oleh syaitan itu sendiri dan terperangkap juga dengan hawa nafsu. Apabila mereka terdesak, maka perhatian mereka akan teralih kepada manusia-manusia lain untuk mereka hasut dan jadikan sahabat mereka. Sekiranya, tidak dapat dan tidak pula mereka berdaya menghasutnya, lalu mereka akan mencari jalan untuk menyakiti manusia yang tidak mahu bersama kumpulan aliran syaitan mereka.

Mereka sudah tidak sedar lagi akan balasan yang bakal mereka tempuhi pada kehidupan di akhirat. Hanya kerana, mereka berpendapat seperti syaitan dan iblis yang meminta kepada Allah dipanjangkan usia semata-mata untuk memperdayakan umat manusia seluruhnya. Namun, janji Allah untuk menyelamatkan manusia-manusia yang mukhlas daripada dihasut dan dihanyutkan oleh tipu daya muslihat syaitan dan sekutu-sekutunya.

Hakikat hidup di dunia akhir-akhir ini, ramai sungguh manusia yang sudah hilang arah dan hilang pedomannya. Kebenaran dilihat sebagai keburukan malah kebatilan pula dilihat sebagai idola yang perlu dipelajari, dihayati dan diamalkan sungguh-sungguh.

Sedangkan janji Rasulullah SAW menerusi sebuah hadis, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dengan keduanya, kamu semua tidak akan sesat (yakni tidak akan mengikuti jejak langkah syaitan, hawa nafsu, keburukan dan kebatilan) selama-lamanya iaitu; al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Namun, berapa keratkah lagi saki baki manusia yang mengambil al-Quran sebagai pedoman hidupnya? Berapa ramai pula yang berpandukan al-Sunnah? Atau lebih dekat lagi, berapa ramai yang faham al-Quran? faham sirah dan sunnah Nabi? Sedangkan, ilmu adalah pemandu kepada kefahaman yang akan melahirkan aplikasi, yakni yang melahirkan manusia yang dapat mengambil al-Quran dan sunnah itu sebagai panduan mereka menjalani hidup di dunia. Berapa ramai yang mahu mendalami ilmu itu?

Sayang juga kerana, di dunia hari ini berapa ramai yang suka bercakap banyak, cakap tidak serupa bikin, cakap kasar, cakap besar, cakap itu dan cakap ini yang tidak berpandukan sunnah Nabi yang bersabda “Katakan sesuatu yang baik atau kamu diam”. Mafhum sabda yang lain pula nabi berpesan “berkatalah dengan perkataan yang dapat mengembirakan yang mendengarnya”.

Sebaliknya ramai manusia hari ini bercakap untuk tujuan menyakiti hati orang lain, bercakap dengan tujuan mengugut orang dan juga bertujuan menakut-nakutkan orang dengan selain daripada Allah (yang sepatutnya ditakuti bukan sahaja oleh orang lain tetapi oleh dirinya sendiri).

Sebuah hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud “Orang muslim itu adalah, mereka yang menyelamatkan orang-orang muslim yang lain dengan tanganya dan juga dengan lidahnya”.

Sebagai muhasabah, marilah sama-sama kita menghitung setiap perkataan yang kita telah keluarkan dan hendak kita keluarkan mulai daripada sekarang ini. Apakah ianya bersesuaian dengan kehendak yang Maha Pencipta, sebagaimana yang digariskan dalam khazanah panduan al-Quran dan juga sebagaimana yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ataupun, adakah ia terbit daripada hati yang hitam dek hasutan nafsu dan syaitan, dengki dan dendam?

Lidah itu sebenarnya dapat membahagiakan orang lain, dan lidah itu juga dapat memusnahkan orang lain. Adakah kita memiliki terlalu banyak jaminan (pahala) untuk dihadapkan ke muka pengadilan Allah SWT sebagai bayaran kepada kemusnahan yang kita lakukan kepada diri sendiri? Ditambah lagi dengan kemusnahan orang lain akibat lidah kita itu?

Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu daripada melakukan kezaliman kepada diri sendiri (yang mengakibatkan kemusnahan diri sendiri) dan juga daripada melakukan kezaliman kepada orang lain, hindarilah kami daripada apa  yang menjadi pilihan Iblis dan Syaitan, iaitu untuk memusnahkan dirinya sendiri kerana derhaka kepadaMu ya Allah, dan bernafsu pula memusnahkan orang lain daripada kalangan Jin dan Manusia.

Berbahagialah mereka yang benar-benar mukhlas kepada Allah, lalu mereka diselamatkan daripada hasutan iblis dan syaitan, kemudian mereka akan berbahagia pula pada kehidupan di Akhirat yang dipenuhi dengan nikmat-nikmat. Semoga kita ini tergolongan dalam kalangan mereka yang mukhlas kepada Allah.

Cukuplah buat renungan kali ini, tulisan ini hanya ditujukan kepada diri sendiri terutamanya.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh

Baca artikel tentang ikhlas, kholis, mukhlis dan mukhlas di sini.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. hambaAllah
    Mac 30, 2011 @ 10:19:22

    Ustaz,
    Apakah pandangan ustaz mengenai hadis Tsaqalain iaitu:
    Hadis Tsaqalayn adalah hadis yang menegaskan bahwa umat Islam wajib berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan Ahlul bait Nabi saw. Redaksi hadis ini bermacam-macam, antara lain:
    Rasulullah saw bersabda:
    إِنِّي تَارِكٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ كِتَابُ اللهِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي، مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا
    “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka yang berharga: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul baitku.”
    يَا أَيُّهَاالنَّاسُ إِنِّي تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوْا: كِتَابُ اللهِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي
    “Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian, yang jika kalian bepegang teguh dengannya kalian tidak akan tersesat: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul baitku.”
    إِنِّي تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدِي إِنْ اِعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابُ اللهِ وَعِتْرَتِي
    “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh dengannya, kalian tidak akan tersesat sesudahku: Al-Qur’an dan ‘Itrahku.”
    إِنِّي تَارِكٌ فِيْكُمُ خَلِيْفَتَيْنِ ـ اَوِ الْخَلِيْفَتَيْنِ ـ: كِتَابُ اللهِ وَعِتْرَتِي، مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدِي
    “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua khalifah: Al-Qur’an dan ‘Itrahku. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, kalian tidak akan tersesat sesudahku.”
    إِنِّي تَارِكٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ كِتَابُ اللهِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي، مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدِي، فَلاَ تُقَدِّمُوهُمَا فَتَهْلِكُوا، وَلاَ تُقَصِّرُوا عَنْهُمَا فَتَهْلِكُوا، وَلاَ تُعَلِّمُوهُمْ فَإِنَّهُمْ أَعْلَمُ مِنْكُمْ
    “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka yang berharga: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul baitku. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya kalian tidak akan tersesat sesudahku. Maka janganlah kalian mendahului keduanya sehingga kalian binasa, jangan menganggap enteng keduanya sehingga kalian binasa, dan jangan mengajari mereka karena mereka lebih tahu dari kalian.”
    إِنِّي تَارِكٌ فِيْكُمُ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدِي، أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ اْلاَخَرِ: كِتَابُ اللهِ حَبْلٌ مَمْدُوْدٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلاَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي، وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ، فَانْظُرُوا كَيْفَ تَخَلَّفُونِي فِيْهِمَا
    “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian sesuatu jika kalian berpegang teguh dengannya kalian tidak akan tersesat sesudahku, yang satu lebih agung dari yang lain: Al-Qur’an adalah tali penyambung dari langit ke bumi dan ‘Itrahku, Ahlul baitku. Keduanya tidak akan terpisahkan sehingga keduanya kembali padaku di telaga surga, maka perhatikan bagaimana sikap mereka kepada keduanya sesudahku”
    Hadis Tsaqalayn dengan bermacam-macam redaksinya terdapat dalam:
    1. Shahih At-Tirmidzi, jilid 2, halaman 219; jilid 5, halaman 662 dan 663, no: 3786 dan 3788, Dar Ihya’ at-Turats al-‘Arabi, Bairut.
    2. Musnad Ahmad, jilid 5, halaman 492, no: 1878; jilid 6, halaman 232, no: 21068, 21145, dan 244.
    3. Mustadrak Al-Hakim, jilid 3, halaman 109.
    4. Thabaqat Ibnu Sa’d, jilid 1, halaman 194.
    5. Al-Mathalib Al-‘Aliyah, Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, no hadis: 1873.
    6. Mu’jam Al-Kabir, Ath-Thabrani, jilid 3, halaman 62, no hadis: 2678; jilid 5, halaman 186-187, cet. Dar Ihya’ at-Turats Al-‘Arabi.
    7. Mashabih As-Sunnah, jilid 4, halaman 190, no hadis: 4816, cet. Dar Ma’rifah, Bairut tahun 1407 H.
    8. Jami’ul Ushul, jilid 1, halaman 278, no hadis: 66, cet. Darul Fikr, Bairut tahun 1403 H.
    9. Ash-Shawa’iqul Muhriqah, Ibnu Hajar, halaman 90, 231, 233, cet Darul kutun ilmiyah, Bairut tahun 1414 H.
    10. Usdul Ghabah, jilid 1, halaman 490, cet Darul Fikr, Bairut tahun 1409 H.
    11. Tafsir Ar-Razi, jilid 8, halaman 173.
    12. Tafsir Al-Khazin, jilid 1, halaman 277, cet Darul kutub ilmiyah, Bairut tahun 1415 H.
    13. Kitab As-Sunnah oleh Ibnu Abi ‘Ashim, halaman 336, no: 754, cet. Al-Maktab Al-‘Arabi, Bairut tahun 1405 H.
    14. Majma’uz Zawaid, jilid 9, halaman 165, cet. Darul kutun al-‘Arabi, Bairut tahun 1402 H.
    15. Al-Jami’ush Shaghir bisyarhil Manawi, jilid 3, halaman 14.
    16. Faydhul Qadir, jilid 3, halaman 14, syarah hadis ke 2631, cet Darul Fikr, Bairut tahun 1391 H.
    17. Jami’ul Ushul 1/ 277.
    18. Sunan Al-Darimi 2/ 310
    19. Sunan Al-Baihaqi 2/ 148
    20. Al-Bidayah wan-Nihayah 5/ 209
    21. Kasyful Astar 3/ 221
    22. Tarikh Baghdad 8/ 443
    23. Tarikh Ash-Shaghir 1/ 302
    24. Al-Ishabah, Ibnu hajar 7/ 78, no: 4767
    25. As-Sirah Al-Halabiyah 3/ 274.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: