Umur semakin meningkat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh

Dengan adanya anak-anak, kita mudah terasa fizikal kita semakin tua. Umur yang disebut-sebut itu adalah umur fizikal. Umur fizikal dikira sebagai meningkat dari hari ke hari, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun dan seterusnya. Adapun umur metafizik, umur rohani yang di luar daripada fizikal itu tidak meningkat, tidak juga mengenal tua. Sebab itulah, ada orang walaupun mencecah umur 70an, 80an, masih ada perasaan untuk berkahwin. Masih bernafsu.

Cuma, berbezanya adalah, fizikal yang sudah tidak mampu lagi. Akhirnya mereka menjadikan alasan berkahwin kerana kesunyian, kerana bosan dan sebagainya. Padahal, nafsu memang selalu ada, rohnya tidak tua, cuma yang tidak terdaya hanyalah fizikal sahaja.

Begitu juga, sekiranya pada usia muda kita mampu menaiki tangga dengan “speed” yang begitu pantas. Nafas tidak tersekat-sekat. Pada usia fizikal yang sudah tua pun, perasaan “mampu” menaiki tangga itu masih ada. Cuma apabila digagahkan kaki menaikinya, barulah terasa betapa fizikal sudah tidak mampu. Ikutkan nafsu dan perasaan, rasa macam mampu sahaja!

Begitu juga perihal makan, minum dan segala perkara yang ada kaitan dengan nafsu, fizikal dan umur.

Ambillah apa sahaja untuk dibuat alat ujikaji, nescaya natijah tetap sama, umur fizikal sahaja meningkat, tetapi tidak umur rohani.

Di akhirat, manusia akan dibangkitkan semula dengan perasaan yang sama, cuma keadaan yang berbeza. Sama ada dalam nikmat dapat mereka mengecapi nikmat-nikmat dengan lazatnya. Sekiranya dalam azab, mereka akan merasai azab siksaan yang sangat dahsyat. Jika di dalam nikmat, tidak ada erti fizikal sudah tidak mampu lagi menahan perasaan kenyang, perasaan mengantuk dan lain-lain.

Begitulah sebaliknya, bagi ahli neraka yang dihidangkan dengan azab, mereka tidak akan berjumpa dengan fizikal yang tua, fizikal yang tidak bermaya, fizikal yang akan menemui mati walau betapa azab yang terpaksa dirasai.

Bagi kedua-dua keadaan, sama ada dalam nikmat atau azab, fizikal tidak akan menua. Dalam keadaan nikmat, tubuh badan yang tegap, sasa, bertenaga, bernafsu dan segar bugar akan berupaya menikmati nikmat-nikmat Syurga yang tidak berkesudahan. Sebaliknya, begitu juga, dalam keadaan azab, badan yang gagah, sasa, bertenaga, bernafsu dan segar bugar akan dihidangkan dengan azab-azab yang amat pedih untuk dirasai sebagai balasan buruk pekerjaan di dunia yang tidak endahkan perintah Allah SWT.

Di dunia, orang miskin, walaupun ada nafsu yang berbuak-buak untuk menikmati makanan, minuman yang lazat-lazat, mengenakan pakaian dan wangian yang menarik perhatian tetapi mereka tidak mampu kerana ujian kemiskinan. Tetapi, mereka akan tua dan mati. Akhirnya akan berakhirnya kemiskinan fizikal mereka itu. Begitulah juga sebaliknya dengan si kaya. Betapa dapat menikmati nikmat-nikmat, akhirnya akan mati jua. Ataupun sebelum mati lagi, Allah dah tarik nikmat-nikmat sedikit demi sedikit. Ada orang kata, duit banyak pun tak guna kalau ada penyakit.

Nafsu manusia di dunia ini sama, cuma fizikal sahaja yang berbeza. Cuma, di dunia ini tempat ujian sahaja. Walau dalam apa keadaan sekalipun, orang beriman tetap beruntung sebagaimana sabda Nabi yang mengungkapkan rasa takjut kepada keaadan mereka “Sekiranya mereka mendapat nikmat, mereka bersyukur lalu dapat kebaikan, dan sekiranya mereka mendapat musibah lalu mereka sabar, juga mereka akan dapat kebaikan”.

Fizikal manusia di dunia ini akan tua, akan menemui ajalnya. Sementara di akhirat, fizikal manusia tidak akan lagi mengenal umurnya. Tidak ada istilah umur tua di akhirat. Kerana umur fizikal sudah tidak meningkat, seperti mana umur rohani juga tidak meningkat.

Tak tahulah faham ke tidak tulisan ini. Tulis ikut rasa hati sahaja. Selamat mengomen untuk bertukar-tukar idea.

Wassalam.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. amir
    Apr 06, 2011 @ 18:03:02

    mula2 nak menulis….siap beberapa ayat celaru pula! Kerana tiada perkataan yg tepat utk meluahkan seluruh isi hati ttg anak2 dan usia! Apapun kerisauan ttg masa depan anak2 dan pengakhiran usia kita amat sukar nak diceritakan. Hanya doa yg mampu dipohon, agar anak2 menjadi insan yg berjaya dan beriman. Serta diminta hidup dan matiku di dalam iman! Kdg2 takut memikirkan usia. Yg plg awal, mcm mana lah nak duduk dlm kubur seorg diri nanti! Itu pun dah tak dpt nak bayangkan! lagilah soal syurga dan neraka!
    Minta Allah jauhkan siksa neraka itu! setakatnilah yg blh hamba tulis bila ckp tajuk umur! saja tulis ni spy hati ini sentiasa ingat mati! Kdg2 mati ni cuma diingat sesaat je dlm sehari, byk perkara lain yg syaitan buat spy melalaikan hati.

    IR: komen yg menginsafkan. syukran cg Amir..

    Balas

  2. hambaAllah
    Apr 07, 2011 @ 15:44:31

    Al-Quran
    Surah Al- Baqarah>Ayat 262

    Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita

    IR: syukran akh

    Balas

  3. norhisham
    Apr 10, 2011 @ 09:27:23

    Assalamualaikum al fadhil ustaz,
    Semenjak dok malaysia (kampung) makin kurus pulak, sepatutnya makin berisi sebab dah dok dengan keluarga.
    Pasal artikel tu, ana sokong, makin tua makin menjadi-2 pulak ye….. cuma iman menjadi batasan

    IR: aduh.. kena nih

    Balas

  4. Trackback: Muhasabah 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: