Lahirnya artikel akademik pertamaku

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelahiran artikel akademikku yang pertama di persada dunia akademik yang sangat luas itu. Sila klik link ini untuk membaca dan/atau download artikel yang dimaksudkan. Terima kasih kepada pihak GEMA Online Jurnal yang berpangkalan di UKM atas kesudian pihak tuan menunjuk ajar, mengelola dan menguruskan hal-hal berkaitan artikel ini. Terutama atas kesudiaan menerimanya.

Sesungguhnya, perjalanan akademik untuk menerbitkan satu-satu artikel sangatlah mencabar juga. Cabaran pertama adalah pada peringkat menulisnya. Setelah artikel dihantar untuk semakan, penulis dikehendaki menyenaraikan dua orang pakar dalam bidang artikel berkenaan. Syaratnya pula hendaklah pakar yang memiliki sekurang-kurangnya kelayakan PhD, selain memahami bahasa pengantar artikel tersebut.

Dalam masa sebulan hingga dua bulan, pihak editor akan mengembalikan artikel untuk diedit dengan mengambil kira komentar-komentar yang dikemukakan oleh dua orang pembaca yang dipilih dan ditentukan oleh pihak editor. Dalam istilah jurnal, pembaca ini dinamakan sebagai reviewer. Nama kedua-dua reviewer ini tidak dinyatakan, namun salah seorang daripadanya difahamkan adalah pakar yang disenaraikan sebelum ini oleh penulis.

Setelah proses editing selesai dan artikel dikembalikan kepada pihak editor, sekali lagi dalam masa sebulan atau lebih, artikel akan dikembalikan semula kepada penulis untuk pembetulan secara teknikal. Secara keseluruhannya, kerja-kerja sending dan receiving email dalam usaha melahirkan artikel ana yang pertama ini terkumpul sebanyak 42 buah email. Jadi, pada pandangan ana, sangat tidak jujurlah jika ada pihak yang menganggap ‘enteng’ sesebuah artikel itu diterima sebagai akademik.

Tidak semudah yang disangkakan, dan semoga dengan pengalaman yang sedikit ini akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha menghasilkan dan menerbitkan artikel-artikel akademik yang seterusnya. InsyaAllah..

Pada kesempatan ini, ana mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan penyelia tesis master ana iaitu Dr Kaseh atas segala perangsang dan tunjuk ajar sehingga artikel ini berjaya diterbitkan oleh pihak Jurnal GEMA Online. Begitu juga Dr Fazal selaku editor bertanggungjawab menyelia artikel ini mengikut kehendak pihak editorial jurnal GEMA Online.

Dalam artikel ini juga, sengaja penulis abadikan IPG Kampus Rajang, tempat kerja yang mana di situlah punca utama (dengan takdir Allah SWT) segala kemungkinan artikel kecil ini ditulis. Kerana dari situlah ana mendapat Biasiswa HLP untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana yang mana artikel ini adalah juga dapatan daripada disertasinya.

Masih sedar, betapa jauhnya perjalanan dalam menggamit usaha memartabatkan dan mengembalikan sinar al-Quran dalam kajian, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di negara tercinta ini. Namun, semoga usaha ini akan sentiasa diberkati, disokong oleh rakan-rakan seperjuangan yang sangat sedar bahawa, tidaklah bahasa Arab itu dipelajari melainkan hanya untuk memahami al-Quran dan sumber-sumber khazanah ilmu Islam yang sebenarnya. Boleh terus membaca komentar ana tentang isu ini di sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada sifat riyak dan sombong. Dan semoga segala usaha akan tercatat di sisiNya sebagai amal soleh. Amien, ya Rabbal alamin…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: