Hujan oh hujan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Usai solat maghrib berjamaah tadi, ana mengajak ‘Aidi Bassyar pulang ke rumah. Anak ini perlu masuk tidur awal, esok nak ke sekolah. Jika lewat tidur, maka masalah lah ketika hendak bangun pagi. Jadualnya hari-hari, makan malam adalah selepas solat maghrib. Amalan asuhan bulan Ramadhan. Bila azan maghrib, berbuka dengan tamar dan air sahaja, usai solat baru jamah nasi. Berehat seketika sementara menunggu untuk solat Isya’ seterusnya tarawih. Itulah jadualnya.

Selepas maghrib malam ini, hujan turun renyai-renyai. Tadi semasa solat, hujan agak lebat juga. Masuk sahaja kami ke dalam kereta, lalu dikejutkan dengan sebuah sinar yang sangat berkilauan cahayanya. Sedetik dengan itu juga, lubang telinga dimasuki suara petir yang sangat menggerunkan hati orang dewasa. Apatah lagi sikecil seusia Aidi Bassyar. Ana sempat melihat ke arahnya yang membisu seribu kata. Mungkin terkejut kerana ini pengalamannya yang pertama.

Hati cemas ana segera teringat peristiwa pada suatu petang dahulu. Seorang bekas pemandu teksi yang maut di panah petir di halaman rumahnya. Habis hangus terbakar tubuhnya. Retung. Dalam hati yang paling dalam, ana luahkan ucapan “Astaghfirullah al-Azim..” lantas menuturkan kalimah syahadah dan memulakan perjalanan pulang ke rumah.

Setibanya kami di rumah, adik-adik Aidi Bassyar semuanya nampak pucat dan dalam ketakutan yang amat. Mungkin lebih tepat “dalam keadaan terkejut” yang amat. Apatah lagi, bukan sahaja satu dentuman petir, di sepanjang perjalanan kami pulang tadi (dalam jarak tak sampai 1 km) ada dua atau tiga panahan syaitan telah berlaku. Bunyinya kuat-kuat dan garang.

Suasananya berterusan. Ana mendokong adik mereka yang paling bongsu. Bunyi rengetan tetapi mungkin takut untuk terus menangis. Mungkin si kecil faham akan situasi yang kali pertama dalam sejarah hidupnya ini dialami. “Al-Insan, aduw lima jahula” Manusia itu adalah sangat takut kepada musuhnya yang tidak diketahui.

Petir masih sambar menyambar. Kerap-kerap dan kuat-kuat bunyinya. Ada nada garang juga.

Tidak semena-mena, satu sinaran warna putih menerjah masuk ke dalam rumah dengan agak kasar. Serentak dengan itu, bekalan elektrik terputus. Rumah gelap gelita dalam sekelip mata. Sebelum kelipan mata berkenaan terbuka, suatu dentuman guruh yang cukup menggegarkan jiwa kami sekeluarga menjengah ke telinga. Allahu akbar. Anak paling bongsu yang berada di atas dokongan tersentak kuat. Terkejut. Anak-anak yang lain pun begitu juga. Namun, mereka semua diam seribu bahasa. Takut.

Tiada apa yang menerjah masuk ke minda dan hati ana melainkan laungan azan. Ana teringat pesan guru, bila berada dalam keadaan susah, sukar dan takut, laungkanlah azan. Kerana syaitan sedang hampir kepadamu ketika takut, sukar dan susah itu.

Ana melaungkan azan.. Anak-anak dan isteri menjawab dalam nada yang cukup menginsafkan

Ajaib. Sesudah azan itu, suara petir mulai reda. Kalau ada pun, bunyinya macam datangnya dari kejauhan. Subhanallah. Apakah ini satu lagi ajaran daripadaMu kepada hamba-hamba yang dhaif lagi kerdil. Dalam tidak sengaja mulut mengucapkan al-hamdulillah. Puji-pujian kepada Allah kerana membebaskan anak-anakku daripada ketakutan, dan malapetaka yang tidak diingini.

Lantas ana memberanikan diri meletakkan adik bongsu mereka di atas tilam. Ditemani ummi dan adik beradiknya yang lain. Terus ana ke suis utama melihat itu ini. Alhamdulillah, dengan memetik satu suiz sahaja, rumah kami kembali terang benderang dengan cahaya lampu kalimantan. Suasana kembali ceria. Anak-anak dipanggil semula ke meja makan (sebenarnya baru dipanggil) dan mereka diajar supaya bersyukur kerana masih lagi diizinkan Allah untuk terus bernafas dan menikmati rezeki Allah.

Suara petir masih kedengaran, cuma sayup-sayup sahaja. Dan kini, pada waktu artikel ini sedang ditulis, setelah satu jam berlalu, suara petir sudah hilang terus. Hujan juga telah berhenti. Anak-anak juga sudah masuk ke bilik masing-masing.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.. Semoga ada sesuatu yang anak-anakku belajar menerusi peristiwa berhikmah hasil dari gerak geri Allah pada malam ini.

Wallahu al-Musta’an.. Wa huwa aklam bi ibadihi..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: