Hiburan alternatif

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setelah tiga minggu berturut-turut tidak pulang bermalam ke pangkuan mak ayah di kampung atas urusan kerja (minggu lepas berhujung minggu di Sabah, dua minggu lepas hujung minggu di Melaka) yang terpaksa berlarutan hingga ke hujung minggu, hari ini (kira dah lewat juga dah, sebab Terengganu weekend dia mula petang khamis) kami sekeluarga berpeluang balik kampung. Syukur juga dapat posting balik ke Besut Terengganu, kerana anak-anak masih dapat merasai nikmat balik kampung. 🙂

Banyak info baru dari mak dan ayah tentang apa yang berlaku dua tiga minggu ini di Kampung Sri Manja, atau nama glamornya kampung Rekang Hulu, atau nama paling glamor lagi ialah kampung Depan UMK. Masing-masing bangga dengan menisbahkan kampung ini dengan UMK yang telah mula beroperasi awal bulan ini. Kata mak “minggu lepas, riuh rendah kampung ni.. pesta konvo pertama UMK”.

Tadi pun, sebelum menyampaikan khutbah jumaat, ada imam berseloroh mengenai kerancakan kampung kami kerana dibanjiri dengan kemudahan-kemudahan yang tidak pernah diduga. Katanya “kampung kita ini, hari ini, macam-macam dah masuk. Poket mereka yang bijak mencari ruang juga dimasuki khazanah rezeki. Kampung kita ini, setakat ini mewah orang-orang datang menabur itu ini.” Sambil itu, imam mengiklankan satu program anjuran kerajaan Negeri iaitu Cakna Rakyat yang akan bermula malam ini sehingga lewat petang esok.

Usai solat asar tadi, ana menyempatkan diri ronda-ronda di sekitar tapak program “Cakna Rakyat” yang diadakan di bawah kelolaan exco Kerajaan Negeri Kelantan. Ia sememangnya julung-julung kali diadakan di kawasan kampung ana ini. Inilah rasanya program pertama kerajaan Negeri yang insyaAllah akan duduk dan berdiri sama tinggi dengan mana-mana pihak memakmurkan bumi bertuah tanah rendah sekebun bunga kampung Rekang. Jika minggu lepas, penduduk kampung meriah dengan pesta konvo UMK, minggu ini, pesta cakna rakyat pula. Akan tumbang dua ekor lembu pula esok. Hebat.

Melalui cakap-cakap mereka yang bertugas menyelia perjalanan program, ana terdengar cetusan “kita nak sediakan hiburan alternatif untuk masyarakat, bukan tidak boleh berhibur, tetapi, hiburan mesti dinaungi prinsip. Kalau boleh prinsip itu adalah prinsip agama”. Malam ini insyaAllah, penduduk kampung yang hadir akan disajikan dengan hiburan nasyid dari kumpulan rasy dan tidak lupa dikir barat halaqat (ana difahamkan, tidak ada tukang karut, tetapi yang ada tukang syarah atau tukang syair, satu nama panggilan baru yang akan diperkenalkan, kerana karut ni nampak sangat laghanya).

Bermula pagi esok, insyaAllah penduduk kampung akan ramai-ramai turun untuk tujuan merebahkan lembu dua ekor, gotong royong masak singgam kalau tak silap. Serentak dengan itu, ada bermacam aneka program diatur. Untuk anak-anak akan ada pertandingan mewarna. Golongan dewasa seperti biasa pertandingan tarik tali dan pelbagai acara permainan rakyat akan turut diadakan. Tak lah sampai macam sure heboh tetapi rasanya akan heboh jugalah pakcik-pakcik makcik-makcik kampungku esok.

Terima kasih kerajaan Negeri. Terima kasih semua pihak yang sudi bertandang ke kampung kami dengan aneka ragam program. Tak kisahlah, semoga usaha kita mendapat berkat dengan niat yang tulus ikhlas. Tidak mahulah seperti tempat lain, kemajuan fizikal yang menghancur jati diri dan akhlak serta sosial. Nauzubillah..

Sekian, izin hamba melaporkan..

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Nur
    Okt 01, 2011 @ 08:07:36

    Assalamualaikum ustaz..
    Saya ingin bertanya berkenaan lafaz cerai taklik yg suami dan saya sendiri tidak perasan sama ada dilafazkan secara lengkap atau tidak.(kami was-was)
    Sebenarnye suami hanye berniat untuk bercerita semula ape yang dia fikirkan dalam hati sewaktu dia marah minggu sebelumnye.

    Saya mohon agar ustaz dapat memberikan no telefon ustaz untuk saya hubungi
    bagi menerangkan dengan lengkap mengenai hal ini.Tolong ye ustaz..
    Saya minta maaf sekiranye soalan/komen saya ini berada di column yang salah.
    Sekian..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: