Tahniah, selesai interaksi sem 2/2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat

Alhamdulillah pembuka bicara. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan mereka yang mengikut jalan baginda berkekalan dalam rahmat Allah sehingga ke hari akhirat. Seterusnya permohonan maaf dari lubuk hati yang paling dalam ditujukan khas buat para pengunjung setia IbnRajab Online yang mungkin sesekali menjenguk ke sini tetapi tiada catatan atau updated. Hanya cerita-cerita lama, perkongsian-perkongsian lapuk sahaja.

Bagaimanapun, statistik memberitahu, followers IbnRajab Online makin meningkat dan terlalu banyak soalansoalan yang tidak sempat diberikan respon. Mohon maaf sekali lagi.

Pada kesempatan ini, ana bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan rahmatNya, maka interaksi-interaksi bersama para pelajar untuk semester 2/2011 ini telah dapat disempurnakan. Kini, kami semua menikmati cuti seminggu pertengahan semester. Bermula 21 Oktober tempohari berlanjutan hingga 29 Oktober ini. Banyak sungguh rezeki cuti IPG tahun ini. Setiap semester ada dua kali cuti. Cuti pertengahan tahun pula (bulan Jun, ditambah satu minggu). Kalau ditanya, mungkin ini antara jawapan ana kepada soalan “apa istimewanya IPG berbanding Sekolah?”. *Pandangan peribadi*

Tahniah kepada para pelajar yang berkesempatan bersama-sama saya pada semeter ini. Kumpulan PPISMP Tesl1 Semester 3 dalam interaksi mata pelajaran Pendidikan Islam II (Akhlak dan sirah Nabi) 30 Jam, PPISMP PJ2 semester 1 dalam interaksi mata pelajaran Pendidikan Moral 30 Jam dan KPLI Tesl2 semester 2 dalam interaksi mata pelajaran Tamadun Islam 15 Jam. Tahniah juga buat pelajar yang menjalani praktikum di bawah seliaan saya yang seramai empat orang yang cemerlang-cemerlang itu. Tahniah juga kepada semua pelajar yang bersama-sama di surau mengikuti pengajian dan huraian tafsir al-Quran surah al-Naba.

Masa berlalu begitu pantas. Benarlah sabda Nabi Muhammad yang mafhumnya “pada akhir zaman, masa dirasai semakin memendek sehingga setahun dirasakan seperti sebulan, tempoh masa sebulan dirasakan seolah-olah seminggu seterusnya masa seminggu serasa baru sehari”.

Kadang-kadang ana terfikir sendirian berkenaan dengan masa yang pantas berlalu ini. Terutama apabila merasakan tidak cukup tangan untuk melangsaikan satu-satu perkara dalam masa yang diperuntukkan. Iaitu, ana merasakan suatu masa dahulu, kita semua (ana la mungkin sorang-sorang) tidak mempunyai kereta sendiri untuk ke sana sini. Tetapi pada masa itu, walaupun ambil masa untuk tunggu teksi yang sangat lama dan payah nak dapat, boleh sahaja ke beberapa tempat dalam sehari. Contohnya, masih segar dalam ingatan, semasa mak bawa shoping ke KB, dah lah turun agak tengahari, tetapi yang pasti sebelum maghrib dah ada dekat rumah. Bukan satu kedai kami menjelajah, tambah pula tunggu teksi untuk pergi dan tunggu lagi teksi untuk pulang. Namun kini, dengan kereta sendiri, seolah-olah masa tidak cukup untuk bawa anak-anak ke kedai pun. Contohnya, asyik pulang lewat malam sahaja bila ke KB. Sungguh aku pelik! (ada kaitan ke tidak ni dgn tajuk? hehe)

Apapun, yang ingin disampaikan menerusi cerita itu tadi ialah, betapa masa sekarang ini dirasakan sangat cepat berlalu.

Akhir perenggan, kepada semua pelajar yang sempat berinteraksi dengan saya pada semester ini, diucapkan dengan ikhlas selamat menduduki peperiksaan sekembalinya anda semua ke kampus selepas cuti seminggu ini habis. Sebelum itu minggu ulangkaji dahulu satu minggu kemudian disusuli dengan peperiksaan. Ambillah peluang cuti ini untuk mengisi dan memanfaatkan masa emas anda bersama keluarga tercinta. Mohonlah doa dan restu daripada mereka sebagai bekalan anda menghadapi peperiksaan di dunia ini (kampus) sebelum ada ditanya dalam peperiksaan sebenar iaitu pada hari akhirat di hadapan Allah SWT.

Sekian dahulu untuk kali ini. Wassalam…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: