Mohon maaf

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pada kesempatan ini, ana mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan cyber yang sudi berkunjung ke blog IbnRajab Online. Di samping itu, ana mohon maaf kerana lama tidak update laman ini dan soalan-soalan yang diutarakan juga tidak terjawab. Seolah masa yang dahulunya sentiasa lebih, dah tua-tua ni, banyak pula komitmen. Harap rakan blogger dan pengunjung semua memahami.

Pada ruangan Q&A, ana mohon rakan-rakan lain yang ada info ataupun maklumat, atau ilmu, bolehlah menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh rakan-rakan pengunjung yang lain. Niat ikhlas kerana Allah dan untuk mengumpul pahala. InsyaAllah, sekiranya ilmu diamalkan dan dimanfaatkan, kita akan beroleh kebajikan daripada Allah SWT walaupun pada masa kita sedang bermimpi di tempat tidur. Jadi, sudi-sudikanlah mereka yang ada ilmu berkongsi di blog ini.

Sebenarnya untuk menulis itu senang, mulakan sahaja menaip di keyboard, maka akan terhasilah tulisan. Bila ditekan sahaja button post, maka tulisan kita berkenaan akan dapat diakses dan dibaca di seluruh dunia. Namun, untuk menulis sesuatu ilmu, ia perlu kepada rujukan, analisis isu dan ia sangat memerlukan kesedaran amanah yang tinggi. Untuk perkongsian maklumat, para pengunjung boleh membuat carian tajuk-tajuk berkaitan puasa, ramadhan, amalan berasaskan al-Quran, petua-petua dan pengalaman-pengalaman yang ana telah kongsikan di sini. Rajinkan sahaja menggunakan enjin carian yang disediakan di bahagian kepala blog ini.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: