Seminar Penyelidikan IPG Zon Timur 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmatNya yang tidak terhingga. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka.

Ana bersyukur kerana hari ini sekali lagi ruang dan peluang diberikan oleh Allah SWT untuk membentang kertas kerja dalam Seminar Penyelidikan IPG Zon Timur 2011 yang kebetulannya diadakan di Kampus Sultan Mizan, tempat ana bertugas semasa. Seminar ini bermula pada malam 10 Mei tempohari dan berakhir hari ini. Ana diberikan peluang membentangkan kertas kerja yang dihasilkan daripada dapatan tesis sarjana ana tahun 2010 dengan sedikit olahan dan penambahbaikan.

Tajuk pembentangan ana hari ini adalah “Aplikasi Shahid al-Quran Membitarakan Ibn Hisham Dalam Matra Tatabahasa Arab Zaman Kerajaan Mamluk”. Diberikan masa hanya 15 minit, tidak ada banyak perkara yang dapat dibincangkan. Alhamdulillah, masa yang diperuntukkan telah dapat dimanfaat semaksima mungkin. Selain menyampaikan apa yang tertulis pada slide pembentangan, ana sempat juga berkongsi rasa dan perasaan yang timbul hasil daripada dapatan kajian ini.

Anda bolehlah membacanya pada catatan ana yang lalu di sini. Kerana semuanya sama sahaja. Dapatan yang hampir sama serta pengamatan atau mulahazah atau lebih tepat rasa dan perasaan yang sama ingin ana kongsikan bersama audien. Tidak lain dan tidak bukan ianya bersangkutan dengan tujuan sebenar pelajar bahasa Arab mempelajari bahasa Arab. Anda boleh juga membacanya di sini.

Sebenarnya ana masih kekok dalam pembentangan kali ini. Perasaan gementar tidak dapat dielakkan langsung. Walaupun ini merupakan kali kedua setelah melakukan pembetangan dalam kolokium di UKM akhir tahun 2009 lalu. Namun, pengalaman di tempat ini tidak sama dengan tempat itu dan begitulah sebaliknya. Walaubagaimanapun, syukur juga kerana masih boleh berdiri dan menyampaikan pembentangan dengan lancar.

Dua orang peserta bangkit bertanyakan tiga soalan. Pertama berkisar tentang tajuk yang dipilih. Masakan tidak kerana kali ini ana memilih perkataan yang jarang digunakan dalam pembentangan kertas akademik seperti “bitara” dan “matra”. Sebenarnya kedua-dua perkataan ini wujud dalam Kamus Dewan Edisi Empat yang terkini. Soalan kedua pula lebih berbentuk saranan untuk penambahbaikan. Alhamdulillah, banyak-banyak terima kasih atas cadangan yang membina itu.

Soalan terakhir dan ketiga adalah tentang pengamatan pengkaji sendiri. Adakah di sana terdapat perbezaan kesan yang ketara di antara “based” ataupun asas pembelajaran bahasa Arab? Adakah apabila mengunakan al-Quran sebagai “base”nya akan menghasilkan impak yang berbeza daripada “base” yang diciplak daripada Barat atau lebih tepat “TESL based”. Maksudnya mengajar bahasa Arab ala Tesl, ataupun mengikut kaedah pengajaran bahasa Inggeris.

Untuk menjawab persoalan ini, kajian lain pula patut dimulakan. Ana sendiri berazam, dengan bantuan dan kolaborasi bersama rakan-rakan pengkaji lain sama ada di Jabatan, atau interjabatan, bersama PhD holders, insyaAllah kajian ini akan disusuli dengan kajian lapangan tentang hubungkait di antara penguasaan al-Quran pelajar dengan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam tempatan. Dan lain-lain kajian yang seumpamanya.

Wallahu aklam, tiada gunanya bersembang kosong sebenarnya tanpa ada tindakan susulan yang berbentuk hasil atau dapatan daripada kajian yang bersifat akademik yang tidak disangsikan kesahannya. Cabaran ada di depan mata, cuma kekangan masa dan sokongan daripada segi pembiayaan dan juga termasuk kekangan daripada segi birokrasi sepatutnya diminimakan. InsyaAllah, sekiranya ada sokongan dan ada hasrat ingin melakukan kajian dan dapatan-dapatan daripada kajian itu pula diterima untuk diamalkan maka tidak mustahil, suatu masa nanti kita di Malaysia ada halatuju sendiri berkenaan dengan matlamat mempelajari bahasa Arab itu sendiri.

Kita juga sebenarnya menuju ke arah negara maju dengan acuan kita sendiri… Anda boleh juga meninggalkan komentar-komentar membina di sini… semoga perkongsian ini bermanfaat.

Wallahu aklam.

P/S: bagi yang berminat ingin menyimpan salinan artikel pembentangan ana kali ini, boleh downloadnya di sini. Syukran.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: